Raja Perlis Tuanku Syed Sirajuddin Putra Jamalullail bertitah agar umat Islam wajib menjadikan al-Quran dan sunah sebagai rujukan untuk menyelesaikan permasalahan berkait perkembangan teknologi.
Baginda bertitah kemampuan akal manusia sangat terbatas dan atas sebab itu Allah SWT menurunkan al-Quran dan sunah Nabi Muhammad SAW sebagai panduan kepada umat manusia.
"Beta berdoa moga Allah SWT mengangkat martabat umat Islam yang cintakan ilmu, beramal dengan al-Quran dan sunah serta sentiasa berdampingan dengan ulama," titah baginda ketika merasmikan Tilawah Al-Quran peringkat negeri di Dewan Warisan di sini malam tadi.
Berangkat sama Raja Muda Perlis Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamallullail.
Majlis tersebut turut dihadiri Menteri Besar Datuk Seri Azlan Man, Speaker Dewan Undangan Negeri Datuk Hamdan Bahari dan Pengerusi Jawatankuasa Agama dan Sumber Manusia negeri Khairi Hassan.
Tuanku Syed Sirajuddin bertitah kekuatan dan kesejahteraan umat Islam berkait rapat dengan penghayatan dan amalan yang disyariatkan agama.
Untuk itu, kerajaan negeri perlu meneruskan aktiviti membudayakan ajaran Islam dalam kehidupan masyarakat dan pentadbiran agar Perlis menjadi negeri yang dirahmati seperti ketika zaman kegemilangan Islam dahulu, titah baginda.
"Beta amat sukacita kerana agensi-agensi yang menjaga kepentingan Islam di negeri ini menunjukkan kesungguhan dan sentiasa mengambil berat isu membabitkan umat Islam selain berusaha meningkatkan kefahaman masyarakat mengenai Islam.
"Penganjuran tilawah al-Quran setiap tahun menjadi pentas untuk menyeru umat Islam agar meningkatkan pembacaan, memahami dan mengamalkan kandungan ayat-ayat suci al-Quran," titah baginda.
Baginda bertitah Islam menyediakan panduan serta prinsip kepada umatnya dalam melakukan amalan agar tidak tersesat.
Baginda bertitah prinsip pertama ialah kefahaman daripada ilmu yang benar, menyeluruh, tidak memberatkan dan tidak pula meringankan manakala prinsip kedua ialah ikhlas terhadap matlamat yang ingin dicapai tanpa mengharapkan ganjaran.
"Seseorang yang mempunyai ilmu dan kefahaman tetapi pada masa sama juga mempunyai agenda tertentu maka amat mudah dia tergelincir atau mungkin juga tersasar," titah baginda.
Pada majlis itu, Muhammad Anas Abdul Hadi muncul johan qari manakala Siti Aishah Md Arif dinobatkan juara qariah dan seterusnya mereka akan mewakili Perlis untuk ke tilawah peringkat kebangsaan di Melaka pada 31 Mac hingga 8 April depan.
Tuanku Syed Sirajuddin berkenan menyampaikan kepada pemenang hadiah wang tunai RM5,000, sijil, hadiah iringan dan pakej mengerjakan umrah. -- BERNAMA
Bernama
Fri Mar 17 2017
Raja Perlis bertitah kerajaan negeri perlu meneruskan aktiviti membudayakan ajaran Islam dalam kehidupan masyarakat dan pentadbiran agar Perlis menjadi negeri yang dirahmati seperti ketika zaman kegemilangan Islam dahulu. Gambar fail
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Selasa, 14 Januari 2025.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Orde baharu dunia sedang dibentuk - Presiden Azerbaijan
Presiden Azerbaijan Ilham Aliyev berkata orde baharu dunia sedang dibentuk dan dunia kini berada pada permulaan proses itu.
Pengurus syarikat rugi lebih RM1.6 juta akibat pelaburan kripto tidak wujud
Seorang pengurus syarikat swasta di Ampang Jaya mengalami kerugian lebih RM1.6 juta selepas terpedaya dengan tawaran pelaburan mata wang tidak wujud yang diiklankan di laman sosial Facebook.
Lori terbakar bergerak sendiri disyaki akibat masalah enjin
Pemandu mengesan asap keluar dari bahagian enjin dan cuba memberhentikan kenderaan di tepi jalan, namun gagal apabila api semakin marak.
10 Berita Pilihan - (14 Januari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tumpuan Rabu – 15 Januari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
PM Anwar akan segera kemuka Kertas Kabinet, aplikasi teknologi AI dalam perkhidmatan kerajaan
Datuk Seri Anwar Ibrahim menyatakan hasrat untuk segera mengaplikasikan teknologi kecerdasan buatan (AI) dan blok rantai dalam sistem perkhidmatan kerajaan.
Kaji akses polis kepada data telefon bimbit dalam undang-undang sedia ada - Lee
Beberapa undang-undang, disaran supaya disemak semula bagi menyediakan garis panduan yang jelas dan khusus terhadap akses polis kepada data telefon bimbit.
ATF: Kukuh pelancongan serantau, jadikan ASEAN destinasi pilihan global
ATF 2025 bertujuan meningkatkan kehadiran pelancong ke ASEAN dengan memupuk rangkaian, perkongsian pengetahuan, dan mempromosikan produk pelancongan serantau.
Umat Islam wajib berpegang pada al-Quran dan sunah - Raja Perlis
Baginda bertitah kemampuan akal manusia sangat terbatas dan atas sebab itu Allah SWT menurunkan al-Quran dan sunah Nabi Muhammad SAW sebagai panduan kepada umat manusia.