Pendakwah Datuk Mohd Kazim Elias kini berada dalam keadaan stabil di wad Unit Rawatan Rapi (ICU) di Hospital Pakar KPJ di sini, selepas menjalani rawatan angiogram kedua semalam.
Abangnya Datuk Mohd Najmuddin Elias berkata rawatan itu dilakukan susulan nasihat doktor pakar kerana saluran kedua jantung Mohd Kazim sudah 99 peratus tertutup dan saluran ketiga pula tertutup 50 peratus.
"Pada mulanya, sebagai ketua keluarga, saya tidak bersetuju rawatan itu dilakukan kerana keadaan adik saya agak kritikal kerana baru sahaja menjalani rawatan angiogram pertama di Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM) Kubang Kerian.
"Doktor pakar di HUSM memberitahu rawatan angigoram kedua boleh dibuat selepas enam minggu namun, melihatkan keadaan adik saya, doktor di sini sarankan rawatan itu dijalankan segera bagi mengelak perkara tidak diingini berlaku," katanya kepada pemberita di hospital itu hari ini.
Beliau berkata rawatan angiogram kedua itu dilakukan pada 5 petang tadi dan sejam kemudian Mohd Kazim ditempatkan di wad ICU.
Mohd Kazim dimasukkan ke HUSM selepas mengadu penat dan sakit dada ketika sedang berceramah di pekarangan bangunan Pertubuhan Peladang Kawasan Sri Gunong, Bator, Bachok kira-kira 9.30 malam Jumaat lepas.
Sehubungan itu, Mohd Najmuddin yang juga Pegawai Penerangan Hal Ehwal Agama Islam Pejabat Menteri Besar Perak meminta mereka yang mengenali Mohd Kazim supaya tidak menziarahinya buat sementara waktu bagi membolehkannya menjalani rawatan dan pemulihan secukupnya.
"Doktor juga memaklumkan Ustaz Kazim tidak boleh membaca surat khabar kerana apabila baca, pemikirannya akan menganggu kesihatan, apatah lagi kalau kita datang untuk berbual atau bertanya menyebabkan fikirannya terganggu dan tempoh untuk sembuh akan memakan masa," katanya.
Menurutnya Mohd Kazim mengalami masalah jantung berikutan sakit kencing manis, yang dialaminya sejak 10 tahun lepas, agak teruk selain sering meluangkan masa dengan ramai orang.
"Beliau banyak menerima udangan untuk berceramah termasuk di Singapura, Brunei, Thailand dan Australia tanpa mengira hal kesihatannya dan sumbangan yang diterimanya digunakan untuk Pusat Islam Al-Barakah yang dikendalinya.
"Tarikh dia berceramah di Sabah baru-baru ini, waktu itu adalah tarikh temu janjinya dengan doktor untuk pemeriksaan kencing manis tetapi dia tidak mahu menangguhkan program walaupun ketika itu beliau telah merasai simptom penyakit itu," katanya.
Berikutan keadaan adiknya itu, Mohd Najmuddin berkata beliau akan menggantikan tempat Mohd Kazim buat sementara waktu.
"Saya bersetuju untuk menggantikan beliau pada program ceramah yang telah dipersetujui. Saya berhajat membantu adik saya kerana semua sagu hati dari orang ramai dan penganjur akan disumbangkan kepada Pusat Islam Al-Barakah," katanya.
Bernama
Thu Feb 25 2016
Mohd Kazim dimasukkan ke HUSM selepas mengadu penat dan sakit dada ketika sedang berceramah di pekarangan bangunan Pertubuhan Peladang Kawasan Sri Gunong, Bator, Bachok kira-kira 9.30 malam Jumaat lepas. - Gambar fail
ACL2: Faisal Halim gembira raih minit perlawanan paling lama sejak serangan asid
Faisal Halim berbesar hati selepas membuat debut ketika membantu Gergasi Merah meraih kemenangan pertama dalam kempen ACL2 2024/25, semalam.
Kematian Orang Asli dalam tahanan: Polis teruskan siasatan pelbagai sudut
Polis akan meneruskan siasatan kematian seorang lelaki Orang Asli berusia 25 tahun ketika dalam tahanan pada 4 Mei lalu.
Teka-teki terjawab, Nabila Razali hamil anak sulung
Penyanyi dan pelakon Nabila Razali umum sedang hamil anak sulung dan dijangka bersalin pada Januari tahun depan.
Atlet menembak sensasi Korea Selatan ditawar jadi 'pembunuh upahan'
Atlet menembak Korea Selatan Kim Ye-ji ditawar menjadi 'pembunuh upahan' selepas penampilan uniknya mendapat perhatian seluruh dunia.
MQSS medan lahirkan generasi celik al-Quran - KPM
Kemahiran yang ditonjolkan dalam MQSS bukan bersifat pertandingan atau persaingan mencari seorang juara.
Bursa Malaysia dibuka rendah
Bursa Malaysia dibuka rendah hari ini susut daripada kenaikan semalam berikutan aktiviti pengambilan untung dalam saham wajaran tinggi.
Liga Europa: Tottenham kekal rentak kemenangan
Tiga mata skuad bimbingan Ange Postecoglou dijana Pape Sarr dan Brennan Johnson pada setiap babak menundukkan anak buah Pascal Jansen.
Mangsa banjir di PPS Perak bertambah, beberapa tempat di Selangor, Kedah dinaiki air
Di Selangor, 1,968 individu daripada 480 keluarga terjejas akibat banjir dipindahkan ke enam PPS yang dibuka pagi ini.
AS sahkan kes baharu selesema burung H5 melibatkan manusia di California
Tiada kaitan ditemukan antara kedua-dua kes setakat ini, menandakan ia kejadian berasingan penularan virus dari haiwan kepada manusia.
Pegawai bank mengaku tidak bersalah dua tuduhan gangguan seksual
Rosman Jamaluddin, 52 tahun, mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan terhadapnya dibacakan di hadapan Majistret S Punitha.
Nagarajan stabil, dirawat di hospital
Ketibaan beliau di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) pada Rabu disambut pasukan perubatan HCTM.
Kesemua 48 rakyat Malaysia di Sudan selamat - Wisma Putra
Kedutaan Malaysia di Khartoum telah berhubung rapat dengan semua warga Malaysia yang berdaftar termasuk 26 pelajar di Sudan dan memantau dengan teliti situasi.
Ustaz Kazim stabil selepas jalani rawatan angiogram kedua di KPJ Ipoh
Pendakwah Datuk Mohd Kazim Elias kini berada dalam keadaan stabil di wad Unit Rawatan Rapi (ICU) di Hospital Pakar KPJ Ipoh selepas menjalani rawatan angiogram kedua pada Rabu.