Polis akan mengambil keterangan Tan Sri Musa Aman berhubung laporan polis yang dibuat oleh Yang Dipertua Negeri Sabah, Tun Juhar Mahiruddin selepas bekas Ketua Menteri Sabah pulih daripada masalah kesihatan yang dialaminya.
Pesuruhjaya Polis Sabah Datuk Ramli Din berkata, perkara itu dibuat selepas menerima laporan kesihatan Musa.
Musa yang tiba di tanah air sekitar jam 6.45 petang semalam dan kini dilaporkan sedang menerima rawatan di sebuah hospital swasta di Subang Jaya, Selangor.
"Pihak polis tidak akan mengambil keterangan terhadap beliau ketika ini kerana faktor kesihatan," katanya ketika dihubungi AWANI, hari ini.
Dalam pada itu, Ramli juga mengingatkan para wartawan supaya berhati-hati dalam membuat laporan berkaitan bekas Ketua Menteri itu bagi mengelakkan kesihatannya terganggu.
Untuk rekod pada 14 Mei lepas, Yang Dipertua Negeri Tun Juhar Mahiruddin membuat laporan polis terhadap Musa yang dipercayai berkaitan ugutan jenayah selepas upacara angkat sumpah jawatan Ketua Menteri.
Sebaik sahaja laporan polis dibuat, percakapan Juhar turut diambil dan kes disiasat mengikut Seksyen 506 Kanun Keseksaan kerana melakukan ugutan jenayah.
Musa telah mengangkat sumpah sebagai ketua menteri di hadapan Juhar pada 10 Mei selepas memperoleh majoriti mudah.
Bagaimanapun Mohd Shafie yang juga Presiden Parti Warisan Sabah dilantik sebagai ketua menteri dan mengangkat sumpah di hadapan Juhar dua hari kemudian (12 Mei) selepas beberapa Anggota Dewan Undangan Negeri daripada BN mengubah haluan parti kepada Warisan.
Fifi Harteeny Marzuki
Wed Aug 22 2018

Perkara itu dibuat selepas menerima laporan kesihatan Musa.

Ribut musim sejuk di AS ragut 3 nyawa, gangguan bekalan elektrik, puting beliung
Ribut musim sejuk yang kuat melanda Amerika Syarikat (AS) telah mengakibatkan kematian tiga orang di negeri selatan Mississippi dan menyebabkan puluhan ribu orang terputus bekalan elektrik.

Pindaan Akta 711 beri lebih perlindungan kepada pelapor salah laku – KRPPM
Pindaan Akta Perlindungan Pemberi Maklumat (Akta 711) bakal memperkasa pemberi maklumat untuk melaporkan salah laku kepada agensi penguatkuasaan.
Taklimat Harian Pejabat Perdana Menteri | 6 Mac 2025
Taklimat Harian Pejabat Perdana Menteri (PMO)

Saifuddin belum putuskan bertanding pemilihan PKR
Pemilihan jawatan MPP, MPWP, dan MPAMKP PKR akan dilaksanakan pada 24 Mei, manakala pemilihan di peringkat Cabang, Wanita Cabang, dan Angkatan Muda Keadilan Cabang pada 11 hingga 20 April.

JSJK guna AI bagi penguatkuasaan, siasatan jenayah komersial
Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Polis Diraja Malaysia (PDRM) akan mengaplikasikan teknologi kecerdasan buatan (AI) bagi melancarkan proses penguatkuasaan atau siasatan jenayah komersial.
146.48 juta warga Indonesia dijangka lakukan perjalanan
Seramai 146.48 juta mewakili 52 peratus penduduk Indonesia dijangka akan melakukan perjalanan semasa cuti perayaan sambutan Aidilfitri 2025.

Gabungan NGO anjur Himpunan Hari Al-Quds, serah nota bantahan ke Kedutaan AS
Perhimpunan Hari Al-Quds Antarabangsa di depan Kedutaan Amerika Syarikat pada 28 Mac.
Perdagangan: Vietnam catat defisit luar biasa pada Februari
Sebagai hab pembuatan serantau, Vietnam sangat bergantung kepada pertumbuhan ekonomi yang dipacu eksport dan menghadapi risiko daripada pertikaian perdagangan global, termasuk kemungkinan pengenaan tarif oleh Amerika Syarikat.
Kawasan terjejas banjir kini dalam proses pembersihan
Pihak berkuasa Jakarta Timur mengerahkan 285 anggota melalui pejabat alam sekitar bagi membersihkan kawasan yang terjejas akibat banjir baru-baru ini.
Kos operasi eksport Thailand mungkin meningkatF
Kos operasi untuk eksport Thailand mungkin meningkat sebanyak enam ke lapan peratus secara purata memandangkan dasar tarif agresif Presiden Amerika Syarikat Donald Trump ke atas barangan import.

Tunggu Musa Aman pulih - Polis Sabah
Polis akan mengambil keterangan Tan Sri Musa Aman berhubung laporan polis yang dibuat oleh Tun Juhar Mahiruddin selepas bekas Ketua Menteri Sabah pulih daripada masalah kesihatan yang dialaminya.

Perintah berkurung di Esszone dilanjut ke 30 Julai
Perintah berkurung tersebut meliputi kawasan perairan daerah Tawau, Semporna, Kunak, Lahad Datu, Kinabatangan, Sandakan dan Beluran.

Kes penipuan kad pengenalan dikesan di Sabah
Sebanyak enam kes penipuan kad pengenalan dikesan di Sabah setakat tengah hari tadi.

Polis Sabah tangani isu salah guna bakakuk
Polis Kontinjen Sabah akan menangani secara serius isu pemilikan dan penyalahgunaan senjata api buatan sendiri atau bakakuk yang didapati semakin membimbangkan di negeri ini.

Polis Sabah pantau kes pecah rumah di kawasan banjir
Polis Kontinjen Sabah akan meningkatkan pemantauan dalam memastikan jenayah pecah rumah tidak berlaku di kawasan terjejas banjir seperti Tuaran dan Kota Belud.

Perintah berkurung di Esszone dilanjut hingga 29 Oktober
Perintah berkurung di kawasan perairan tujuh daerah dalam Zon Selamat Timur Sabah (Esszone) yang berakhir hari ini dilanjutkan sehingga 29 Okt ini, berkuat kuasa esok dari 6 petang hingga 6 pagi.

Tiga maut dalam kejadian bot karam dekat Pulau Mengalum
Dua lelaki dan seorang wanita maut dalam kejadian bot pelancong karam di perairan dekat Pulau Mengalum, kata Pesuruhjaya Polis Sabah Datuk Ramli Din malam ini.