Usahawan wanita digesa beralih daripada perniagaan lazim seperti menjual produk penjagaan kulit, pakaian dan kosmetik kepada perniagaan lain bagi mengelak persaingan sengit.
Pengerusi Ahli Perniagaan Wanita WIEF (WBN), Datuk Dr Norraesah Mohamad berkata, WBN ingin melihat usahawan wanita terlibat dalam bidang perniagaan lain seperti sektor pembinaan.
"Usahawan wanita sedang beralih ke bidang lain hari ini, hanya kerana anda berada dalam perniagaan pembinaan, contohnya, tidak bermakna anda memanjat, membina dan memasang bata, tetapi anda adalah idea dan ketua pegawai eksekutif projek," katanya kepada pemberita selepas perbincangan panel di Forum Ekonomi Islam Dunia (WIEF) Ke-13 di sini, pada Rabu.
Norraesah berkata, usahawan wanita perlu keluar daripada zon selesa bagi mengelak persaingan sengit.
"Jika anda pergi ke bazar dan melihat seseorang sedang menjual batik, yang lain akan mengikut langkah itu dan menjual batik. Mereka berpendapat jika mereka membuat perkara yang sama, mereka akan selamat...ini adalah salah," katanya.
Beliau bagaimanapun memuji kaum wanita, dengan berkata, mereka berubah dengan lebih pantas dan sangat inovatif dalam perniagaan.
"Kita bercakap mengenai perubahan disruptif dalam teknologi, tetapi pada tahap sederhana, sebelum ini kita tidak pernah mendengar 'pisang goreng cheese' dan 'durian cendol'...ini adalah antara contoh inovasi," katanya dengan menambah mereka perlu berubah sejajar dengan gaya hidup orang ramai untuk mengekalkan perniagaan mereka.
Norraesah juga berkata, walaupun usahawan wanita kadang-kala menghadapi masalah seperti mendapat akses kepada dana, mereka perlu bermula daripada kecil dan kemudian berkembang ke pasaran lebih besar melalui pemasaran dalam talian.
"Pada asasnya, kita harus membuat wanita kita iri hati secara positif untuk memotivasi mereka dan selebihnya adalah kerja keras, ketabahan, dan keyakinan," tambah beliau.
WIEF Ke-13 mulai 21 hingga 23 November 2017 di Pusat Persidangan Borneo di sini, bertujuan mempertemu masyarakat Islam dan bukan Islam melalui perniagaan.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Nov 22 2017

Usahawan wanita dianjurkan keluar daripada zon selesa bagi mengelak persaingan sengit. - Gambar hiasan

Aplikasi Grok untuk iPhone kini boleh dimuat turun pengguna Malaysia
Pengguna iPhone boleh memuat turun Grok hari ini, tetapi ia masih belum tersedia untuk pengguna Android.

Sudah tiba masa Malaysia iktiraf kerajaan baharu Syria - GPM
Katanya, pengiktirafan ke atas kerajaan baharu Syria oleh Malaysia akan membuka ruang bagi memperkukuh diplomasi dan solidariti dunia Islam.

Aktiviti beli saham murah dorong Bursa Malaysia dibuka tinggi pagi ini
Pada 9.06 pagi, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) naik 3.55 mata kepada 1.581.22 daripada 1,577.67 ketika ditutup pada Khamis.
AWANI Ringkas: Pembinaan Terminal 3 KLIA bersyarat
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

MBPP arah lima premis makanan kotor ditutup
Kesemua kedai makanan itu diarah tutup 14 hari selepas MBPP menjalankan operasi bersepadu bersama Jabatan Imigresen Pulau Pinang.
Keyakinan pengguna cerminan pengukuhan ekonomi
Berdasarkan Indeks Keyakinan Pengguna yang dikeluarkan IPSOS, sejauh mana peningkatan keyakinan tersebut memberi cerminan kepada pengukuhan ekonomi negara? Kupasan bersama Penganalisis Ekonomi, UNIKL Business School, Prof Madya Dr Aimi Zulhazmi Abdul Rashid.
[Data & Statistik] Indeks Keyakinan Pengguna Januari 2025
Data tinjauan IPSOS mendapati bahawa Indeks Keyakinan Pengguna Malaysia pada Januari 2025 melonjak sebanyak 4 peratus berbanding setahun lalu. Indeks negara khususnya, melepasi purata global, serta Jepun dan Korea Selatan. Situasi ini menunjukkan bahawa pengguna Malaysia lebih optimistik tentang prospek ekonomi mereka berbanding penduduk negara-negara serantau yang lain.
KDNK 2024 memberangsangkan, apa cabaran menanti?
Pertumbuhan KDNK Malaysia bagi suku ke-4 2024 mencatat +5.0%, lebih baik daripada jangkaan. Namun, penurunan eksport dan impak dasar tarif import Amerika Syarikat mungkin memberi kesan kepada momentum ekonomi tahun ini. Pakar Ekonomi MIDF Research, Abdul Mui’zz Morhalim, mengulas mengenai cabaran perdagangan global, strategi Malaysia menangani kelembapan ekonomi, serta unjuran inflasi Januari 2025.

SVG Worldwide SS25 mendefinisikan semula fesyen jalanan Malaysia
Ashraf Anuar mencipta fenomena dalam dunia streetwear dengan koleksi yang diberi judul "The Journey."

“Nak beli baju raya? Rancang kewangan terlebih dahulu!” - Pakar
Boleh bergaya tapi jangan terjebak dengan hutang, nasihat Ketua Jabatan Kewangan, Fakulti Perniagaan dan Ekonomi Universiti Malaya.

Usahawan wanita digesa beralih daripada perniagaan lazim
Pengerusi Ahli Perniagaan Wanita WIEF (WBN), Datuk Dr Norraesah Mohamad berkata, WBN ingin melihat usahawan wanita terlibat dalam bidang perniagaan lain seperti sektor pembinaan.