Sekumpulan penyelidik dari Pusat Pengajian Kejuruteraan Elektrik dan Elektronik (PPKEE) Universiti Sains Malaysia (USM) di Transkrian, di sini, berjaya menghasilkan Terowong Penyah-virus Automatik berkos rendah, untuk kegunaan komuniti universiti itu dalam membendung penularan COVID-19.
Dekan PPKEE merangkap Ketua Projek, Prof Ir Dr Mohd Fadzil Ain berkata, pasukannya terpanggil untuk menghasilkan alat berkenaan, selepas menerima permintaan daripada barisan hadapan kesihatan USM di Pusat Sejahtera.
"Sebenarnya terowong itu dihasilkan bagi membantu memberikan perlindungan kepada warga universiti, khususnya barisan hadapan seperti di Pusat Kesejahteraan dan Jabatan keselamatan, yang terdedah kepada risiko jangkitan virus COVID-19.
"Untuk sistem ini kita akan ada pengesan suhu tanpa sentuh, di mana petugas kesihatan berada pada jarak jauh dan pesakit akan ambil data suhu secara kendiri tanpa perlu petugas kesihatan datang dekat.
"Selepas suhu diambil dan jika demam pesakit akan melalui terowong itu untuk bersihkan virus kuman jika ada di pakaian, seterusnya cuci tangan guna sistem pembahagi (dispenser) tanpa sabun dan pengeringan tangan tanpa sentuh, " katanya.
Selain beliau, turut terlibat dalam pasukan pembuatan terowong berkenaan ialah Profesor Madya Dr Muhammad Nasiruddin Mahyuddin, Dr Wan Amir Fuad Wajdi Othman, Suardi Kaharuddin, Shahidan Shafie dan Mohd Hisham Mamat Yusuf.
Mohd Fadzil berkata, dengan kepakaran bidang elektronik yang ada di PPKEE, terowong berkenaan direka bentuk lengkap dengan pengesan sonar, bagi membolehkan ia mengesan objek yang melaluinya.
Produk yang pertama kali dihasilkan itu, menggunakan segala sumber dan komponen yang ada di PPKEE, memandangkan kesukaran mendapatkan bahan pembuatan, ekoran kebanyakan kedai perkakasan ditutup dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) sekarang ini, katanya.
Beliau berkata prototaip produk itu adalah untuk diletakkan di pusat kesihatan USM iaitu Pusat Sejahtera dan kawasan universiti, yang pada jangkaannya akan menerima kemasukan pelajar sebaik tempoh PKP ditamatkan.
"Selain itu, ia juga sesuai untuk ditempatkan di lokasi lain yang berisiko, termasuk hospital, klinik-klinik kesihatan, balai polis dan jabatan kerajaan yang lain. Setakat ini hanya satu prototaip akan dipasang di Pusat Sejahtera USM, untuk kegunaan warga universiti," katanya.
Beliau berkata, kos bagi setiap terowong itu kira-kira RM1,500 dan ia boleh dibuat dalam skala yang besar serta cepat, memandangkan bahan yang digunakan boleh didapati di kedai-kedai perkakasan setempat. - BERNAMA
Bernama
Sun Apr 05 2020
Penyelidik USM berjaya menghasilkan Terowong Penyah-virus Automatik berkos rendah.
MITI kenal pasti 33 indikator, 32 tindakan akan dilaksanakan melalui mesyuarat Jawatankuasa Daya Saing Negara
MITI telah mengenal pasti 33 indikator dengan 32 tindakan yang akan dilaksanakan dalam jangka masa pendek dan sederhana melalui mesyuarat pertama Jawatankuasa Daya Saing Negara (JKDSN).
NADI pelengkap usaha Sarawak beri kemudahan internet kepada rakyat
Pusat Sebaran Maklumat Nasional (NADI) menjadi pelengkap usaha kerajaan negeri untuk memberi kemudahan internet kepada rakyat terutama di luar bandar.
KPKT jalin kerjasama kukuhkan sektor perumahan dan kerajaan tempatan
KPKT akan meluaskan kerjasama dengan IPTA dan agensi berkaitan dalam usaha memperkukuh sektor perumahan dan kerajaan tempatan di negara ini.
Mesyuarat ASEAN jadi pemangkin promosi pelancongan di Port Dickson
Pemilihan Port Dickson sebagai satu daripada lokasi Mesyuarat ASEAN dijangka memberi impak besar kepada sektor pelancongan di daerah itu.
Kepengerusian ASEAN: Kementerian Perpaduan anjur pelbagai program perkukuh perpaduan serantau
Kementerian Perpaduan Negara akan menganjurkan pelbagai program bagi memperkukuh perpaduan serantau sepanjang tempoh Kepengerusian ASEAN-Malaysia 2025.
Amerika sekat waran tangkap ICJ buat Netanyahu
Dewan Perwakilan Amerika Syarikat pada Khamis secara majoritinya bersetuju untuk menyekat Mahkamah Keadilan Antarabangsa (ICJ) yang mengeluarkan waran tangkap terhadap Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu serta bekas menteri pertahanannya atas jenayah perang di Gaza. Ia dilaksanakan dalam proses undian di Dewan Perwakilan yang menyaksikan sebanyak 243 berbalas 140 menyokong tindakan untuk membenarkan ICJ melaksanakan waran tangkap terhadap pemimpin rejim zionis berkenaan.
Romi, robot khas tangani depresi
Syarikat teknologi Amerika Syarikat, Nevada by Mixi Incorporation memperkenalkan rekaan robot yang berfungsi untuk menangani masalah kemurungan atau depresi. Robot yang dikenali sebagai Romi Lacatan itu mempunyai multi-fungsi yang dicipta khas dengan menggabungkan elemen dalam rumah memastikan ia berkomunikasi menggunakan empati serta berkomunikasi secara semula jadi.
China berhubung rapat dengan WHO
Jurucakap Kementerian Luar Negeri, Guo Jiakun, berkata, Kerajaan China memandang serius kesihatan rakyat dan warga asing di negara itu.
Sejarah dan budaya Itali diketengah Dolce&Gabbana di Paris
Jenama fesyen Itali, Dolce&Gabbana mengadakan pameran yang menampilkan 200 rekaan asli di Paris pada Jumaat.
Mahkamah AS henti perjanjian dengan dalang serangan 9/11
Mahkamah mengeluarkan perintah tangguh sementara, penggantungan prosiding secara peruntukan, yang menjadikan semua langkah berkaitan perjanjian itu jeda sehingga keputusan muktamad dicapai.
APMM tingkat kekerapan rondaan kekang pencerobohan
Pemantauan petugas di SWASLA dan aset udara juga dipertingkatkan untuk mengawasi dan mengesan pergerakan bot atau kapal yang mencurigakan.
Kepengerusian ASEAN: Kuala Lumpur, Putrajaya sudah sedia jadi tuan rumah mesyuarat utama
Persediaan merangkumi pelbagai aspek kritikal seperti keselamatan, kesihatan awam, pengurusan komuniti dan kesiapsiagaan menghadapi bencana.
Pengurusan surau, masjid berusia puluhan tahun disaran periksa sistem pendawaian
Langkah itu bertujuan mengelak insiden litar pintas yang boleh menyebabkan kebakaran sekali gus mengancam keselamatan jemaah.
Presiden Senegal umum pengakhiran tentera asing menjelang 2025
Presiden Senegal Bassirou Diomaye Faye mengumumkan pada Selasa "pengakhiran kehadiran semua tentera asing" di negara Afrika Barat itu pada 2025 dalam ucapan sempena Tahun Baharu, lapor Xinhua.
Larangan menutup wajah di khalayak ramai berkuat kuasa di Switzerland
Mereka yang melanggar larangan ini boleh dikenakan denda sebanyak 1,000 franc Switzerland (AS$1,100).
Jangan guna soket dengan kelengkapan elektrik berlebihan - Suruhanjaya Tenaga
Orang ramai dinasihatkan supaya tidak menggunakan soket dengan kelengkapan elektrik yang berlebihan atau beban yang tinggi.
PDRM siap siaga kawalan keselamatan sempena WTD, WTC - KPN
PDRM sentiasa bersiap siaga dalam aspek keselamatan terutama membabitkan acara berskala besar peringkat antarabangsa seperti World Tourism Day (WTD) dan World Tourism Conference (WTC).
Khaled, Marles ulangi kebimbangan terhadap perkembangan di Laut China Selatan
Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin menekankan kepentingan kebebasan pelayaran dan penerbangan mengikut undang-undang antarabangsa.
Menteri Pertahanan ASEAN seru tindakan kolektif dalam mesyuarat di Vientiane
Menteri-menteri daripada 10 negara anggota capai konsensus mengenai objektif yang akan membentuk Komuniti Politik dan Keselamatan ASEAN.
Sri Lanka kerah 90,000 anggota keselamatan untuk Pilihan Raya Parlimen
Pasukan keselamatan dikerah mulai Selasa untuk pastikan pilihan raya berjalan bebas dan adil, setakat ini tiada sebarang aduan serius diterima.