Terdahulu, difahamkan, Dr Mahathir tiba di pejabatnya di Bangunan Perdana Putra, Putrajaya, kira-kira 8.15 pagi tadi sebelum bergerak ke Istana Negara.
Beberapa media menyebut, perjumpaan Perdana Menteri Interim dengan Yang di-Pertuan Agong adalah bagi memuktamadkan barisan kepimpinan baharu yang tidak berpihak kepada mana-mana parti politik, seperti mana yang beliau cadangkan sewaktu menyampaikan perutusan khas semalam.
Laporan lain menyebut perjumpaan itu adalah bagi mendapatkan perkenan Tuanku untuk pengumuman Pakej Rangsangan Ekonomi yang telah disiapkan Kementerian Kewangan sebelum ini.
Bagaimanapun, sehingga kini, media masih cuba mendapatkan pengesahan sama ada, perjumpaan ini berhubung Kabinet baharu, ataupun sebaliknya.
Sementara itu pihak media turut difahamkan bahawa Ketua Hakim Negara, Tan Sri Tengku Maimun Tuan Mat juga dijangka menghadap Agong hari ini.
Dr Mahathir dilihat meninggalkan Istana Negara tepat jam 12 tengah hari selepas menghadap Yang di-Pertuan Agong.