Kementerian Kesihatan sedang meneliti beberapa pilihan bagi membendung penggunaan rokok elektronik dan vape termasuk peraturan jualan yang ketat atau pengharaman sepenuhnya.
Timbalan Menterinya, Dr Lee Boon Chye bagaimanapun berkata, pihaknya masih memerlukan lebih banyak data maklumat berhubung perkara itu sebelum sebarang keputusan dibuat.
Boon Chye berkata, langkah demikian wajar diambil memandangkan masalah pengunaan rokok elektronik dan vape dilihat semakin tidak terkawal di kalangan pelajar sekolah.
“Keputusan belum diputuskan sama ada e-cigaratte atau vape itu kita nak larang seratus peratus ataupun kita nak kenakan sekatan yang ketat dari segi penjualan ada nikotin atau penjualan tanpa nikotin.
“Jadi ini beberapa pilihan yang kita ada kaji melalui jawatankuasa khas tersebut di mana saya pengerusi dan keputusan akan dibuat sebaik sahaja kita ada maklumat yang selanjutnya,” katanya kepada pemberita, di sini hari ini.
Beliau ditemui pemberita selepas merasmikan Majlis Jasamu Dikenang Budimu Ditatang, Jabatan Kesihatan Negeri Perak, di Ipoh pada Khamis.
Katanya lagi, keputusan mengenai perkara itu dijangka diketahui pada tahun depan, bergantung kepada pengumpulan data maklumat yang diperlukan.
Boon Chye berkata demikian sebagai mengulas laporan media baru-baru ini mengenai 50 NGO menandatangani memorandum, mendesak kerajaan segera mengharamkan rokok elektronik atau vape demi kepentingan kesihatan masyarakat.
Laporan itu juga dipetik sebagai berkata pasaran dan penggunaan rokok elektronik secara meluas dalam kalangan pelajar sekolah amat membimbangkan.
BACA: NGO gesa pengharaman vape secara menyeluruh
Ia termasuk ketagihan nikotin, kerana ramai pelajar terpedaya dengan mesej kesihatan yang salah, menyatakan rokok elektronik selamat digunakan.
Sebelum ini, media melaporkan Kementerian Kesihatan akan membentangkan akta baharu berkaitan pengunaan tembakau, vape, rokok elektronik dan sisha di Parlimen selewat-lewatnya pada persidangan sesi Mac depan.
Aida Aziz
Thu Oct 31 2019
Pasaran dan penggunaan rokok elektronik secara meluas dalam kalangan pelajar sekolah dikatakan amat membimbangkan. - Gambar hiasan
Unit Siber Taktikal dan Teknikal tangani jenayah komersial
Polis Diraja Malaysia (PDRM) menubuhkan Unit Siber Taktikal dan Teknikal bagi menangani jenayah komersial dengan kemunculan teknologi kecerdasan buatan (AI).
SPRM gempur kegiatan punggah hasil bumi di Kuantan
SPRM gempur kegiatan memunggah keluar hasil galian yang dipercayai mengandungi bauksit tanpa mengikut prosedur yang sah di sekitar Kuantan, Pahang, disyaki turut dilindungi oleh pegawai kerajaan sejak tahun 2022.
Sebutan kes ahli keluarga penyerang balai polis Ulu Tiram 12 Disember
Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur menetapkan 12 Disember depan untuk pengurusan kes tiga ahli keluarga penyerang balai polis Ulu Tiram hingga mengorbankan dua anggota polis.
Pantau Agenda Reformasi: Apa susahnya bekal tenaga boleh diperbaharui di Sabah?
Dua pakar inovasi dan aktvis masyarakat di Sabah berkongsikan cabaran untuk menyalurkan tenaga untuk masyarakat pedalaman, apa kekangan daripada segi pembuatan polisi.
Anggota polis bantuan maut tercampak 300 meter dalam semak
Anggota polis bantuan maut tercampak 300 meter dalam semak
Presiden terpilih Trump bertemu pemimpin luar negara pertama, Presiden Argentina Milei
Presiden terpilih AS Donald Trump bertemu dengan Presiden Argentina Javier Milei pada Khamis.
Gempa bumi kuat landa Rantau New Ireland, Papua New Guinea
Gempa bumi kuat bermagnitud 6.4 pada skala Richer dikesan berlaku di Rantau New Ireland, Papua New Guinea pada 1.28 tengah hari tadi.
Pengguguran Malaysia daripada senarai pemantauan mata wang AS bukti status ringgit dipacu pasaran
Bank Negara Malaysia menyambut baik pengguguran Malaysia daripada senarai pemantauan manipulasi mata wang Amerika Syarikat.
'Penghormatan besar' - Faizal Tahir teruja jadi artis jemputan konsert Siti Nurhaliza & Judika
Beliau menyatakan rasa terujanya untuk berkongsi pentas dengan dua bintang besar ini dan berharap agar penonton dapat merasai keunikan dan semangat muzik yang dibawanya.
Kim Jong Un arah pengeluaran besar-besaran dron 'bunuh diri'
Pemimpin Korea Utara Kim Jong Un dilaporkan memantau ujian sistem senjata dron 'bunuh diri' dan mengarahkan pengeluaran besar-besaran senjata itu.
JKN Perak mulakan siasatan berhubung dakwaan doktor lakukan gangguan seksual di HRPB
Satu surat layang diterima pihak JKN Perak melalui pos pada 28 Februari lepas, dan satu jawatankuasa khas telah ditubuhkan pada 29 Februari.
7,294 kes COVID-19 dicatatkan di Perak sepanjang tahun ini
Sebanyak 7,294 kes COVID-19 direkodkan di Perak sejak 1 Jan hingga 16 Dis lepas berbanding 108,859 kes dicatatkan bagi tempoh sama, tahun lepas.
COVID-19: Perak kaji keperluan vaksin dos ketiga
Jabatan Kesihatan Negeri menyerahkan kepada Kementerian Kesihatan Malaysia untuk membuat keputusan berhubung perkara itu.
COVID-19: Enam warga emas di Lenggong terima vaksin di rumah
Kesemua warga emas menerima vaksin menerusi program yang dijalankan menerusi kaedah bergerak dari rumah ke rumah.
Laporan kawasan Chemor terdapat kes COVID-19 varian Afrika Selatan palsu
Mesej tular itu disebarkan dalam bentuk laporan kononnya disediakan Penghulu Mukim Ulu Kinta Kawasan Chemor bertarikh 15 Mei.
Vape, rokok elektronik mungkin diharamkan - Timbalan Menteri Kesihatan
Kementerian Kesihatan sedang meneliti beberapa pilihan bagi membendung penggunaan rokok elektronik dan vape termasuk peraturan jualan yang ketat atau pengharaman sepenuhnya.
Influenza A: Tiada keperluan halang aktiviti sukan - Mahdzir
Penularan kes Influenza A (H3) di beberapa kawasan di Perak tidak terlalu serius sehingga perlu mengeluarkan arahan menghalang penglibatan pelajar dalam aktiviti sukan, kata Menteri Pendidikan Datuk S