Syarikat teknologi gergasi yang berpangkalan di Shenzen, Guangdong itu merupakan pengeluar dron komersial terbesar dunia.
Ia apabila syarikat itu mengawal kira-kira 70 peratus pasaran dunia.
Pada lawatan itu, Dr Mahathir diperkenalkan dengan teknologi terbaharu DJI pada sesi demonstrasi.
Beliau yang hadir bersama Menteri Perladangan dan Industri Asas Tani, Datuk Salahuddin Ayub disambut oleh Presiden DJI, Roger Luo dan Timbalan Presiden, Fred Zhang.

Dron DJI digunakan secara meluas seluruh dunia oleh pemakn industri filem, penyiaran, media dan muzik.
Selain itu, turut diperkenalkan adalah teknologi dron yang digunakan dalam Industri pertanian.