Seorang Ustaz trauma apabila didakwa dibelasah dua anggota polis yang menahannya dalam satu sekatan jalan raya di Gurun, Kedah.
Dalam kejadian pada 9 Feb lalu, mangsa Mohd Na'im Zakaria, 30, sedang dalam perjalanan pulang ke rumahnya di Kampung Haji Majid, Guar Cempedak.
Mangsa, seorang guru agama di Sekolah Kebangsaan Simpang 3, Sungai Daun Dekat Kota Sarang Semutdi sini, ditahan oleh dua anggota berpangkat Sarjan dan Koperal untuk pemeriksaan lanjut pada malam kejadian berkenaan.
Mohd Na'im berkata, sebaik ditahan dia terus digari dan dibawa masuk ke dalam balai secara paksa tanpa dimaklumkan apa kesalahan yang dilakukan.
"Sebaik melangkah masuk pagar balai, saya terus dipukul di belakang. Mereka tumbuk, sepak, tendang dan heret saya macam saya penjenayah.
"Apabila saya meronta kesakitan, mereka pegang belakang saya dan pukul belakang saya bertalu-talu," katanya.
Selepas ditahan hampir lima jam di lokap, Mohd Na'im kini mahu maruah dirinya dipertahankan.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kuala Muda, Asisten Komisioner Md Zukir Md Isa mengesahkan kejadian itu dan berkata kes disiasat mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan.
Katanya, siasatan dalaman turut dilakukan terhadap dua anggota polis terbabit.
Adie Sufian Zulkefli
Sun Feb 14 2016
Mohd Na'im menceritakan bagaimana dia dipukul oleh dua orang anggota polis. - Astro AWANI
“Kita memang tidak iktiraf Nine-Dash Line” - Mohamad
Timbalan Menteri Luar Negeri berkata Malaysia tidak mengiktiraf Nine-Dash Line yang telah dikeluarkan oleh China. “Kita akan sentiasa mengunakan platform yang bersesuain untuk menyuarakan hak kita”Katanya.
#SisiTVParlimen #AWANInews #DewanRakyat
#SisiTVParlimen #AWANInews #DewanRakyat
MYSA- Lima inisiatif mengembangkan bakat kejuruteraan angkasa
Menteri Sains, Teknologi Dan Inovasi berkata Agensi Angkasa Malaysia (MYSA) sedang merancang program pembangunan satelit bersaiz kecil dengan kerjasama rakan strategi dari universiti dan syarikat tempatan bermula suku tahun 2025.
#SisiTVParlimen #AWANInews #DewanRakyat
#SisiTVParlimen #AWANInews #DewanRakyat
GISB: Pelan rehabilitasi mengikut tahap kesesuaian kanak-kanak
Timbalan Menteri Agama berkata usaha pemulihan kanak-kanak GISB mengikut tahap kesesuaian kanak-kanak modul JAKIM dengan kerjasama pihak-pihak authoriti agama.
#SisiTVParlimen #AWANInews #DewanRakyat
#SisiTVParlimen #AWANInews #DewanRakyat
Bursa Malaysia catat dagangan turun naik pada sesi awal, sentimen positif
Pada 9.09 pagi ini, indeks penanda aras FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) menokok 0.58 mata kepada 1,603.73 daripada paras 1,603.15 pada akhir dagangan Selasa.
Pembukaan banyak pusat data boleh jejas sumber air negara
Meskipun Malaysia mengalu-alukan pelaburan itu, pakar bimbang tidak ada cukup langkah untuk melindungi air bagi kegunaan awam dan persekitaran.
GISB: Pelan rehabilitasi mengikut tahap kesesuaian kanak-kanak
Timbalan Menteri Agama berkata usaha pemulihan kanak-kanak GISB mengikut tahap kesesuaian kanak-kanak modul JAKIM dengan kerjasama pihak-pihak authoriti agama.
#SisiTVParlimen #AWANInews #DewanRakyat
#SisiTVParlimen #AWANInews #DewanRakyat
Kemalangan maut babitkan tiga beranak: Penjual sayur direman hingga esok
Perintah reman terhadap lelaki berusia 24 tahun itu dikeluarkan Majistret Nurliyana Md Zukri di Mahkamah Majistret Besut.
Ketua PBB seru gencatan senjata segera di Gaza
PBB akan terus berdiri bersama rakyat Palestin dan hak mereka yang tidak dapat dinafikan untuk hidup dengan aman, selamat dan bermaruah.
MITI dalam usaha memastikan semua daerah ada pengecas EV
Timbalan Menteri Pelaburan, Perdagangan Dan Industri berkata MITI sedang berusaha dengan Kerajaan Selangor dan Johor untuk memastikan setiap daerah ada beberapa pengecas DC.
#SisiTVParlimen #AWANInews #DewanRakyat
#SisiTVParlimen #AWANInews #DewanRakyat
Pakistan dan Belarus meterai 15 perjanjian, desak henti serangan di Gaza, Lubnan, Syria
Isu Ukraine dan Palestin turut menjadi tumpuan dalam perbincangan antara Pakistan dan Belarus.
Ustaz trauma dipukul dua anggota polis
Mohd Na'im Zakaria berkata dia digari dan dibawa masuk ke dalam balai secara paksa tanpa dimaklumkan apa kesalahan yang dilakukan.