Usaha membawa keluar mayat daripada 137 kubur yang ditemui di kem pelarian dekat sempadan Malaysia-Thailand mengambil masa berbulan lama.
Ketua Pasukan Forensik Polis Diraja Malaysia (PDRM) ACP Azari Abd Rahman berkata setiap satu kubur yang digali untuk membawa keluar mayat mengambil masa hampir tiga jam.
"Kerja mengeluarkan mayat perlu dilakukan dengan berhati-hati dan cermat bagi memastikan bukti-bukti forensik tidak terjejas selain menghormati si mati," katanya kepada Astro AWANI.
Pihaknya turut merancang untuk menambah anggota bagi mempercepatkan proses membawa keluar mayat berkenaan.
Menurut Azari, mayat yang ditemui telah reput sepenuhnya dan hanya tinggal rangka dan ada antara kubur yang telah terjejas dipercayai digali oleh haiwan di hutan.
Sejak kubur besar dipercayai milik pelarian etnik Rohingya ditemui pada Isnin, pihak keselamatan hanya berjaya membawa turun 2 mayat daripada lokasi kubur itu ditemui.
Azari turut menolak kemungkinan terdapat lebih daripada satu mayat didalam kubur yang ditemui.
"Daripada pemerhatian awal yang kita lakukan untuk kubur tersebut, saya boleh katakan sukar untuk lebih daripada satu mayat dalam lubang kubur,
"Ini kerana kedalaman kubur itu hanyalah antara 45-50 sentimeter," katanya lagi.
Berikutan permukaan muka bumi berbukit di kubur dan khemah pelarian berkenaan yang mencabar, PDRM kini sedang berunding dengan pihak berkuasa Thailand untuk menggunakan laluan darat melalui negara berkenaan.
"Keadaan muka bumi di tempat itu amat sukar untuk kita akses ke lokasi itu. Malah semalam ada pegawai daripada Jabatan Forensik yang cedera kerana jatuh tebing," kata Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar dalam satu sidang media di Kuala Lumpur pada Rabu.
"Kita sedang berunding dengan pihak berkuasa Thailand untuk menggunakan laluan darat melalui Satun untuk membawa masuk kenderaan kami ke lokasi untuk mengangkut apa sahaja yang dapat ditemui. Tambah lagi sekarang musim hujan kami tidak dapat mengakses masuk ke kawasan itu," katanya lagi.
Hakim Rahman
Wed May 27 2015
Pihak Forensik merancang untuk menambah anggota bagi mempercepatkan proses membawa keluar mayat berkenaan. - Foto Bernama
Mesir hantar 22 tan bantuan kemanusiaan ke Lubnan
Mesir menghantar 22 tan bantuan kemanusiaan ke Lubnan, menurut Kementerian Luar negara itu pada Sabtu.
Kerajaan tidak pernah bincang tukar status agama Islam sebagai agama Persekutuan - PM Anwar
Kerajaan tidak pernah berbincang untuk menukar status agama Islam sebagai agama Persekutuan, tegas Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Petani berdepan masalah untuk hasilkan padi pada musim depan - Pesak
Petani di kawasan seliaan Lembaga Kemajuan Pertanian Kemubu berdepan masalah untuk mengusahakan tanaman padi pada musim depan.
Macron gesa penghantaran senjata ke Israel dihentikan
Presiden Perancis Emmanuel Macron menggesa agar penghantaran senjata ke Israel dihentikan berikutan operasi ketenteraannya di Gaza yang lebih setahun telah membunuh hampir 42,000 orang dan mencederakan kira-kira 97,000 yang lain.
Suspek bunuh bapa sempat beli pisau lipat sebelum ditemui rebah
Lelaki OKU mental yang didakwa membunuh bapanya di rumah mereka di Kampung Senaling Kuala Pilah sempat membeli pisau lipat di sebuah kedai sebelum tiba-tiba rebah.
Dua PPS baharu dibuka di Daerah Hulu Perak
Dua lagi Pusat Pemindahan Sementara (PPS) menempatkan mangsa banjir dibuka pada Ahad bagi menempatkan mangsa banjir Daerah Hulu Perak.
[TERKINI] PM tegur kelompok elit taksub Bahasa Inggeris
PM tegur segelintir kelompok elit yang taksub dengan Bahasa Inggeris sehingga meremehkan penggunaan Bahasa Melayu, bahasa kebangsaan negara.
Larian Antarabangsa: Polis tahan 3 lelaki disyaki berkelakuan tak senonoh, lucah
Polis menahan tiga lelaki disyaki berkelakuan tidak senonoh dan lucah ketika program Larian Antarabangsa Pan Asia 2024 di Kota Tinggi, pada Sabtu.
Elak penganjuran program cetus polemik, gugat Islam - Mohd Na'im
Sebarang acara atau program yang boleh mencetuskan polemik dan menggugat kedaulatan agama Islam perlu dielakkan sama sekali.
Sabah akan dapat tempat utama dalam Belanjawan 2025 - Rafizi
Sabah dijangka akan terus mendapat tempat paling utama menerusi peruntukan dalam Belanjawan 2025 yang dijadual akan dibentang pada 18 Oktober ini.
Usaha bawa keluar mayat Rohingya perlu berbulan-bulan - Forensik
Usaha membawa keluar mayat daripada 137 kubur yang ditemui di kem pelarian dekat sempadan Malaysia-Thailand mengambil masa berbulan lama.