Seorang bekas pegawai Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan), Jerantut dijatuhi hukuman penjara empat tahun dan denda RM117,000 setelah didapati bersalah membuat tuntutan palsu berjumlah RM23,400 lima tahun lalu.
Hakim Dazuki Ali membuat keputusan itu di Mahkamah Sesyen di sini hari ini terhadap Abu Zahrain Ismail, 45 setelah pihak pendakwaan berjaya membuktikan kes tanpa keraguan munasabah.
Abu Zahrim Ismail, 45 dituduh dengan niat menggunakan kedudukannya ketika itu memperdaya Ketua Pengarah Perhilitan untuk membuat tuntutan palsu atas nama Baraplas Kreatif Enterprise.
Tuntutan palsu itu membabitkan pembelian 68 buah beg iaitu 28 unit beg sandang bersaiz 75 liter jenama Deuter dan 60 unit drypack 30 liter.
Kesalahan tersebut dilakukan di pejabat Penguasa Taman Negara, Jerantut, pada November 2013.
Tertuduh didakwa mengikut Sesyen 18 Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2009 dan boleh dihukum di bawah Sesyen 24 akta yang sama.
Jika sabit kesalahan boleh dikenakan hukuman penjara selama tempoh tidak melebihi 20 tahun dan didenda tidak kurang daripada lima kali ganda jumlah atau nilai butiran terdekat yang palsu atau silap itu.
Sebaik hukuman dijatuhkan tertuduh yang diwakili oleh Datuk Hanif Hasan merayu agar hukuman penjara yang dikenakan itu ditangguhkan, sementara notis rayuan terhadap hukuman dan perbicaraan dilakukan di Mahkamah Tinggi dan Mahkamah Rayuan.
Pihak pembelaan turut memohon agar pembayaran hukuman denda tersebut ditangguhkan dalam tempoh rayuan dilakukan memandangkan ia melibatkan jumlah yang tinggi sedangkan tertuduh telah digantung tugas dan tidak mempunyai pendapatan tetap.
Dalam masa yang sama tertuduh juga perlu menanggung seorang ibu, seorang isteri yang tidak bekerja dan tiga orang anak yang masih bersekolah.
Bagaimanapun Timbalan Pendakwa Raya SPRM Mohamad Fadhly Mohd Zamry memohon kepada mahkamah agar mengenakan hukuman yang setimpal memandangkan tertuduh merupakan seorang penjawat awam dan mengingkari kepercayaan yang diberikan.
Mahkamah kemudian membenarkan permohonan peguambela tertuduh menangguhkan hukuman penjara bagi memberi peluang mengemukakan rayuan hukuman di Mahkamah Tinggi dan Mahkamah Rayuan.
Bagaimanapun tertuduh perlu membayar denda ditetapkan hari ini atau berhadapan hukuman penjara selama 10 bulan.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Aug 27 2018

Mahkamah membenarkan tertuduh menangguhkan hukuman penjara bagi memberi peluang mengemukakan rayuan hukuman di Mahkamah Tinggi dan Mahkamah Rayuan. - Gambar hiasan

Meta akan mulakan ujian Community Notes di Facebook, Instagram dan Threads
Meta, syarikat induk Facebook, Instagram dan Threads, mengumumkan pada Khamis, ia akan memulakan ujian Community Notes di platformnya.

All England: Kecederaan tidak halang Pearly-Thinaah layak ke suku akhir
Pearly mempamerkan daya tahan yang luar biasa dengan mengatasi ketakutan terhadap kecederaan pada set kedua untuk melonjakkan dirinya dan Thinaah, ke suku akhir All England di Birmingham hari ini.
Donatella Versace letak jawatan sebagai Ketua Pegawai Kreatif Versace
Jawatan itu akan diambil oleh bekas Pengarah reka bentuk dan imej jenama Miu Miu, Dario Vitale berkuat kuasa 1 April 2025.
Polis sahkan ancaman senjata palsu, hospital selamat digunakan
Jabatan Sheriff Daerah San Bernardino mengesahkan menerima panggilan daripada seorang suspek lelaki yang memaklumkan dia mendengar suara dalam kepala mengarahnya untuk membunuh orang.
Constantine Tassoulas rasmi Presiden baru Greece
Tassoulas, 65 tahun, menggantikan Katerina Sakellaropoulou yang penggal lima tahunnya tamat pada awal Mac lalu.
NHS England dimansuhkan, elak pertindihan
Badan bebas, Perkhidmatan Kesihatan Nasional (NHS) Englands dimansuhkan susulan penyususnan semula yang ketat di bawah kepimpinan baharu.
Pemimpin masyarakat disaran bantu perjelas dasar kerajaan
Pemimpin masyarakat perlu membantu dalam memperjelaskan dasar dan kejayaan yang dicapai oleh Kerajaan MADANI kepada rakyat.
Satu daripada 3 kanak-kanak Malaysia alami masalah obesiti
Laporan NHMS menunjukkan satu daripada tiga kanak-kanak Malaysia mengalami masalah lebihan berat badan atau obesiti.
Elaun pelatih PLKN digantikan elaun perjalanan berstruktur
Kerajaan telah memutuskan untuk menggantikan pemberian elaun harian sebanyak RM8 kepada pelatih Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) 3.0 dengan elaun perjalanan yang lebih berstruktur.
Jho Low masih dalam senarai permohonan notis merah INTERPOL
Kementerian Dalam Negeri menegaskan permohonan notis merah kepada Polis Antarabangsa (Interpol) terhadap Jho Low masih lagi aktif dan berkuat kuasa sehingga hari ini.

Tuntutan palsu, pegawai Perhilitan dipenjara, didenda RM117,000
Hakim Dazuki Ali membuat keputusan itu di Mahkamah Sesyen di sini hari ini terhadap Abu Zahrain Ismail, 45 setelah pihak pendakwaan berjaya membuktikan kes tanpa keraguan munasabah.