Dalam entri blognya hari ini, Tun Dr Mahathir Mohamad menzahirkan nada yang dilihat lebih kepada rasa kecewa berbanding marah terhadap kepimpinan perdana menteri Datuk Seri Najib Abdul Razak.
Entri yang dimuat naik di chedet.cc oleh perdana menteri keempat negara itu banyak menekankan mengenai kesilapan Najib dalam merangka strategi menawan hati rakyat dan dalam soal memimpin negara.
Dr Mahathir turut menekankan bahawa Najib merugikan banyak wang negara apabila gagal menilai keutamaan projek mega dengan memberikan tumpuan kepada projek yang salah.
“Najib gagal pada banyak bidang selepas menjadi Perdana Menteri. Selain jambatan bengkok itu, beliau menggugurkan projek landasan berkembar elektrik Johor Bahru ke Padang Besar yang sepatutnya siap pada 2010.
“Kemudian beliau mula merekrut beberapa kakitangan British untuk menasihatinya tentang bagaimana mentadbir negara.
“Kita capai kemerdekaan pada 1957 dan kita usir penasihat British. Kita lebih baik tanpa mereka. Najib nampaknya tidak percaya dengan kebolehan orang Malaysia membangunkan negara ini,” kata bekas perdana menteri yang paling lama berkhidmat ini.
Selain itu, Dr Mahathir turut kecewa dengan beberapa keputusan Najib yang akhirnya mengakibatkan bukan sahaja penyokong parti tidak mahu mengundi, malah beberapa orang kerajaan lari menyokong pihak pembangkang.
“Beliau juga menubuhkan sebuah agensi yang diketuai oleh ‘bukan orang kerajaan’ untuk membangunkan negara yang mana perkara ini telah menimbulkan kemarahan orang kerajaan sendiri.
"Sebelum ini, mereka banyak membantu mentadbir negara. Namun sekarang, pengalaman dan kepakaran mereka bagai tidak lagi diperlukan,” kata Dr Mahathir.
Dr Mahathir menutup entrinya dengan persoalan mengenai 1Malaysia Development Bhd (1MDB) dan bakal merungkai kehilangan wangnya di dalam entri beliau yang seterusnya.
Astro Awani
Mon Apr 20 2015

Dalam entri blognya hari ini, Tun Dr Mahathir Mohamad menzahirkan nada yang dilihat lebih kepada rasa kecewa berbanding marah terhadap kepimpinan Najib. -Gambar fail
10 Berita Pilihan - (22 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tumpuan Ahad – 23 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.

Faizal Saari umum bersara daripada hoki antarabangsa
Namun, Faizal menegaskan akan terus beraksi untuk Terengganu dalam saingan MHL serta Piala Tun Abdul Razak.

Penantian berakhir, Selangor FC julang Piala Cabaran
Selangor FC menepati ramalan apabila meraih kemenangan bergaya dengan agregat 7-0 ke atas PDRM FC untuk julung kali menjulang Piala Cabaran.
China kesan satu lagi varian baharu Koronavirus
Penyelidik di Institut Virologi di China, di sini telah mengesan satu lagi varian Koronavirus baharu dikenali sebagai HKU5-CoV-2 yang disyaki berpotensi untuk merebak melalui manusia.
Kepengerusian ASEAN-Malaysia mampu lonjak ekonomi negara
Kepengerusian ASEAN-Malaysia 2025 mampu melonjakkan keupayaan Malaysia sebagai destinasi pelaburan, pelancongan dan perdagangan.
Tambah baik peraturan makanan sedia ada
Mengambil contoh penjualan produk gummy, Pensyarah Jabatan Pengurusan Sumber dan Pengajian Pengguna, Universiti Putra Malaysia (UPM), Dr Nur Aqilah Amalina Jaafar berpandangan, makanan itu masih lagi dijual di pelbagai platform, walaupun ia bertentangan dengan peraturan sedia.
Kerajaan lipat ganda basmi kemiskinan tegar
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim sekali lagi menegaskan usaha membasmi kemiskinan tegar akan dilipatgandakan dan diteruskan dengan lebih agresif di seluruh negara.
PM tegaskan tiada syarat sokong beliau jika mahu peruntukan
Perdana Menteri menegaskan kerajaan tidak pernah menetapkan sebarang syarat yang memerlukan Ahli Parlimen pembangkang untuk menyokonh beliau sekiranya mahu mendapat peruntukan.
Kerajaan Persekutuan adakan perbincangan dengan Sarawak
Kerajaan Persekutuan akan mengadakan perbincangan dengan kerajaan Sarawak bagi memperincikan skop kerjasama antara Petroleum Sarawak Bhd (Petros) dan Petroliam Nasional Bhd (Petronas).

Undi tidak percaya sememangnya termaktub dalam Perlembagaan - Dr Mahathir
Walaupun Parlimen mungkin tidak mempunyai peruntukan bagi mengadakan undi tidak percaya tetapi terdapat peruntukan mengenai perkara itu di dalam Perlembagaan Persekutuan, kata Dr Mahathir.

Wang ini bukan milik Tabung Haji, kenapa guna untuk selamatkan 1MDB? - Tun M
Melalui catatan di blog chedet.cc, Dr Mahathir menyatakan kesedihannya apabila wang caruman Tabung Haji digunakan untuk pemulihan hutang 1MDB.

Tun M dilihat lebih kecewa daripada marah terhadap Najib di entri terbaharunya
Dalam entri blognya hari ini, Tun Dr Mahathir Mohamad menzahirkan nada yang dilihat lebih kepada rasa kecewa berbanding marah terhadap kepimpinan Najib.

Serang pengkritik tanda 1MDB ada masalah
Saya tidak bersetuju dengan 1MDB dan saya akan terus mengkritik mengenainya dan apa sahaja perkara yang saya fikir akan menjejaskan tadbir urus baik negara ini.