Universiti Malaysia Perlis (UniMAP) berhasrat menjadi peneraju utama dalam industri ilmu melalui jaringan kerjasama dengan institusi pengajian tinggi terkemuka di seluruh dunia, kata Naib Canselornya, Prof Datuk Dr Zul Azhar Zahid Jamal.
Menurutnya usaha berterusan memperkasakan jaringan itu menjadi landasan ke arah meletakkan UniMAP dalam kelompok 500 universiti terbaik dunia menjelang 2020.
"Ia bukan langkah mudah kerana cabaran dalam industri ilmu begitu besar apatah lagi untuk menjadi antara yang terbaik," katanya selepas menandatangani surat hasrat (LOI) UniMAP bersama University of Peradeniya di sini semalam.
Pada majlis itu, University of Peradeniya diwakili naib canselornya, Prof Upul B. Dissanayake.
Raja Muda Perlis Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail, yang juga Canselor UniMAP, berangkat menyaksikan majlis menandatangani LOI itu. Hadir sama ialah Pesuruhjaya Tinggi Malaysia di Sri Lanka, Wan Zaidi Wan Abdullah dan Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar dan Alumni) UniMAP, Prof Madya Dr Mohd Foad Sakdan.
Zul Azhar percaya UniMAP telah berada dalam peta industri ilmu di persada antarabangsa melalui kerjasama dengan universiti terkemuka terutama dalam bidang penyelidikan dan akademik.
Beliau berkata UniMAP bersikap proaktif dalam mencari pasaran ilmu dan tidak membiarkan peluang berlalu begitu sahaja tanpa dimanfaatkan.
Pada masa ini, UniMAP yang diwujudkkan pada 2001, menjalin kerjasama dengan banyak universiti terkemuka di seluruh dunia dan usaha melebarkan jaringan itu tidak pernah mati.
Mengenai program Jelajah Ilmu UniMAP ke Sri Lanka, beliau yakin program itu berbaloi kerana institusi pengajian tinggi yang dilawati menunjukkan kesungguhan untuk menjalin kerjasama yang lebih kukuh dengan UniMAP.
Antara universiti yang menunjukkan minat termasuk University of Meratuwa dan International College of Business and Technology, kedua-duanya terletak di Colombo, di samping University of Peradeniya di Kandy.
UniMAP, yang kini memiliki kira-kira 14,000 pelajar, mempunyai lebih 12,000 alumni yang telah berada dalam pasaran pekerjaan dalam pelbagai bidang terutama berkaitan kejuruteraan.
University of Peradeniya diasaskan pada 1942 dengan nama asalnya University of Ceylon sebelum bertukar ke nama baharu yang digunakan sehingga kini mulai 1978.
-- BERNAMA
Bernama
Sun Dec 04 2016
UniMAP bersikap proaktif dalam mencari pasaran ilmu dan tidak membiarkan peluang berlalu begitu sahaja tanpa dimanfaatkan. - Foto www.unimap.edu.my
Polis Thai sangkal dakwaan penangkapan enam rakyat Malaysia dirancang
Ketua Polis Sungai Golok, Kolonel Jadsadavit Inprapan menafikan dakwaan sesetengah pihak bahawa penangkapan enam rakyat Malaysia termasuk seorang artis wanita dari Kelantan kerana kes dadah Jumaat lepas dirancang, sebaliknya beliau tegaskan serbuan dan tangkapan adalah mengikut prosedur kerana berdasarkan kepada maklumat dan risikan dalam tempoh tertentu.
[TERKINI] Keadaan sebenar penjara wilayah Narathiwat
Wakil Astro AWANI Kelantan, Muhafandi Muhamad ke penjara Wilayah Narathiwat, selatan Thailand yang menempatkan enam rakyat Malaysia ditahan di situ untuk menjelaskan keadaan sebenar di penjara berkenaan yang didakwa sesak dan melayan dengan teruk banduan-banduannya.
Masjid bawah JAKIM disaran buat solat hajat doakan kejayaan misi PM di Riyadh
Masjid-masjid utama bawah pentadbiran Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) disaran melaksanakan solat hajat untuk mendoakan kejayaan misi Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, yang akan mewakili Malaysia pada Sidang Kemuncak Bersama Tergempar Negara-Negara Arab dan Islam di Riyadh, Isnin depan.
AWANI Pagi: Kelas Tahanan Cikgu Hiragi, ketengah isu buli siber
Diskusi 8.30 pagi Sabtu bersama tiga tetamu, Michael Ang Pengarah drama bersiri Kelas Tahanan Cikgu Hiragi, dan dua pelakon, Arena Wan dan Baihaqi berkongsi mengenai drama berkenaan yang kini sedang ditayangkan di Astro dan mendapat perhatian ramai.
43 terselamat, bas persiaran rempuh belakang treler
Bas persiaran tersebut membawa anggota rombongan seramai 41 orang dari Melaka ke Kedah.
Ketua Polis Johor nafi bersara susulan video tular
Ketua Polis Johor, M Kumar nafi akan bersara seperti yang ditularkan menerusi video di media sosial.
Polis Thailand nafi 6 rakyat Malaysia termasuk artis Kelantan ditahan dirancang awal
Serbuan dan tangkapan yang dibuat berdasarkan siasatan dan maklumat risikan yang dijalankan dalam tempoh tertentu.
Wanita Vietnam ditahan susulan kebakaran tiga rumah di Manjung
Semakan CCTV mendapati kelibat seorang lelaki bawa dua tong berisi cecair bahan bakar ke arah rumah mangsa dan melarikan diri selepas api mula menyala.
Banduan Islam di penjara Narathiwat dihidang makanan halal - Jurucakap
Enam tahanan Malaysia yang berada di penjara berkenaan berkeadaan baik dan mereka tidak membuat apa-apa aduan setakat ini.
AWANI Pagi: Berita tumpuan & menarik di astroawani.com [9 November 2024]
Antara fokus Awani Pagi bersama Nursyazwani Saiful Sham & Amirul Aiman
1. MTL dijangka kemuncak pada penghujung November
2. PM Anwar ketuai delegasi Malaysia ke Sidang Kemuncak APEC
3. SPRM: Siasatan menjurus ke arah kenal pasti aset diperoleh FashionValet
1. MTL dijangka kemuncak pada penghujung November
2. PM Anwar ketuai delegasi Malaysia ke Sidang Kemuncak APEC
3. SPRM: Siasatan menjurus ke arah kenal pasti aset diperoleh FashionValet
UniMAP berhasrat jadi peneraju utama dalam industri ilmu
Universiti Malaysia Perlis (UniMAP) berhasrat menjadi peneraju utama dalam industri ilmu melalui jaringan kerjasama dengan institusi pengajian tinggi terkemuka di seluruh dunia.