Rokok elektronik (vape) dan shisha tidak termasuk dalam peraturan larangan merokok di semua premis makanan yang akan dikuatkuasakan pada 1 Jan 2019, kata Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad.
Beliau, bagaimanapun berkata kementerian masih dalam peringkat perbincangan untuk menguatkuasakan peraturan melibatkan vape dan shisha dalam masa terdekat.
"Pada masa ini, peraturan itu membabitkan produk berkaitan tembakau, tetapi untuk vape dan shisha kita akan ambil pendekatan mengikut peraturan dan undang-undang tetapi dalam kategori perundangan yang lain.
"Kita sudah ambil perhatian (mengenai vape dan shisha) cuma ia belum diluncurkan lagi (diputuskan), tetapi dalam waktu agak munasabah akan kita laksanakan," katanya pada majlis Anugerah dan Pengiktirafan Kempen Blue Ribbon 2018, di sini pada Jumaat.
Kempen Blue Ribbon diadakan sejak 2013 bertujuan melindungi orang awam daripada bahaya asap rokok melalui usaha advokasi ke arah mewujudkan 100 peratus kawasan bebas asap rokok.
Bermula 1 Jan 2019, peraturan larangan merokok akan dikuatkuasakan di semua restoran bertutup, berhawa dingin, atau restoran dan warung berkonsep terbuka.
Dengan penguatkuasaan peraturan itu, perokok ditahan di kawasan larangan akan didenda RM10,000 dan pengusaha makanan yang tidak mematuhi larangan ini boleh didenda RM2,500.
Susulan itu, Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP) menggesa kerajaan turut melarang penggunaan vape dan shisha di restoran terbuka seperti larangan merokok tersebut.
Presiden CAP SM Mohamed Idris berkata kedua-dua bahan itu juga mempunyai nikotin yang secara tidak langsung turut membahayakan perokok pasif sama seperti rokok.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Nov 16 2018

Kementerian masih dalam peringkat perbincangan untuk menguatkuasakan peraturan melibatkan vape dan shisha dalam masa terdekat. - Gambar hiasan/édiego_cervo/istock.com

Bahrain tekankan perpaduan dan kewujudan bersama dalam hal ehwal Islam
Bahrain juga komited memastikan perpaduan dan kewujudan bersama secara aman kekal sebagai asas kepada kemajuan negara.

Dunia perlu sokongan pelan pembangunan semula Gaza tanpa pemindahan penduduk - Presiden Mesir
Badr Abdelatty berkata, Mesir sedang merangka satu konsep menyeluruh dan berperingkat bagi pembangunan semula Gaza.

Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak
Google dan pihak berkuasa kewangan Itali capai persetujuan serta menyelesaikan audit cukai bagi tempoh 2015 hingga 2020 tanpa prosiding undang-undang.

Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin
Dalam masa sama, kata Putin, membina semula kepercayaan dengan Amerika Syarikat adalah penting bagi mencapai kemajuan bermakna.

WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.

ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.

Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar
Shandong Taishan FC memutuskan untuk tidak menyertai perlawanan Peringkat Liga Zon Timur menentang Ulsan HD FC dari Korea Selatan semalam.

Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes
Usaha itu selaras dengan komitmen berterusan Jabatan Kesihatan Negeri dalam memusnahkan tempat pembiakan yang boleh merisikokan penduduk.

WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini
Kempen vaksinasi polio besar-besaran dirancang bermula di #Gaza Sabtu ini (22 Februari), dengan sasaran lebih 591,000 kanak-kanak berumur bawah 10 tahun.

Rusia buka kedutaan di tujuh negara Afrika menjelang 2026
Menjelang 2026, Rusia berhasrat untuk membuka kedutaan di Gambia, Liberia, Comoros, Niger, Sierra Leone, Togo dan Sudan Selatan.