Sekiranya akhbar Bahasa Melayu tertua negara, Utusan Malaysia (Utusan) kembali dalam bentuk baharu, ia harus bersifat neutral serta bebas daripada campur tangan kerajaan dan parti politik.
Penganalisis Politik & Media Sosial UiTM Shah Alam, Prof Madya Dr Sara Chinnasamy menegaskan pentingnya Utusan bebas daripada mana-mana parti politik sekiranya inginkan kebebasan media.
Beliau juga menyarankan penubuhan Majlis Media Malaysia dengan segera kerana ia akan menjadi penimbang tara yang membantu menyelaraskan kebebasan media di negara ini.
"Pada masa yang sama penubuhan majlis sebegini dapat membantu nasib-nasib wartawan yang kini diberhentikan. Ia juga dapat membantu membina keyakinan terhadap media dan juga menyumbang kepada kredibiliti organisasi berita khususnya, berita perdana.
BACA: Penubuhan Majlis Media Malaysia martabatkan media
"Walaupun kami sudah mempunyai persatuan-persatuan media seperti Institut Akhbar Malaysia, Pesatuan Penerbit Akhbar Malaysia dan Kesatuan Kebangsaan Wartawan (NUJ), kami memerlukan majlis media yang mampu membela nasib para wartawan di negara ini.
"Ini satu langkah yang penting dan tepat pada waktu ini kerana ia dapat melindungi dan menaiktaraf profesion kewartawanan media perdana," katanya ketika dihubungi Astro AWANI pada Khamis.
BACA: Media tidak dimiliki kerajaan - Gobind
Katanya lagi, media di negara ini harus mengambil iktibar daripada insiden pemberhentian operasi Utusan dan belajar daripada Indeks Kebebasan Media Dunia 2019 yang diumumkan pada Mei lalu.
"Malaysia melonjak 22 tangga ke atas iaitu tempat ke-123 berbanding sebelum ini. Ini sudah menunjukkan satu petanda baik bahawa media Malaysia pada hari ini sudah mempunyai sedikit kebebasan dari segi pemberitaan," tambahnya.
Pada Rabu, Utusan akhirnya memutuskan untuk menghentikan operasi selepas edaran harian akhbar Utusan Malaysia dan Kosmo semakin menurun sejak Mei 2018.
Bagaimanapun, memetik laporan Malaysiakini, Pengerusi Eksekutif Utusan Melayu (M) Bhd Abdul Aziz Sheikh Fadzir berkata Utusan Malaysia akan terus "hidup" kerana firma yang dikaitkan dengan jutawan Syed Mokhtar Albukhary itu merancang untuk melancarkan sebuah penerbitan baru dengan menggunakan lesen percetakannya.
Ia didedahkan bahawa firma Aurora Mulia Sdn Bhd yang dikaitkan dengan Syed Mokhtar, telah memperolehi kepentingan pegangan 70 peratus dalam syarikat induk yang memegang lesen percetakan Utusan, Dilof Sdn Bhd.
Isabelle Leong
Thu Oct 10 2019
Pada Rabu, Utusan akhirnya memutuskan untuk menghentikan operasi selepas edaran harian akhbar Utusan Malaysia dan Kosmo semakin menurun sejak Mei 2018. - ASTRO AWANI / SHAHIR OMAR
Kepengerusian ASEAN 2025: Malaysia sediakan ruang dialog pertahanan konstruktif, progresif
Malaysia berhasrat menyediakan platform serta ruang perbincangan mengenai pertahanan yang konstruktif, terbuka dan progresif untuk rakan-rakan dialog strategik semasa tempoh kepengerusian ASEAN.
Ops Tiris: KPDN Sarawak catat 119 kes, nilai rampasan lebih RM20 juta
KPDN Sarawak mencatatkan 119 kes yang melibatkan nilai rampasan sejumlah RM21.5 juta sejak pelaksanaan Ops Tiris 3.0 dari 1 Jan hingga 20 Nov lepas.
Bin Zayed International komited labur AS$2 bilion di Malaysia
BZI akan memanfaatkan hartanah, tenaga boleh baharu dan perkhidmatan kewangan untuk menarik pelaburan ke Malaysia.
Negeri Sembilan bentang belanjawan berimbang 2025 RM590 juta - Aminuddin
Kerajaan Negeri Sembilan hari ini membentangkan Belanjawan 2025 yang berimbang berjumlah RM590 juta dengan anggaran hasil pada jumlah yang sama dan perbelanjaan pembangunan mencecah RM135 juta.
Buli siber: OSAG gesa kerajaan seimbangkan hak dan perlindungan
OSAG mengesyorkan penubuhan suruhanjaya bebas untuk memantau dan menguatkuasakan Akta Keselamatan Dalam Talian, mengimbangi keselamatan awam dengan perlindungan hak asasi manusia.
MTL: Kerajaan Kelantan minta orang ramai elak lakukan aktiviti luar
Kerajaan Kelantan mengingatkan orang ramai agar tidak melakukan sebarang aktiviti-aktiviti luar susulan musim Monsun Timur Laut (MTL) ini.
Lelaki Orang Asli ditemukan lemas di Sungai Tumboh
Mayat mangsa ditemukan oleh Pasukan Penyelamat Di Air (PPDA) dengan berpakaian lengkap dan dipercayai tersangkut pada pokok liar.
AWANI Ringkas: Salah laku | RUU Pekerja Gig
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
10 Berita Pilihan - (22 November 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
AWANI Ringkas: 1MDB | Mahkamah | Bahan api
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Utusan 'baharu' perlu neutral, bebas campur tangan kerajaan, parti politik - Penganalisis
Penganalisis Politik & Media Sosial UiTM Shah Alam, Prof Madya Dr Sara Chinnasamy menegaskan pentingnya Utusan bebas daripada mana-mana parti politik sekiranya inginkan kebebasan media.
Utusan tutup operasi hari ini
Dilaporkan semua langkah yang diambil untuk menyelamatkan penerbitan akhbar tertua di Malaysia itu menemui jalan buntu.
Anggota Parlimen Kulim Bandar Baharu belum muflis
Anggota Parlimen Kulim Bandar Baharu, Datuk Abdul Aziz Sheikh Fadzir berkata beliau akan melangsaikan semua bayaran tunggakan kepada bank bagi mengenepikan notis kebankrapan.