Ubat 'Chloroquine', yang digunakan untuk penyakit malaria telah digunakan untuk merawat pesakit COVID-19 sejak gelombang pertama wabak itu di Malaysia dan telah menunjukkan keberkesanannya.
Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah berkata ciri-ciri ubat itu yang bersifat antiradang sesuai untuk merawat penyakit COVID-19 yang telah menyebabkan radang pada saluran pernafasan bawah pesakit.
"Apabila virus COVID-19 melekat di saluran pernafasan bawah ia akan menyebabkan radang dan replikasi virus tersebut dan ubat ini membantu merawat radang itu," katanya pada sidang media di sini hari ini.
Beliau berkata selain 'Chloroquine', kombinasi 'Lopinavir dan Ritonavir' serta Hydroxychloroquine telah digunakan Kementerian Kesihatan (KKM) sejak gelombang pertama wabak itu.
Jelasnya, ubat-ubat yang digunakan pada gelombang pertama itu telah menunjukkan keberkesanan bagi merawat COVID-19 tetapi penyelidikan terperinci perlu dilakukan.
Beliau menjelaskan bagaimanapun, kadar kematian wabak itu kian meningkatkan disebabkan pesakit- pesakit yang berusia, mempunyai penyakit comorbid seperti darah tinggi dan buah pinggang serta pesakit mendapatkan rawatan pada tahap yang lewat iaitu ketika mengalami masalah jangkitan pernafasan.
"Kita telah mencuba ubat tersebut dan ubat ini ada kajian bersama Pertubuhan Kesihatan Sedunia yang dinamakan Solidarity Trial yang turut melibatkan banyak negara lain," katanya.
Katanya, selain ubat-ubat berkenaan kajian akan tertumpu kepada ubat terbaharu, Remdesevir seperti yang diumumkan semalam.
"Ini hanya bagi penyelidikan dan ubat yang telah kita gunakan di luar label seperti 'Lopinavir dan Ritonavir' telah kita gunakan sejak gelombang pertama," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Sun Mar 29 2020

Datuk Dr Noor Hisham Abdullah berkata ciri-ciri ubat itu yang bersifat antiradang sesuai untuk merawat penyakit COVID-19 yang telah menyebabkan radang pada saluran pernafasan bawah pesakit. - Gambar fail

Kerajaan Jepun luluskan RUU tembakan kecemasan untuk haiwan berbahaya
Pindaan rang undang-undang ini bertujuan untuk membolehkan respons yang lebih cepat dan berkesan berbanding langkah sedia ada.

Jabatan Kesihatan Melaka tingkat pemantauan, saringan langkah awal kekang kusta
"Setakat ini tiada kes dikesan dalam kalangan penduduk Orang Asli di negeri ini melibatkan 14 perkampungan dengan lebih 2,000 penduduk."

Hubungan dua hala Bangladesh-Malaysia diperkukuh pada Hari Bahasa Ibunda Antarabangsa
Ahsan menyifatkan Malaysia sebagai model keharmonian dalam kepelbagaian komuniti linguistik.

Teknologi robotik pacu sektor pelancongan kesihatan di Melaka
Upaya memacu sektor pelancongan kesihatan yang menjadi satu daripada subsektor penting dalam industri pelancongan negeri.

Penantian veteran ATM hampir dua tahun dapat rumah baharu berakhir
Shamsudin Hamzah terpaksa menunggu lebih lama untuk mendapatkan rumah baharu kerana keadaan tanah di kawasan itu dari jenis gambut.

Sarawak hasrat bida tuan rumah World Robot Olympiad
Hasrat itu selaras dengan matlamat menjadikan Sarawak sebagai hab kecemerlangan pendidikan robotik serta STEM.

Ribut salji sebabkan gangguan meluas di Istanbul
Ribut itu membawa penurunan suhu yang ketara serta salji lebat, dengan keadaan paling buruk dilaporkan pada Jumaat.

164,000 kelapa tua dibawa masuk penuhi permintaan menjelang Ramadan, Aidilfitri
Angka itu merangkumi 82,000 kelapa yang tiba dari Sabah bulan ini, manakala 82,000 lagi dibawa masuk dari Kepulauan Palembang pada Mac depan.

46 warga Indonesia mangsa pemerdagangan dibawa pulang, termasuk bekas ahli DPRD
46 mangsa pemerdagangan manusia itu datang dari sembilan provinsi dengan majoriti berasal dari Sumatera Utara dan Jawa Barat.

Arab Saudi anjur sidang kemuncak pembinaan semula Gaza
Arab Saudi dijadual menganjurkan sidang kemuncak peringkat tinggi pada Jumaat bagi membincangkan usaha pembinaan semula Semenanjung Gaza, lapor Agensi Berita Jerman (dpa).

Ubat malaria bantu rawat pesakit COVID-19 sejak gelombang pertama
Ubat 'Chloroquine', yang digunakan untuk penyakit malaria telah digunakan untuk merawat pesakit COVID-19 sejak gelombang pertama wabak itu di Malaysia dan telah menunjukkan keberkesanannya.