Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) berjaya merangkul gelaran johan Pertandingan Debat Diraja Antara IPT 2019 bagi kedua-dua kategori bahasa Melayu dan bahasa Inggeris pada pertandingan akhir yang berlangsung di Dewan Kecemerlangan, UniMAP dekat Pauh Putra, Perlis.
Ini sekali gus menyaksikan pasukan pendebat dari UIAM mengulangi kejayaan yang sama mendominasi kedua-dua kategori yang pernah dilakar pada tahun 2007.
Bagi kategori Bahasa Melayu, pasukan UIAM diwakili oleh Muhammad Ilham Hafiz Azmi, Nurul Syafiqah Ariffin dan Muhammad Wafi Anwar Roslan berjaya menewaskan pasukan dari UniKL dengan usul “Demi Perkara 152, Dewan Ini akan memberi mandat penguatkuasaan”.
Manakala bagi kategori Bahasa Inggeris, pasukan UIAM diwakili oleh Umy Marshita Mohamed Azhar, Irtza Ali Soomro dan Muhd Hilmi Mohd. Yazid juga berjaya mengatasi pasukan pendebat dari Universiti Malaya (UM), dengan usul “This House Prefers a Malaysia with a singular national identity as oppossed to a multicultural identity”.
Dengan kejayaan itu, kedua-dua pasukan UIAM membawa pulang hadiah wang tunai RM10,000, trofi dan piala pusingan, manakala naib johan RM5,000 berserta trofi.
Gelaran Pendebat Terbaik Akhir Kategori Bahasa Melayu milik Muhammad Wafi Anwar Roslan (UIAM) manakala Dhanesh Ram Aggarwal (UM) untuk kategori Bahasa Inggeris.
Pendebat terbaik masing-masing menerima hadiah wang tunai RM1,000.
Penyampaian hadiah disempurnakan oleh DYTM Canselor UniMAP, DYTM Tuanku Syed Faizuddin Putra Ibni Tuanku Syed Sirajuddin Jamalullail.
Fauzi Zin
Sun Sep 08 2019

Penyampaian hadiah disempurnakan oleh DYTM Canselor UniMAP, DYTM Tuanku Syed Faizuddin Putra Ibni Tuanku Syed Sirajuddin Jamalullail. - Astro AWANI

Remaja perempuan dua kali ganda berisiko murung - Noraini
Golongan remaja perempuan Malaysia berdepan dengan risiko menghidap masalah kesihatan berkaitan mental termasuk kemurungan, dua kali ganda lebih tinggi berbanding remaja lelaki.

Tenaga kerja: Kerjasama semua agensi tangani perubahan landskap pekerjaan
Zambry berkata, kerjasama semua pihak adalah penting untuk menangani landskap pekerjaan yang berubah dengan pantas.

Umat Islam harus bina kekuatan ekonomi, kuasai AI dan digital - PM Anwar
Dalam menghadapi persaingan dunia yang sengit dan mencabar, umat Islam perlu merangkul usaha untuk membina kekuatan ekonomi serta menguasai kecerdasan buatan (AI) dan teknologi digital.
Satu juta mahasiswa akan terima pelaburan awal percuma
Menteri Kewangan II, Datuk Seri Amir Hamzah Azizan berkata seramai satu juta mahasiswa akan menerima pelaburan awal percuma RM50 menerusi program Celik MADANI.
Denggi: Peningkatan kes di Filipina pada kadar membimbangkan
Jabatan kesihatan memberi amaran peningkatan suhu dan cuaca yang tidak menentu mewujudkan persekitaran pembiakan yang ideal untuk nyamuk, memburukkan lagi keadaan.
PM Thailand arah tindakan keras terhadap e-rokok
Perdana Menteri Thailand Paetongtarn Shinawatra telah mengarahkan tindakan keras menyeluruh terhadap rokok elektronik, memberi amaran bahawa mana-mana pegawai yang didapati bersubahat akan berdepan tindakan tegas.
Pesawat American Airlines dilencong ke Rom susulan ancaman bom
Penerbangan 292 berpatah balik menuju ke Lapangan Terbang Fiumicino, Rom ketika berada di ruang udara laut Caspian, dengan diiringi dua pesawat Eurofighter tentera udara Itali bagi memastikan pendaratan selamat.
Pilihan Raya Jerman: Kepimpinan Olaf Scholz disifatkan 'malapetaka'
Ramai berpendapat keputusan pilihan raya pada Ahad memperlihatkan kekuatan parti Christian Democratic Union of Germany (CDU), pimpinan calon canselor, Friedrich Merz, namun tidak kurang juga mendakwa keputusan itu meragukan.
[TERKINI] Roberta Flack, penyanyi lagu 'Killing Me Softly With His Song', meninggal dunia
Pemilik suara emas bagi lagu malar segar, The First Time Ever I Saw Your Face dan Killing Me Softly With His Song, Roberta Flack, meninggal dunia pada pagi Isnin.
Malaysia perluas bantuan ke Baitulmaqdis - Anwar Ibrahim
Anwar berkata bantuan menerusi instrumen wakaf akan dilaksanakan selaras permohonan Imam Masjid Al- AQSA Sheikh Dr Ekrima Sa'id Sabri yang mahu negara ini membantu kemajuan di Baitulmaqdis

UIAM dominasi Debat Diraja IPT 2019, ulangi kejayaan 12 tahun lalu
Johan bagi kedua-dua kategori bahasa Melayu dan bahasa Inggeris pada pertandingan akhir yang berlangsung di Dewan Kecemerlangan, UniMAP dekat Pauh Putra, Perlis.