Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berkata usaha kerajaan melahirkan masyarakat quranik atau berminda al-Quran adalah agenda yang berkesinambungan dan bukan suatu retorik.
Timbalan Perdana Menteri berkata usaha itu bermula daripada penentuan dasar negara yang berpaksikan al-Quran yang kemudiannya dilaksanakan di peringkat negeri melalui Majlis Agama Islam Negeri, antaranya menyuburkan budaya mencintai kitab suci umat Islam dengan penganjuran pertandingan tilawah dan menghafaz al-Quran.
"Pewujudan pusat pendidikan berteraskan agama seperti sekolah tahfiz adalah bukti komitmen berterusan kerajaan dalam memperkasakan budaya mencintai al-Quran dalam kalangan masyarakat.
"Kita percaya golongan quranik yang dibentuk dalam kalangan masyarakat mampu menjadi pencetus perubahan yang akhirnya membentuk penyatuan ummah dalamkalangan masyarakat berbilang agama di negara ini," katanya ketika berucap pada penutupan Majlis Tilawah dan Menghafaz Al-Quran Peringkat Kebangsaan ke-61 di Kompleks Islam Putrajaya, di sini Jumaat malam.
Hadir sama isterinya, Datin Seri Hamidah Khamis; Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom dan isterinya Datin Seri Fatmawati Saidin dan Ketua Pengarah Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim), Tan Sri Othman Mustapha.
Ahmad Zahid berkata kejayaan menganjurkan tilawah al-Quran yang kini memasuki edisi ke-61 juga merupakan antara bukti komitmen kerajaan dalam membudayakan al-Quran dalam kalangan masyarakat.
Beliau berkata pendekatan al-Quran merupakan salah satu medium yang dapat menjana sistem hidup yang syumul dan generasi masa yang mampu mendepani cabaran dalam segala aspek kehidupan.
Bagaimanapun, usaha ini tetap memerlukan sokongan dan dorongan semua pihak selaras dengan kebaikan yang dibawa al-Quran itu sendiri, katanya.
Pada majlis itu, Ahmad Zahid turut melancarkan aplikasi 'Smart Quran' yang merupakan kerjasama pintar Kementerian Dalam Negeri (KDN), Jakim dan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia.
Aplikasi tersebut yang boleh dimuat turun secara percuma melalui perisian IoS dan Android merupakan yang pertama diperakukan oleh Lembaga Pengawalan dan Perlesenan Percetakan al-Quran, KDN, setelah disemak oleh Jawatankuasa Penyemak dan Penilai Teks al-Quran (Lajnah Tasheh al-Quran) KDN.
Pembangunan aplikasi itu bertujuan memberi penyelesaian kepada isu lambakan aplikasi al-Quran di pasaran yang tidak disemak dan tidak mendapat perakuan daripada pihak berkuasa di negara ini.
Dalam pada itu, qari Kelantan, Abdullah Fahmi Che Nor @ Shukri dan qariah Melaka, Suhailah Zulkifly diumumkan sebagai johan tilawah al-Quran peringkat kebangsaan, sekali gus membawa pulang wang tunai RM25,000, piala iringan dan sebuah kereta Proton Ertiga.
--BERNAMA
Bernama
Fri Apr 06 2018

Ahmad Zahid menyampaikan hadiah kepada johan Qari Kelantan Abdullah Fahmi Che Nor @ Shukri pada pada Majlis Tilawah dan Menghafaz Al-Quran Peringkat Kebangsaan Tahun 1439/2018M malam tadi. --fotoBERNAMA

Mampukah tenaga kerja Malaysia bertahan dalam revolusi AI?
Kecerdasan Buatan (AI) bukan lagi sekadar konsep masa depan, ia kini mengubah landskap industri, pasaran pekerjaan, dan kemahiran yang diperlukan untuk masa depan.
Platform X berdepan serangan siber skala besar
Pemilik media sosial X, Elon Musk sahkan platform itu berdepan serangan siber besar-besaran, sekali gus menimbulkan persoalan sama ada beliau sengaja disasarkan kerana menimbulkan pergeseran politik di Amerika Syarikat (AS)
Phuket catat pendapatan pelancongan tertinggi di Thailand pada 2024 melebihi 490 bilion baht
Phuket, destinasi pelancongan utama Thailand mencatatkan pendapatan pelancongan tertinggi pada 2024 dengan menjana lebih 490 bilion baht.

Paus Francis stabil, tetapi perlu kekal di hospital
Keadaan kesihatan Paus Francis kini stabil, namun beliau masih perlu menjalani rawatan di hospital, menurut pasukan perubatan pada Isnin.

'Perang' lagu raya, Daiyan Trisha muncul dengan 'pick-up line' Jom Raya
Dilancarkan pada 28 Feb lepas, lagu itu yang liriknya ditulis bersama-sama dengan Glowrush dan Efry Arwis, mempunyai dua versi, iaitu duet dan solo.
21 lokasi dikenal pasti untuk pembangunan tapak perpaduan
Kementerian Perpaduan Negara mengenal pasti 21 lokasi di seluruh negara yang berpotensi untuk dibangunkan sebagai tapak perpaduan.
Operasi padam kebakaran ladang, hutan di Gebeng ditamatkan sepenuhnya
Pemantauan rapi akan terus dijalankan oleh Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Gebeng selama tiga hari bagi memastikan tiada kesan bara yang boleh mencetuskan kebakaran semula.
Industri acara perniagaan P.Pinang jana RM1.29 bilion pada 2024 - Chow
Pulau Pinang menjadi tuan rumah kepada 2,059 acara perniagaan pada 2024, menunjukkan peningkatan luar biasa sebanyak 240.9 peratus berbanding tahun sebelumnya.
Imigresen serbu dua klinik bedah kosmetik cantikkan hidung milik warga asing
Jabatan Imigresen menahan sembilan warga asing dalam serbuan di dua unit kondominium di Desa Petaling dan Bukit Jalil, dipercayai menjalankan prosedur pembedahan kosmetik tanpa lesen didalangi doktor warga asing.
Polis tunggu hasil laporan 6 ubat diambil dari kediaman Ridz Okumura
Polis mengesahkan masih menunggu laporan berkaitan enam jenis ubat yang diambil dari kediaman usahawan dan pempengaruh media sosial, Abd Ridzuan Abdul Mutalib atau Ridz Okumura untuk siasatan berhubung kematian isterinya, Akiko Okumura.

PDRM siasat video hina agama Islam
Polis sedang menyiasat sebuah video yang tular di laman sosial sejak semalam yang didakwa menghina dan mengeluarkan kata-kata kesat terhadap agama Islam.

Dialog Perpaduan Malaysia MADANI tingkat kefahaman mengenai kepelbagaian bangsa, agama - Zulkifli
Dialog Perpaduan Malaysia MADANI meningkatkan lagi kefahaman mengenai kepelbagaian bangsa dan agama dalam memperkukuh perpaduan di negara ini.

Isu 3R: Bebas beri pandangan selagi tidak langgar garis perpaduan - PM Anwar
Perdana Menteri menegaskan beliau tidak akan sesekali bertolak ansur sekiranya kenyataan itu berbaur hasutan yang berupaya mencetus bibit keganasan dan pergaduhan kaum.

Keputusan penerbit, pengarah filem 'Mentega Terbang' rujuk persoalan perlembagaan 14 Jun
Permohonan pengarah dan penerbit filem bagi merujuk persoalan perlembagaan berhubung Seksyen 298 Kanun Keseksaan akan diputuskan pada 14 Jun.

Kawal diri, jangan kongsi isu sentuh 3R - Ahmad Zahid
Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi mengingatkan semua pihak agar mengawal diri daripada menulis atau menyentuh isu 3R.

Individu main isu 3R wajar dikenakan tindakan tegas - Ahli akademik
Individu yang menyentuh isu 3R wajar dikenakan tindakan tegas kerana perbuatan tersebut amat serius dan boleh menggugat perpaduan rakyat.

Lelaki rosakkan peralatan tokong ditahan - KPD Manjung
Lelaki berusia 35 tahun itu ditahan pada jam 9.30 malam Sabtu, selain merampas telefon bimbit digunakan untuk merakam perbuatan tersebut.

Kembali kepada Islam adalah penyelesaian isu perpaduan kaum - Penganalisis
Isu-isu yang berbangkit mutakhir ini mendesak rakyat Malaysia kini tanpa mengira perbezaan bangsa, agama dan fahaman politik adalah memastikan keharmonian kaum dan agama kekal utuh.

Usah sentuh sensitiviti agama, bersama maju ke hadapan - Premier Sarawak
Kerajaan Sarawak menekankan inklusiviti sosial berteraskan keadilan untuk semua tanpa mengira latar belakang kaum dan agama yang pelbagai.

PRK: Kemenangan PH isyarat Johor tolak politik guna agama - Sheikh Umar
Kemenangan PH memberi isyarat rakyat Johor tidak menerima politik yang mempergunakan agama secara keterlaluan.