Peter Bellew menafikan dakwaan bekas perdana menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad bahawa Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak terlibat dalam isu peletakan jawatannya sebagai Ketua Pegawai Eksekutif Malaysia Airlines Berhad (MAB).
Tegas beliau, tindakan meletak jawatan hanya kerana mahu pulang ke negara asalnya di Ireland dan bersama keluarga.
Menurut Bellew, ia sekali gus menunjukkan bahawa tiada campur tangan politik dalam isu peletakan jawatannya itu.
"Tuduhan Tun Dr Mahathir terhadap saya dalam tempoh 72 jam yang lalu adalah salah. Beliau adalah seratus peratus salah. Tiada siapa yang campur tangan sepanjang tempoh dua tahun ini. Tiada campur tangan sesiapa.
"Saya hanya mahu 'balik kampung', negaraku (Ireland). Kembali kepada orang yang saya sayang. Itu sahaja," katanya dalam satu sidang media di sini hari ini.
Justeru katanya, keputusan untuk pulang ke Ireland disifatkannya bukan satu misteri atau kontroversi seperti yang didakwa sesetengah pihak.
Sementara itu, Bellew turut menyifatkan kritikan Tun Dr Mahathir terhadap kegagalan MAS dalam buku biografinya bertajuk A Doctor In The House sebenarnya mencerminkan diri bekas perdana menteri itu sendiri.
Tegasnya, MAB adalah syarikat penerbangan yang istimewa dan menjadi simbol kemegahan negara.
Beliau juga berharap Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan MAB yang baharu dilantik, Kapten Izham Ismail dapat menjalankan tugas dengan baik demi masa depan MAB dan Malaysia khususnya.
Khamis lalu, Bellew mengumumkan peletakan jawatan selaku Ketua Pegawai Operasi MAB untuk kembali ke Ireland dan menyertai syarikat penerbangan Ryanair sebagai Ketua Pegawai Operasi.
Rahimah Abdullah
Sun Oct 22 2017

Tegas Bellew, tindakan meletak jawatan hanya kerana mahu pulang ke negara asalnya di Ireland dan bersama keluarga. - Foto Astro AWANI / Rahimah Abdullah

Persatuan Pandu Puteri lahirkan pemimpin bermoral tinggi - Tunku Azizah
Baginda bertitah, pengadaptasian sahsiah nilai murni tidak boleh dipandang mudah kerana ia melengkapkan kriteria sebagai seorang pemimpin.

Ibu tiga anak maut, dipercayai dibunuh kekasih
Dalam kejadian itu, mangsa yang menyewa di rumah dua tingkat itu bersama kekasihnya sejak lima bulan lalu, ditemukan terbaring atas katil.

ATC 2025: Sawda pecah rekod remaja Asia, raih emas ujian masa 1km
Sawda mencatatkan satu minit 10.818s untuk memperbaharui rekod yang dicipta atlet Taiwan Liu Shang Ying (1:12.722s) pada pusingan kelayakan.

FAMA tingkat 30 peratus bekalan kelapa di seluruh negara
Abdul Rashid berkata masalah kekurangan bekalan kelapa bukan hanya berlaku di Malaysia, malah di seluruh dunia berikutan musim melawas.

KPKT sasar bina 112 Taman Rekreasi MADANI tahun ini
Ia termasuk pembinaan lapan TRM yang akan dibangunkan di Selangor melibatkan peruntukan RM4 juta.

Landskap penyiaran Pakistan berdepan cabaran getir
Untuk menangani isu itu, penyiar mesti mengutamakan ketepatan dan pengesahan sebelum menyiarkan sebarang maklumat kepada khalayak.

Presiden DR Congo Tshisekedi tolak dialog dengan pemberontak M23
Felix Tshisekedi berkata, gabungan kerajaannya tidak seharusnya terpengaruh oleh ketegangan dalaman dan manipulasi dari luar.

Konflik Rusia-Ukraine boleh berakhir 'minggu ini' - Jurucakap Rumah Putih
Donald Trump yakin dengan keupayaannya untuk merundingkan perjanjian dengan Rusia bagi menamatkan konflik Ukraine.
Tumpuan Isnin – 24 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
10 Berita Pilihan - (23 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.

MAB beli pesawat baharu tingkat keyakinan penumpang
MAB telah melaksanakan proses perolehan pesawat baharu sebagai strategi meningkatkan keyakinan penumpang terhadap syarikat penerbangan berkenaan.

Kadar OTP Malaysia Airlines naik lebih 80 peratus pada Oktober 2024
Beliau berkata peningkatan tersebut adalah susulan pengumuman MAB untuk mengurangkan rangkaian penerbangannya pada hujung Ogos yang lalu.

Malaysia Airlines Bhd perlu ambil langkah drastik tarik minat pekerja mahir baharu - Anthony
Malaysia Airlines Bhd (MAB) perlu memastikan anak syarikatnya MAB Engineering Services mengambil langkah drastik untuk menarik minat pekerja mahir baharu.

Astro kolaborasi bersama MAB, komited cipta kandungan lebih inklusif
Datuk George Thomas berkata, inisiatif ini untuk mencipta lebih kesedaran dalam kalangan rakyat Malaysia agar lebih prihatin.

Malaysia Airlines guna RM1.3 bil, proses pemulihan beri petunjuk positif - Khazanah
Malaysia Airlines Berhad (MAB) telah menggunakan RM1.3 bilion daripada RM3.6 bilion modal yang diperuntukkan di bawah pelan pemulihan perniagaan syarikat penerbangan tersebut.

J-KOM, MAB jalin kerjasama tingkatkan pengehakupayaan komuniti OKU
Masyarakat OKU adalah antara kumpulan paling terjejas akibat penularan wabak COVID-19, sekali gus mengehadkan keupayaan mereka menghasilkan sumber pendapatan.

Malaysia Airlines dapat markah penuh bagi protokol keselamatan COVID-19
Menurut tinjauan itu, syarikat penerbangan nasional dianggap cemerlang dalam semua kategori, sehingga dianugerahkan tujuh bintang.

Malaysia Airlines tawar tiket bersubsidi untuk tingkatkan pelancongan domestik
Pelanggan boleh menuntut potongan harga sehingga RM200 untuk tambang Kelas Ekonomi dan Perniagaan Malaysia Airlines ke semua destinasi tempatan.

Malaysia Airlines, wajar dikekalkan atau tidak?
Ahli Parlimen Lembah Pantai, Fahmi Fadzil berkata, ada ahli politik dan ahli Parlimen berpendapat MAB adalah aset nasional yang memainkan peranan penting dalam membawa imej negara di persada dunia.

Malaysia Airlines teruskan misi bawa pulang rakyat
MAB telah jalankan sebanyak 218 penerbangan menyelamat dan membawa pulang mereka yang terbabit menerusi perkhidmatan berjadual dan sewa khas sejak Mac 2020.