Tuntutan pembayaran balik cukai input bagi Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) yang masih berbaki, tidak dapat dilaksanakan kerana wang yang telah dibayar sebagai pendahuluan tidak dimasukkan ke dalam akaun amanah kerajaan semasa pentadbiran kerajaan sebelum ini.
Mendedahkan perkara tersebut, Menteri Kewangan Lim Guan Eng berkata wang pendahuluan itu sebaliknya dimasukkan ke dalam akaun dana yang disatukan dan dianggap sebagai hasil oleh kerajaan Barisan Nasional.
“Wang itu telah digunakan oleh kerajaan terdahulu terlebih dahulu, itu sebabnya (kenapa tuntutan cukai input GST tidak dapat dilaksanakan),” katanya semasa menggulung perbahasan Rang Undang-Undang (RUU) Cukai Jualan 2018 di Dewan Rakyat, hari ini.
Beliau berkata bayaran yang sepatutnya dibayar balik dalam masa dua minggu itu tertangguh hingga dua tahun.
“Ini perompakan serius, yang mana wang yang patut ada dalam akaun amanah tidak ada dalam akaun amanah, bagaimana kerajaan sekarang boleh bayar (kepada penuntut cukai input) kalau tak ada dalam akaun amanah?” katanya.
Menjawab celahan Khairy Jamaluddin (BN-Rembau) yang mahu Guan Eng membuktikan dakwaannya, Guan Eng berkata beliau akan membentangkan butiran mengenai perkara berkenaan semasa pembentangan RUU Cukai Barang dan Perkhidmatan (Pemansuhan) 2018.
Beliau berkata berbeza dengan GST yang juga cukai pelbagai peringkat, Cukai Jualan dan Perkhidmatan (SST) yang diusul bagi menggantikan GST adalah cukai satu peringkat.
“Cukai ini adalah cukai seperingkat tidak perlunya input tax (cukai) untuk minta refund (kembalian wang) dibuat. Ini adalah sebabnya kita perlukan satu sistem pencukaian satu peringkat yang saya rasa lebih mudah dan jelas, supaya masalah tuntutan tak dibayar balik tak timbul lagi,” katanya.
Beliau juga menegaskan bahawa penggantian cukai GST kepada SST dibuat bagi meringankan beban rakyat dan akan melihat sebanyak 5,445 barangan dikecualikan cukai berbanding GST, 545 barangan.
RUU itu kemudian diluluskan Dewan Rakyat walaupun ia cuba diserahkan kepada satu jawatankuasa pilihan oleh pihak pembangkang.
Perkara itu diusulkan Datuk Seri Dr Ronald Kiandee (BN-Beluran) selepas selesai sesi penggulungan perbahasan, namun tidak dipersetujui majoriti Ahli Dewan Rakyat sebelum beliau meminta undian belah bahagi dilakukan.
Undian belah bahagi kemudian menyaksikan 111 Ahli Dewan Rakyat tidak bersetuju, 51 bersetuju dan empat tidak mengundi.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Aug 07 2018
Lim Guan Eng berkata wang pendahuluan itu sebaliknya dimasukkan ke dalam akaun dana yang disatukan dan dianggap sebagai hasil oleh kerajaan Barisan Nasional.
Bekas CEO Tabung Haji Nik Hasyudeen Yusoff dilantik ahli Lembaga Pengarah SC
Bekas Pengarah Urusan Kumpulan dan CEO Lembaga Tabung Haji, Datuk Nik Mohd Hasyudeen Yusoff dilantik sebagai ahli Lembaga Pengarah Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC).
Buruh Bangladesh didakwa bunuh wanita Indonesia
Seorang buruh binaan warga Bangladesh didakwa membunuh seorang wanita Indonesia, yang ditemukan meninggal dunia di sebuah bilik hotel bajet, dua minggu lalu.
MD Shimul Babu, 23, mengangguk tanda faham selepas pertuduhan dibaca di hadapan Majistret, Amira Sariaty Zainal di Mahkamah Majistret Petaling Jaya pada Selasa.
MD Shimul Babu, 23, mengangguk tanda faham selepas pertuduhan dibaca di hadapan Majistret, Amira Sariaty Zainal di Mahkamah Majistret Petaling Jaya pada Selasa.
Tindakan kurang menyeluruh bebankan keselamatan negara
Jenayah scam dalam talian disebabkan tindakan penguatkuasaan yang kurang menyeluruh bukan sahaja merugikan pengguna malah membebankan keselamatan negara.
Bekas jurutera rugi lebih RM9 juta terperdaya pelaburan
Seorang bekas jurutera mendakwa kerugian RM9.47 juta selepas terpedaya dengan pelaburan mata wang kripto tidak wujud secara dalam talian, bermula Oktober tahun lepas.
Penolong pendaftar nikah mengaku tidak bersalah terima suapan RM26,300
Seorang penolong pendaftar nikah mengaku didakwa atas tujuh pertuduhan menerima suapan berjumlah RM26,300 bagi memproses pendaftaran perkahwinan luar negara di Perlis.
Lori terbabas, tiga termasuk pelajar kolej maut
Mangsa maut ialah pemandu lori, Mohd Esa Daharin, 73; kelindan lori warga Bangladesh, Md Usuf Ali, 44; serta pelajar kolej Terence Ng Zhi Yang, 21.
Jangkaan pasangan bernikah berkurangan
Dianggarkan lebih 300 pasangan dari Malaysia, khususnya Kelantan melangsungkan pernikahan mereka di selatan Thailand, melalui Islam Narathiwat tahun lepas.
Rompak warga emas: Dua warga Indonesia dipenjara lima tahun, satu sebatan
Mereka didakwa mengikut Seksyen 395 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 20 tahun dan sebatan.
Nikah luar negara, Imam mengaku tidak bersalah
Seorang imam masjid, Mohd Isa Abdul Karim, 53 tahun, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kangar, atas tujuh pertuduhan menerima suapan berjumlah keseluruhan RM26,300.
Mahkamah Narathiwat jamin keputusan prosiding dipercepatkan
Hakim Mahkamah Narathiwat Yuan Khao Kham beri jaminan prosiding enam rakyat Malaysia yang dihadapkan dengan pertuduhan dadah dan imigresen di Thailand akan dijalankan secara pantas.
Tuntutan cukai input GST tidak dapat dilaksanakan
Tuntutan pembayaran balik cukai input bagi GST yang masih berbaki, tidak dapat dilaksanakan kerana wang yang telah dibayar sebagai pendahuluan tidak dimasukkan ke dalam akaun amanah kerajaan.