Rombakan Kabinet perlu dibuat untuk memperkukuhkan lagi jentera kerajaan selain meletakkan kepentingan rakyat di tempat teratas.
Penganalisis Politik Universiti Utara Malaysia (UUM), Prof. Madya Dr Muhammad Fuad Othman menjelaskan, ia memastikan penyampaian sistem kerajaan berjalan baik walaupun pada masa landskap politik negara mungkin tidak berada pada tahap terbaik.
"Saya rasa dalam menjawab soalan sama ada sesuai atau tidak sesuatu rombakan Kabinet ini, secara asasnya adalah untuk memperkukuhkan lagi jentera kerajaan mungkin dari segi kesesuaian ataupun dari segi pelaksanaan apa yang telah dirancangkan.
"Jadi sekiranya Kerajaan Pakatan Harapan (PH) merasakan ada keperluan untuk membuat rombakan Kabinet dan ia perlu dilaksanakan walaupun pada ketika ini, saya kira mungkin ia paling sesuai.
"Pada akhirnya sama ada rombakan itu memberi manfaat kepada rakyat khususnya dalam memastikan jentera penyampaian sistem kerajaan itu dapat dijalankan dengan baik," katanya ketika dihubungi di sini, pada Jumaat.
BACA: Dr Mahathir tekad tidak akan biarkan Malaysia dalam keadaan berantakan
BACA: Anwar, Dr Mahathir setuju tiada pertukaran jawatan TPM
Sebuah portal pada Khamis yang memetik sumber melaporkan, satu rombakan Kabinet difahamkan akan dilakukan Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad selepas Hari Raya Aidiladha nanti.
Menurut sumber itu, ia sudah menjadi perbualan oleh banyak pihak yang menjangkakan berlaku selewat-lewatnya akhir bulan hadapan.
Sementara itu kata Dr Muhammad Fuad, umum akan menerima rombakan itu jika kerajaan dapat menyakinkan tujuannya untuk memperkemas daya penyampaian kepada rakyat sendiri.
"Saya rasa kalau kerajaan boleh menyakinkan rakyat bahawa rombakan Kabinet ini perlu dilakukan pada ketika ini, dan rombakan Kabinet itu bertujuan untuk memperkemaskan dan mempertingkatkan daya penyampaian iaitu apa yang telah dijanjikan oleh kerajaan kepada rakyat.
"Saya kira rakyat boleh menerimanya sebab pada akhirnya seperti saya katakan tadi, sekiranya ia boleh menguntungkan rakyat, saya rasa tidak akan menjadi masalah selagi mana kepentingan rakyat itu diletakkan di hadapan oleh kerajaan ini," tegasnya.
Dalam pada itu, sumber portal berkenaan dilaporkan enggan mengulas lanjut kemungkinan rombakan Kabinet itu adalah sebahagian daripada pelan penyerahan kuasa Perdana Menteri kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Wan Syamsul Amly
Fri Jul 19 2019
DR MUHAMMAD FUAD: Pada akhirnya sama ada rombakan itu memberi manfaat kepada rakyat khususnya dalam memastikan jentera penyampaian sistem kerajaan itu dapat dijalankan dengan baik. - Gambar Sinar Harian
'Benny dan Jenny' tarikan mini zoo di Pesta Pulau Pinang
Keletah kedua-dua haiwan berasal dari Australia itu mencuri perhatian pengunjung kanak-kanak dan juga dewasa.
Jojo One Nation Emcees meninggal dunia ketika hadiri program dakwah
Jojo, atau nama sebenarnya Nur Hasan Baias, rebah ketika menghadiri sebuah program dakwah di sebuah masjid di Seri Petaling.
Maritim Malaysia gagalkan cubaan seludup dadah bernilai RM360,000
Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) Johor menggagalkan cubaan menyeludup dadah bernilai RM360,000 di muara Sungai Rambah dekat sini semalam.
KPKT gesa PBT kekalkan dasar sedia ada demi menjaga harmoni
Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) disaran mengekalkan dasar sedia ada berhubung isu penjualan arak di kawasan majoriti penduduk beragama Islam.
Menteri Perumahan Dan Kerajaan Tempatan, Nga Kor Ming berkata, ia bagi menjaga keharmonian dan hubungan antara masyarakat berbilang kaum, serta mengelakkan isu itu menjadi polemik politik.
Menteri Perumahan Dan Kerajaan Tempatan, Nga Kor Ming berkata, ia bagi menjaga keharmonian dan hubungan antara masyarakat berbilang kaum, serta mengelakkan isu itu menjadi polemik politik.
Chatbot AI Perplexity kini boleh menjadi pembantu maya lalai peranti Android anda
Perplexity menyokong ciri perbualan dan memfokuskan kepada konsep enjin carian dengan AI, membolehkan pengguna berbual dengannya untuk melakukan carian.
Kerang terdampar bukan petanda bencana, selamat dimakan - Penyelidik UMT
Beliau berkata meskipun fenomena itu kelihatan luar biasa, sebenarnya ia adalah kejadian semula jadi yang lazim berlaku dan tidak perlu dirisaukan.
Sanusi sebak terima menantu
Muhammad Sanusi sedondon berbusana Melayu rona hijau bersama isteri, Tok Puan Jusmalailani Jusoh menerima kehadiran menantu pertama, Muhammad Luqman Al Hakim Yusoh.
AWANI Ringkas: Petugas kaunter kerajaan perlu mesra, responsif
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Ada peguam subahat bantu sindiket pindah milik tanah di Selangor - MB Amirudin
Siasatan menunjukkan mereka mengambil kesempatan membuat kegiatan tersebut sewaktu peralihan sistem manual data ke komputer, dan sewaktu tempoh penyelenggaraan sistem.
Ciri pengesahan identiti apabila berlaku kecurian akan diterima semua peranti Android
Ia memberikan perlindungan tambahan kepada pengguna apabila peranti dicuri, data peribadi tidak boleh diakses oleh pencuri.
Lelaki langgar isteri, anak berang raya seorang diri
Siasatan polis mendapati EY berada di bawah pengaruh alkohol ketika bertindak di luar kawalan seperti itu.
JPJ Selangor keluar 14,417 notis dalam Op HRAA 2024
Operasi bertujuan memastikan penguatkuasaan dilaksana dengan impak tinggi bagi meminimumkan kadar kemalangan dan kematian di jalan raya.
Pengusaha durian perlu mula tanam dalam skala besar untuk pasaran China - Mohamad
Semua pengusaha durian tempatan khususnya golongan bumiputera perlu memulakan penanaman buah berkenaan dalam skala besar bagi membolehkan dipasarkan ke China antara lima hingga enam tahun lagi.
Israel lancar serangan intensif ke atas Gaza, hari ketiga Aidiladha
Israel melancarkan serangan besar-besaran di kebanyakan tempat di Gaza pada hari ketiga Aidiladha, menyebabkan ramai penduduk Palestin terbunuh dan cedera.
Lelaki maut rempuh lembu terlepas di lebuh raya
Seorang lelaki maut apabila kereta yang dipandu melanggar seekor lembu dipercayai terlepas dari sebuah lori di Kilometer 24.9 Lebuhraya Utara-Selatan.
Bursa Malaysia dibuka meningkat dipacu aktiviti buru saham harga rendah
Pada 9.05 pagi, indeks FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) menokok 4.26 mata kepada 1,611.58 berbanding 1,607.32 pada akhir dagangan Jumaat lepas.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Aliran trafik perlahan di lebuh raya utama malam ini
Aliran trafik di beberapa lebuh raya utama negara dilaporkan perlahan menuju ke Lembah Klang susulan pergerakan pulang orang ramai selepas sambutan Aidiladha.
Malaysia, Pakistan sepakat terus zahir solidariti kepada penduduk Gaza - PM
Malaysia dan Pakistan sepakat untuk terus menyatakan solidariti kepada penduduk Gaza yang terkesan dengan tindakan tidak berperikemanusiaan rejim Zionis Israel.
Lembu dari kawasan surau berhampiran terlepas masuk LDP
Berlaku satu kemalangan membabitkan sebuah kenderaan jenis Perodua Myvi ekoran kejadian lembu yang terlepas itu.