Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad tiba di sini tengah hari ini bagi menerima ijazah kedoktoran kehormat dalam bidang kepimpinan masyarakat, perniagaan dan politik daripada Universiti Rangsit (RSU) esok.
Pesawat khas kerajaan yang membawa Dr Mahathir dan isteri Tun Dr Siti Hasmah Mohd Ali tiba di Pangkalan Tentera Udara Diraja Thailand Don Mueang pada 3.30 petang.
Ketibaan mereka disambut Menteri Luar Datuk Saifuddin Abdullah serta Menteri Pendidikan Thailand Teerakiat Jareonsettasin, dan Duta Besar Malaysia ke Thailand Datuk Jojie Samuel selain pegawai kanan kedua-dua negara.
Malam ini perdana menteri dijadualkan dirai dalam jamuan malam oleh Presiden RSU Dr Arthit Qurairat.
Dr Mahathir dijadualkan ke kampus utama RSU di daerah Mueang Pathum Thani, kira-kira 30 kilometer dari sini, pagi esok bagi menghadiri upacara penganugerahan itu.
Ini merupakan anugerah kehormat kedua Dr Mahathir daripada institusi Thailand untuk tahun ini. Pada 7 Nov lalu beliau menerima Anugerah Pencapaian Sepanjang Hayat Pembinaan Bangsa (Sektor Awam) daripada Institut Bina Bangsa Thailand.
Pemimpin berusia 93 tahun itu merupakan individu ketiga menerima penghormatan daripada institusi pengajian tinggi terbaik Thailand berkenaan selepas Perdana Menteri Jepun Shinzo Abe yang menerima anugerah serupa pada 2016 dan Raja Bhutan Jigme Khesar Namgyel Wangchuck pada 2009 (ketika itu baginda merupakan Putera Mahkota).
-- BERNAMA
Bernama
Sat Dec 15 2018
Pesawat khas kerajaan yang membawa Dr Mahathir dan isteri Tun Dr Siti Hasmah Mohd Ali tiba di Pangkalan Tentera Udara Diraja Thailand Don Mueang pada 3.30 petang. - Foto Bernama
Tahun 2024 paling panas dalam sejarah
Perkhidmatan Perubahan Iklim Copernicus (C3S) Kesatuan Eropah memaklumkan tahun ini hampir pasti akan mengatasi 2023 sebagai tahun paling panas sejak suhu global mula direkodkan.
Ranking MA AFC: Kemenangan JDT pacu Malaysia pintas Australia
Malaysia memintas Australia dalam kedudukan Ranking MA Kejohanan Konfederasi Bolasepak Asia untuk kini menduduki tangga kelima.
Ina Naim sah bergelar isteri jurutera
Penyanyi dan Usahawan, Ina Naim kembali bergelar isteri selepas sah diijabkabulkan dengan jurutera, Mohd Khairul Rizal Shukor dengan sekali lazaf.
PDRM antara agensi paling tinggi ambil tindakan tatatertib
Polis Diraja Malaysia merupakan antara agensi yang paling tinggi mengambil tindakan tatatertib terhadap pegawai dan anggotanya.
Zulkafli pangku tugas Ketua Polis Perak berkuat kuasa hari ini
Timbalan Ketua Polis Perak DCP Zulkafli Sariaat memangku tugas Ketua Polis Perak berkuat kuasa hari ini.
Larangan penggunaan media sosial untuk remaja bawah 16 tahun langkah positif - Pakar
Terdapat keperluan mengkaji kelemahan dalam sistem sedia ada serta mencari jalan untuk tingkatkan kesedaran dan sokongan masyarakat terhadap isu ini.
2 maut, 12 hilang selepas bot nelayan karam di Pulau Jeju
Daripada 27 kru, 15 berjaya diselamatkan, termasuk dua yang ditemukan tidak sedarkan diri dan dibawa ke hospital berhampiran.
'Sempat berbual di telefon beberapa minit sebelum adik ditikam' - Kakak
Zulkifli Ibrahim dan anak perempuannya Siti Zulaila maut selepas ditikam oleh seorang lelaki dengan menggunakan senjata tajam.
HPTN hargai peranan profesion teknikal, fokus generasi muda penggerak ekonomi
HPTN menekankan pembangunan modal insan yang dinamik dan komprehensif, dengan sokongan KKR dan agensi untuk memperkasakan Latihan dan Pendidikan Teknikal dan Vokasional (TVET).
Nelayan warga Thailand dipenjara 70 bulan, 10 sebatan kerana miliki kanabis
Mahkamah Sesyen di sini hari ini menjatuhkan hukuman penjara 70 bulan dan 10 sebatan terhadap seorang nelayan warga Thailand hari ini selepas dia mengaku bersalah atas pertuduhan memiliki kanabis sebe
Pemandu bas sekolah akan didakwa selepas kebakaran ragut 23 nyawa, kata polis Thailand
Pemandu itu menyerah diri pada lewat petang Selasa dan sedang disoal siasat di balai polis Khu Khot.
23 dikhuatiri terkorban selepas bas dua tingkat terbakar di Bangkok
Sekurang-kurangnya 23 orang termasuk pelajar dari wilayah Uthai Thani di utara Thailand, dikhuatiri terkorban selepas bas dua tingkat yang dinaiki mereka terbakar pada Selasa.
ATBC: Muhammad Rafiq menang emas, Malaysia sapu bersih pingat perseorangan lelaki
Muhammad Rafiq menebus kekecewaan pada edisi lepas dengan menjuarai acara perseorangan lelaki pada Kejohanan Tenpin Boling Asia.
Kedutaan Malaysia di Bangkok anjur resepsi hari kebangsaan, sambut hubungan dua hala yang erat
Lebih 600 tetamu, termasuk diplomat asing, profesional Malaysia, ahli perniagaan, wakil dewan perniagaan dan Malaysians in Bangkok (MIB) hadir.
Penerbangan Malaysia Airlines ke Bangkok buat penurunan kecemasan dan pulang ke KLIA
Penerbangan Malaysia Airlines MH780 mengalami "isu tekanan" semasa dalam penerbangan ke Bangkok hari ini selepas berlepas dari Kuala Lumpur pada 5:59 petang.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
MPC tutup kempen di Bangkok dengan cemerlang
Dalam aksi peringkat terakhir, pelumba MPC berhasil meraih tempat kedua dengan mempamerkan kemahiran dan keazaman luar biasa.
Mohammad Rifdean idam kontrak ONE Championship, tali pinggang
Atlet dari Sarawak itu memerlukan 78 saat untuk menundukkan Pichai Lookbanmai dengan pukulan TKO dalam pertarungan ONE Friday Fights 56.
Kedutaan lancar kempen promosi produk Malaysia di Thailand
Kempen "Taste of Malaysia" merupakan program berterusan untuk meningkatkan identiti jenama produk Malaysia di Thailand.
Kecoh apabila dua kumpulan pondan bertempur di Bangkok
Polis bergegas ke tempat kejadian sejurus menerima laporan 20 wanita transgender warga Filipina menyerang dua wanita transgender warga Thailand.