Tulang-tulang manusia dipercayai milik pekerja ladang yang dilaporkan hilang di Sungai Loba Stabar, Ladang Zumida Oil Palm Sdn Bhd dekat Tanjung Manis minggu lepas, ditemukan di dalam perut bangkai seekor buaya kira-kira pukul 3.30 petang tadi.
Pemangku Ketua Polis Daerah Meradong, Insp Ricky Tan You Hook berkata pada awalnya seorang pengurus ladang memaklumkan kepada pihaknya mengenai penemuan seekor buaya oleh seorang pawang buaya di Sungai Loba Stabar pada kira-kira pukul 8.00 pagi.
Beliau berkata buaya yang telah mati itu kemudiannya dibawa ke kawasan ladang pada pukul 2.50 petang menggunakan kenderaan bomba untuk diperiksa oleh pawang berkenaan, dan hasil pemeriksaan isi perut buaya itu, beberapa anggota badan manusia ditemui.
Menurutnya ia terdiri daripada bahagian lengan kanan dan jari, tempurung kepala, tulang bahagian punggung, sebahagian tulang belakang, beberapa batang gigi, tulang rahang dan beberapa tulang lain bahagian badan.
"Setakat ini tidak pasti sama ada ia adalah tulang-tulang pekerja ladang berkenaan. Kita tunggu keputusan ujian oleh Jabatan Kimia," katanya kepada Bernama ketika dihubungi melalui aplikasi whatsapp malam ini.
Bangkai buaya itu kemudiannya ditanam selepas kandungan perutnya habis diperiksa.
Pada kejadian malam 10 Mac lalu, seorang pekerja ladang warganegara Indonesia, Yosep Tesu didapati hilang oleh rakan senegaranya semasa dia membuang air kecil di parit besar di Ladang Zumida berkenaan.
BACA: Misteri Yosep Tesu hilang ketika buang air kecil
Sebelum kejadian, pemuda berumur sekitar 20-an itu dikatakan dalam perjalanan balik ke tempat kerjanya di sebuah ladang sawit di Sibu, selepas menziarahi rakannya, dan buaya sepanjang 4.27 meter berukuran 0.6 meter lebar itu berjaya ditangkap kira-kira 2 kilometer dari lokasi beliau dilaporkan hilang.
Bernama
Sun Mar 17 2019
Tulang manusia dipercayai milik pekerja ladang yang dilaporkan hilang di Sungai Loba Stabar ditemukan. -Gambar hiasan
Negeri Sembilan bentang belanjawan berimbang 2025 RM590 juta - Aminuddin
Kerajaan Negeri Sembilan hari ini membentangkan Belanjawan 2025 yang berimbang berjumlah RM590 juta dengan anggaran hasil pada jumlah yang sama dan perbelanjaan pembangunan mencecah RM135 juta.
MTL: Kerajaan Kelantan minta orang ramai elak lakukan aktiviti luar
Kerajaan Kelantan mengingatkan orang ramai agar tidak melakukan sebarang aktiviti-aktiviti luar susulan musim Monsun Timur Laut (MTL) ini.
Lelaki Orang Asli ditemukan lemas di Sungai Tumboh
Mayat mangsa ditemukan oleh Pasukan Penyelamat Di Air (PPDA) dengan berpakaian lengkap dan dipercayai tersangkut pada pokok liar.
AWANI Ringkas: Salah laku | RUU Pekerja Gig
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
10 Berita Pilihan - (22 November 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
AWANI Ringkas: 1MDB | Mahkamah | Bahan api
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Pelajar ditemukan lemas selepas tergelincir ke dalam tali air di Kota Bharu
Muhamad Faris Mohd Nor berusia 14 tahun ditemukan di dasar tali air berkenaan pada kedalaman kira-kira lapan meter.
Tumpuan Sabtu – 23 November 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
It's About YOUth: Project EXIT uncovers mental health struggles
Astro Shaw’s Project EXIT shines a stark light on suicide and mental health. Director Zulaikha Zakaria and producer Syakir “Mo” Zakii discuss how the series delves into the realities of mental health, friendship, and the search for hope. #ItsAboutYOUth
AWANI Tonight: PM’s travels funded by govt, not private companies - Minister
Prime Minister Datuk Seri Anwar Ibrahim’s overseas trips to five countries were funded by the government, while corporate executives covered their own costs.
Tulang manusia ditemukan dalam perut buaya, dipercayai milik Yosep Tesu
Buaya yang telah mati itu kemudiannya dibawa ke kawasan ladang pada pukul 2.50 petang menggunakan kenderaan bomba untuk diperiksa.