ISU usul undi tidak percaya terhadap perdana menteri dalam sidang Dewan Rakyat akan datang semakin panas ditimbulkan pembangkang menjelang pembukaannya selama sehari pada 18 Mei ini.

Pelbagai spekulasi dan jangkaan dibuat rakyat mengenai isu berkenaan yang turut mencetuskan perbalahan di media sosial oleh netizen sejak isu ini timbul kebelakangan ini.

Namun adakah masyarakat faham dengan isu yang sedang hangat diperkatakan ini dari sudut perlembagaan?

Untuk memahami perkara ini dengan lebih mendalam, berikut fakta menarik yang dipetik daripada pakar undang-undang dan perlembagaan Prof Madya Dr Shamrahayu Abd Aziz.



BACA: Bila usul itu akan dikemukakan Speaker? - Penganalisis Politik

BACA:
Tak boleh bawa usul undi tidak percaya, bawalah usul undi percaya - Anthony Loke