Menteri Tugas-tugas Khas, Datuk Seri Mohd Redzuan Md Yusof memberitahu mesyuarat Majlis Pimpinan Tertinggi (MPT) Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) malam tadi bahawa beliau telah diberitahu hasrat Tun Dr Mahathir Mohamad untuk menjatuhkan Tan Sri Muhyiddin Yassin.
Seorang ahli MPT yang enggan dinamakan memberitahu Astro AWANI, bagaimanapun, Mohd Redzuan yang sinonim dengan panggilan Pak Wan telah memberitahu bekas Perdana Menteri itu, bahawa beliau enggan untuk turut serta.
Mohd Redzuan, yang juga Ahli Parlimen Alor Gajah juga dikatakan memberi jaminan sewaktu mesyuarat MPT semalam bahawa beliau akan berdiri teguh menyokong Muhyiddin selaku pemimpin Bersatu serta Perdana Menteri.
“Pak Wan beritahu kami bahawa beliau memang ada berjumpa dengan Tun. Dan Tun memberitahu beliau bahawa mereka harus jatuhkan Muhyiddin dengan apa jua cara sekali pun.
“Namun Pak Wan menjawab beliau tidak boleh ikut (gerakan menjatuhkan Muhyiddin), kerana ia adalah sesuatu yang sangat peribadi,” kata ahli MPT itu.
Media hari ini dimaklumkan terdapat sidang media khas di kediaman menteri itu, namun setiausaha politik Mohd Redzuan, Mohd Hafeez Mohd Yunus berkata, menteri itu masih belum memutuskan lagi untuk membuat sidang media berkenaan atau pun tidak.
“Sekiranya ada perkembangan, saya akan maklumkan dengan segera,” katanya dalam satu kumpulan media di aplikasi Whatsapp.
Pada 30 Mei lepas, Mohd Redzuan telah mengesahkan bahawa beliau ada berjumpa dengan Dr Mahathir di Yayasan Kepimpinan Perdana (YKP) Putrajaya.
Namun beliau menafikan pertemuan dengan bekas Perdana Menteri itu ada kaitan dengan dakwaan beliau akan keluar dari Perikatan Nasional.
Sementara itu, beberapa media lain turut melaporkan Mohd Redzuan sebagai berkata, khabar angin bahawa beliau akan turut meletakkan jawatan sebagai menteri, sekali gus memberi sokongan kepada Pakatan Harapan adalah tidak benar sama sekali.
"Jika ada apa-apa, saya seru semua untuk teguh di belakang PN (Perikatan Nasional) yang diterajui oleh Muhyiddin (Tan Sri Muhyiddin Mohd Yassin) untuk memandu negara keluar daripada krisis yang kita sedang hadapi, Covid-19 dan ekonomi," katanya seperti dilaporkan Harian Metro hari ini.
Selain itu, Mohd Redzuan berkata, beliau masih lagi dalam proses kuarantin.
Firdaus Azil
Fri Jun 05 2020

Mohd Redzuan yang sinonim dengan panggilan Pak Wan memberitahu bekas Perdana Menteri itu, bahawa beliau enggan untuk turut serta dalam usaha menjatuhkan Muhyiddin. - Gambar fail
598 warga asing ditahan di Klang, ada yang sanggup sembunyi dalam longkang
Timbalan Ketua Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Imigresen Malaysia Jafri Embok Taha berkata, kesalahan dilakukan merangkumi tiada dokumen perjalanan sah, tinggal lebih masa, salah guna pas dan pelbagai kesalahan lain.
AWANI Ringkas: Reformasi Institusi, Perkukuh Demokrasi
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Dua RUU penting dibentang Isnin depan - Fahmi
Rang Undang-Undang (RUU) Perkhidmatan Parlimen 2025 dan RUU Perlembagaan Persekutuan (Pindaan) 2025 akan dibentang dan dibahas dalam sidang Parlimen kali ini untuk diluluskan.
Menurut Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil dalam kenyataan hari ini, RUU tersebut bakal mewujudkan sebuah Majlis Parlimen yang akan dipengerusikan secara bersama oleh Yang di-Pertua Dewan Negara dan Yang di-Pertua Dewan Rakyat.
Menurut Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil dalam kenyataan hari ini, RUU tersebut bakal mewujudkan sebuah Majlis Parlimen yang akan dipengerusikan secara bersama oleh Yang di-Pertua Dewan Negara dan Yang di-Pertua Dewan Rakyat.
Sultan Ibrahim berangkat pulang selepas rawatan di luar negara
Yang di-Pertuan Agong berangkat ke luar negara 7 Feb lalu untuk menjalani rawatan konservatif bagi kesakitan ‘musculoskeletal’.
Perkhidmatan tren di PWTC, Titiwangsa, Sentul, Sentul Timur terjejas
Seorang penumpang disahkan terjatuh di kawasan landasan di stesen LRT Titiwangsa pada pagi Sabtu.

Lelaki OKU maut jatuh landasan LRT Titiwangsa
Pemeriksaan lanjut menunjukkan mangsa hilang keseimbangan lalu terjatuh di kawasan rel LRT sebelum dilanggar sebuah tren.
[TERKINI] Lelaki OKU maut digilis tren LRT di Stesen Titiwangsa
Mangsa yang jatuh di kawasan landasan LRT Titiwangsa berstatus Orang Kurang Upaya (OKU) disahkan meninggal dunia di tempat kejadian.

DeepSeek akan berkongsi lebih banyak kod dalam bentuk sumber terbuka
DeepSeek menyatakan mereka akan berkongsi lebih banyak kod mereka meliputi 5 repo, pada minggu hadapan.

Suspek cabul kanak-kanak di masjid direman tujuh hari
Suspek direman tujuh hari untuk siasatan mengikut Seksyen 14(a) Akta Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017.

Pengerusi Ketua Turus Bersama AS ditamatkan perkhidmatan
Presiden Amerika Syarikat Donald Trump menamatkan perkhidmatan Pengerusi Ketua Turus Bersama Jeneral Charles Brown.

Jelajah Assalamualaikum RaRa 2025 eratkan silaturahim - Zizan Razak
Jelajah Assalamualaikum RaRa 2025 adalah platform terbaik untuk mengeratkan silaturahim antara selebriti dan masyarakat.

Projek kewartawanan Gen Z Astro AWANI raih sokongan Google
Projek ulung Astro Awani melibatkan generasi Gen Z dalam penghasilan berita ini berperanan mencorakkan peranan generasi baharu dalam dunia kewartawanan.

Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.

Dua wakil Astro terima anugerah kewartawanan pada Nambikkai Star Icon Awards
Wartawan Astro AWANI, Umavathi Ramayah dipilih sebagai pemenang Anugerah Juri bagi kategori Wartawan Terbaik manakala Mahendran Veluplay dari Astro Seithigal memenangi kategori Pembaca Berita Popular.

Astro AWANI terima anugerah Masterclass in News Broadcasting and Journalism
Astro AWANI Network Sdn Bhd menerima pengiktirafan berprestij pada Anugerah Kecemerlangan Perniagaan Malaysia (MEBA) 2024 edisi kelapan, pada Sabtu.

Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.

'Allahyarham S. Atan luar biasa, saya sendiri cemburu' - M. Nasir
Datuk M Nasir turut mengakui, beliau sendiri mungkin tidak dapat menyamai kebolehan S Atan dalam penghasilan karya tertentu.

ASA 2024: Astro AWANI ungguli empat kategori
Astro membawa pulang 13 anugerah pada malam kemuncak Anugerah Seri Angkasa 2024 (ASA 2024) yang berlangsung di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC), pada Sabtu.

All Access to Rossa 25 Shining Years: 'Ini masa saya kongsi pengalaman hidup'
Rossa dedah perjalanan hidup dalam 'All Access to Rossa 25 Shining Years' termasuk perihal rumah tangga yang musnah di tengah jalan.

Fahmi ucap takziah atas pemergian Editor Video Astro AWANI
Fahmi mendoakan agar seluruh keluarga dan sahabat handai tabah dengan pemergian Allahyarham.