Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak menyifatkan seorang bekas pemimpin negara yang berkhidmat selama 22 tahun sebagai kaki gaduh.
Presiden UMNO itu berkata ini kerana pemimpin tersebut sering mengkritik pemimpin terdahulu dan sekarang sebagai tidak betul dalam segala tindak tanduk mereka.
"Ada pihak yang mengatakan Malaysia negara gagal, apatah lagi ini disebut oleh bekas pemimpin yang kita sanjung selama ini, saya dan Menteri Besar (Pahang) Datuk Seri Adnan Yaakob antara penyokong setia (pemimpin itu) selama 22 tahun.
"Kita pertahankan dia, tapi hari ini dia tergamak duduk sama dengan pembangkang. Kita semua faham orang yang kaki gaduh ini akan selalu cari gaduh.
"Pertama dengan (perdana menteri pertama) Tunku Abdul Rahman (Putra Al-Haj) (dikatanya) tak betul, (perdana menteri ketiga) Tun Hussein Onn tak betul, (bekas timbalan perdana menteri) Tun Musa Hitam tak betul, (perdana menteri kelima) Tun Abdullah Ahmad Badawi tak betul dan terbaru Sultan Johor Sultan Ibrahim Almarhum Sultan Iskandar juga tidak betul," kata beliau.
Datuk Seri Najib berkata demikian semasa berucap merasmikan persidangan erwakilan UMNO Bahagian Cameron Highlands, di sini hari ini. Najib turut menarik perhatian apabila mencabar mana-mana pihak dalam UMNO yang tidak berpuas hati dengan kepimpinan UMNO termasuk dirinya supaya bertanding dan mencabar beliau selaku presiden dalam pemilihan parti akan datang.
"Kalau hendak jatuhkan saya bertandinglah dalam UMNO tapi jangan runtuhkan UMNO," kata beliau sambil disahut tepukan gemuruh.
Malah, Datuk Seri Najib secara sinis berkata jika beliau mempunyai hasrat menjadi perdana menteri dan presiden UMNO untuk tempoh 22 tahun lagi, perlembagaan parti sebelum ini boleh dipakai.
"Kalau mengikut perlembagaan dahulu, siapa nak bertanding presiden dia mesti mendapat sokongan daripada 56 Bahagian UMNO, ingat senang nak dapat, satu pun susah.
"Tetapi bila saya jadi presiden UMNO dan perdana menteri saya ambil langkah pindah perlembagaan dan serahkan nasib saya kepada 160,000 perwakilan yang layak memilih," kata beliau.
Selain itu, Datuk Seri Najib meminta rakyat supaya tidak mudah terpengaruh dengan sebarang laporan berita oleh pihak asing termasuk Wall Street Journal (WSJ) kerana ia tidak akan membawa kebaikan.
"Apa yang penting adalah apa yang kerajaan beri kepada rakyat, bantu keluarga kita, ada pekerjaan atau sebaliknya, semua ini bukan WSJ yang tentu dan berikan.
"Usah ambil kisah sangat cerita daripada pihak luar, tetapi apa yang penting adalah kita mampu pertahankan kemerdekaan dan kedaulatan Malaysia," kata beliau.
Dalam pada itu, perdana menteri mengulangi kenyataan bahawa keputusan beliau memperkenalkan Akta Majlis Keselamatan Negara (MKN) 2016 dibuat demi keselamatan rakyat dan negara.
"Bila saya jadi perdana menteri saya mansuhkan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) saya dikutuk kata tak patut, dan bila saya wujudkan Akta MKN saya dikata nak jadi diktator kononnya rampas kuasa daripada Yang di-Pertuan Agong.
"Saya tidak akan memohon maaf untuk tindakan yang saya ambil demi keselamatan negara kerana kalau ada ancaman, ada yang mati, mayat bergelimpangan apakah maknanya? Keamanan negara boleh berubah sekelip mata sahaja," kata beliau.
Bernama
Sat Aug 27 2016

Datuk Seri Najib berkata, ini kerana pemimpin tersebut sering mengkritik pemimpin terdahulu dan sekarang sebagai tidak betul dalam segala tindak tanduk mereka.
AWANI Ringkas: 12 termasuk kanak-kanak, bayi terperangkap dalam lif
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

Banyak idea baharu lahir dari Sesi Permukiman Jemaah Menteri - TPM Ahmad Zahid
Setiap pandangan yang dikongsi pada sesi itu, adalah cerminan keprihatinan dan komitmen kerajaan dalam mencorak masa depan lebih cerah.

Dividen KWSP dijangka lebih baik bagi tahun 2024 - Amir Hamzah
Berdasarkan prestasi kukuh KWSP pada suku ketiga 2024, pencarum boleh mengharapkan berita gembira berkaitan agihan dividen yang lebih baik bagi tahun 2024 berbanding tahun sebelumnya.
AWANI Ringkas: Dua rakyat Israel yang dibebaskan dalam kesihatan baik
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
'Mana ada negara di dunia masyarakat berbilang kaum hidup aman' - PM
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata tidak ada negara di dunia selain Malaysia mempunyai masyarakat berbilang kaum dan budaya yang hidup aman damai. Keupayaan Malaysia terdiri daripada seluruh pekerja dan rakyat Malaysia. #AWANInews
'Tanggungjawab kita adalah untuk menyantuni' - PM
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim semasa merasmikan Alamanda berwajah baru berkata tanggungjawab kita untuk menyantuni pelbagai kaum dengan menghormati dan kenal perbezaan antara kaum. #AWANInews

Alec Baldwin akui mental merosot selepas tragedi tembakan
Baldwin mengaku bergelut dengan emosi yang tidak stabil dan kesihatan mental yang terjejas.

Jenazah ADUN Ayer Kuning selamat dikebumikan
Jenazah Allahyarham dibawa dari kediamannya di Desa Seri Ampang ke Masjid An Nur Desa Seri Ampang untuk dimandi dan disolatkan.

Jualan 'gummy' dalam talian masih aktif
Produk ini dijual pada harga serendah RM6.50 sebalang dan mendapat sambutan hangat.
Kerajaan perkukuh inisiatif Astro-Tourism, anjur perkelahan astronomi
Kerajaan terus memperkukuh usaha memasyarakatkan dan membudayakan bidang astronomi dan sains angkasa menerusi pelbagai aktiviti dan program berbentuk pembelajaran sains bukan formal secara interaktif.

Tun Mahathir seorang kaki gaduh - PM Najib
Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak menyifatkan seorang bekas pemimpin negara yang berkhidmat selama 22 tahun sebagai kaki gaduh.