Tindakan Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad yang menjadi tulang belakang Deklarasi Rakyat disifatkan langkah terdesak dan mementingkan diri sendiri.
Ketua Pergerakan Puteri UMNO, Datuk Mas Ermieyati Samsudin berkata, kerjasama Dr Mahathir, Tan Sri Muhyiddin Yassin bersama Lim Kit Siang itu tidak bertanggungjawab dan tidak melihat kesan yang mendalam terhadap pentadbiran negara.
"Jujur, kami terkesan dengan tindakan ini. Tindakan bekas pemimpin tertinggi UMNO yang pada kami seumpama membakar lagi api perselisihan yang kini tidak surut dalam kalangan ahli UMNO. Tun M 'desperate' mahu kacau pentadbiran negara.
"Lebih mengecewakan, apabila tindakan ini dijalankan bersama sama dengan pimpinan parti pembangkang yang kita sedia tahu tujuan mereka cumalah satu, meranapkan kepimpinan sedia ada agar mereka dapat berkuasa.
"Janggal tatkala melihat yang dahulunya disanjung, yang seharusnya memberi pengajaran terbaik kepada orang muda dalam parti, mengambil langkah drastik bersama musuh musuh politik. Dan terlalu asing buat kami melihat mereka yang dulunya menentang, kini menjulang," katanya kepada Astro AWANI di sini hari ini.
Mas Ermieyati mengulas tindakan Dr Mahathir yang menandatangani deklarasi bersama dengan bekas pemimpin kanan negara, pemimpin pembangkang, aktivis politik dan ketua badan bukan kerajaan (NGO) pada Jumaat.
BACA: Tun Mahathir berkawan semula dengan pihak yang gelarkannya 'Firaun' - Hishammuddin
BACA: Azmin akui 'gerakan undur Najib' berdepan cabaran
BACA: Siapa Tun M desak Najib letak jawatan? - Azwan Bro
Deklarasi yang dinamakan ‘Citizen’s Declaration’ atau ‘Deklarasi Rakyat’ itu ditandatangani bagi memberi tekanan kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak untuk meletak jawatan.
Jelas Mas Ermieyati, setiap pemimpin memerlukan perubahan dan pengorbanan namun bukan menggadaikan prinsip.
"Ini masa kita memperlihatkan semangat juang. Sebagai sayap yang paling bongsu, kami mewakili suara orang muda ingin melahirkan rasa sedih dan kecewa dengan gangguan demi gangguan terhadap pentadbiran Najib.
"Sepatutnya tumpuan diberikan terhadap pemulihan sosio ekonomi rakyat di saat kegawatan ekonomi yang sedang melanda dunia.
"Kami melahirkan rasa bimbang dan khuatir dalam melihat pertelingkahan yang tidak berkesudahan ini bakal merugikan negara dan rakyat tanpa pemenang sebenar bak kata pepatah 'Menang jadi arang kalah jadi abu'"," katanya.
VIDEO: Sidang Media Khas 'Deklarasi Rakyat'
VIDEO: 4 tuntutan Deklarasi Rakyat dibaca Tun Mahathir
BACA: Anwar umum sokongan terhadap Tun Mahathir
Mas Ermieyati juga yakin dan percaya kepada proses demokrasi yang tidak pernah tertangguh selain menegaskan sampai masa ketikanya, mandat akan dikembalikan kepada rakyat untuk memilih.
Wan Syamsul Amly
Sat Mar 05 2016
MAS ERMIEYATI: 'Tun M 'desperate' mahu kacau pentadbiran negara' - Gambar fail
Bencana banjir di tiga daerah Sabah pulih dan diisytiharkan tamat
Kota Marudu, Kota Belud dan Telupid diisytiharkan pulih daripada banjir hari ini. dan semua penduduk yang terjejas di ketiga-tiga daerah itu telah dibenarkan pulang.
Ambulans udara terhempas di Philadelphia, beberapa mangsa dipercayai maut
Beberapa mangsa dilaporkan maut selepas sebuah pesawat kecil terhempas pada Jumaat di kawasan perumahan di bandar Philadelphia, Amerika Syarikat.
Suami isteri maut, kenderaan bertembung treler
Suami isteri maut, manakala dua anak cedera dalam nahas di Kilometer 3, Jalan Gua Musang-Kuala Krai di Bandar Utama di Gua Musang.
Terburuk pernah berlaku di Kota Marudu- Penduduk
Mangsa banjir di Kota Marudu yang ditemui di Pusat Pemindahan Sementara (PPS) SMK Bandau menyifatkan banjir kali ini adalah yang terburuk pernah menimpa kampung mereka.
Kota Marudu, Kota Belud dan Telupid pulih
Kota Marudu, Kota Belud dan Telupid diisytiharkan pulih daripada banjir hari ini dan semua penduduk yang terjejas di ketiga-tiga daerah itu telah dibenarkan pulang ke kediaman masing-masing.
Banjir di Kota Marudu antara terburuk pernah berlaku - Penduduk
Banjir yang melanda beberapa kampung di daerah ini susulan hujan lebat berterusan sejak Rabu lepas disifatkan penduduk antara yang terburuk pernah berlaku.
Perkembangan terkini di Sarawak
Perkembangan terkini situasi banjir di Sarawak bersama wartawan AWANI Borneo, Fadilah Sulaiman.
Badminton: Herry belum fikir ubah gandingan beregu lelaki negara
Ketua jurulatih beregu lelaki negara Herry Iman Pierngadi tidak berhasrat untuk memecah gandingan sedia ada buat masa ini.
Banjir Sabah dan Sarawak: Bank Muamalat tawar moratorium hingga enam bulan
Bank Muamalat Malaysia Berhad menawarkan bantuan khas banjir kepada pelanggan yang terjejas dengan banjir di Sabah dan Sarawak.
Hampir setengah juta orang kembali ke kawasan utara Gaza - PBB
PBB melaporkan bahawa "hampir setengah juta orang telah kembali ke kawasan utara Semenanjung Gaza" sejak gencatan senjata berkuat kuasa.
Kes 'Kutty': Tun Mahathir tunjuk salinan asal kad pengenalan, dokumen keluarga kepada wartawan
Dr Mahathir menunjukkan beberapa salinan dokumen termasuk kad pengenalan lama miliknya, isteri dan empat anaknya berserta surat beranak asal bagi membuktikan nama sebenarnya.
RCI Batu Puteh syor siasatan jenayah terhadap Dr Mahathir
RCI Bagi Mengkaji Pengendalian Perkara Berkaitan Dengan Kes Kedaulatan Batu Puteh, Batuan Tengah dan Tubir Selatan mengesyorkan siasatan jenayah boleh dimulakan terhadap Tun Dr Mahathir.
Ulang tahun ke-99: Seluruh hidup saya untuk berkhidmat kepada negara - Tun M
Dr Mahathir berkata, beliau berterima kasih di atas semua sokongan yang diberikan kepadanya pada masa dahulu.
Tun Mahathir yakin kuasa boikot umat Islam tekan rejim Zionis
Dr Mahathir yakin kuasa boikot umat Islam yang dianggarkan berjumlah 1.7 bilion di seluruh dunia terhadap barangan Israel akan menekan rejim Zionis.
Tun Mahathir kini sedia kembali bersama Muhyiddin
Tun Dr Mahathir Mohamad mengakui sedia bekerjasama dengan Pengerusi Perikatan Nasional (PN) Tan Sri Muhyiddin Yassin sekiranya kedua-dua pihak dapat mencapai matlamat yang sama.
Lantikan penjawat awam ikut merit bukan kuota kaum - SPA
SPA menyatakan kaedah pelantikan penjawat awam adalah telus berdasarkan merit dan kompetensi calon dan bukannya mengikut kuota untuk suatu kaum atau etnik tertentu.
Ramasamy gesa Anwar pecahkan dominasi Melayu dalam sektor awam
Datuk Seri Anwar Ibrahim digesa mereformasikan perkhidmatan awam yang didominasi oleh orang Melayu dimana dakwanya dasar itu dilaksanakan pada era kepimpinan Tun Dr Mahathir Mohamad.
Penamatan HSR: Dr Mahathir, Muhyiddin dan tiga lagi diarah fail pernyataan pembelaan
Mahkamah Tinggi hari ini mengarahkan dua bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad dan Tan Sri Muhyiddin Yassin serta tiga lagi memfailkan pernyataan pembelaan dalam saman berhubung penamatan Proj
Dr Mahathir letak jawatan Pengerusi Pejuang?
Tun Dr Mahathir Mohamad disahkan meletak jawatan sebagai Pengerusi Parti Pejuang Tanah Air (Pejuang).
PRU15: Larangan telefon bimbit, Tun Mahathir ucap terima kasih kepada SPR
Tun Dr Mahathir merakamkan ucapan terima kasih kepada Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) kerana bersetuju dengan cadangannya supaya tidak membenarkan penggunaan telefon bimbit sewaktu mengundi PRU15.