Hati seorang ibu yang tetap menyayangi ketika anak sedang menanggung kepayahan, pastinya lebih berbunga dan gembira apabila kepayahan itu sudah diatasi.
Itulah yang jelas dirasakan Nurul Erwani Zaidi, 24, apabila dapat berinteraksi dengan bayinya Ainul Mardhiah sudah sedar setelah selamat menjalani pembedahan membuang tumor seberat 200 gram di mulutnya.
Dalam satu hantaran video berdurasi 39 saat yang dimuat naik di akaun Facebook suaminya, Ahmad Safiuddin Ahmad Razak, 24, detik indah anak-beranak itu dirakamkan dan disunting bersama muzik latar iaitu lagu daripada kumpulan UNIC, dengan tajuk lagu yang sama dengan nama bayi lapan bulan itu.
Dalam video tersebut, bayi itu kelihatan seolah-olah sedang berbual dengan ibunya yang sedang mengagah, seakan-akan memahami apa yang diperkatakan oleh ibunya.
Bayi itu juga memberi reaksi comel dengan menggerakkan mulut serta mengelipkan mata tanpa melepaskan pandangan pada wajah ibunya.
Nurul Erwani ditemani suaminya sepanjang proses pembedahan itu dijalankan di sebuah hospital di London.
Terdahulu menerusi Facebooknya, Ahmad Safiuddin memaklumkan anaknya telah sedar selepas menjalani pembedahan tersebut.
"Ainul dah sedar, Alhamdulillah. Cuma masih dalam unit penjagaan rapi untuk pastikan Ainul betul-betul okey sebelum dipindahkan semula ke dalam wadnya yang biasa.
"Terus doakan Ainul kuat dan cepat sihat ya," tulis Safiuddin.
BACA: 'Alhamdulillah, Ainul sudah sedar'
Pada Selasa, bayi yang menderita kanser 'germ cell tumor' di bahagian mulut itu stabil selepas melalui lima jam pembedahan.
Hal itu dimaklumkan doktor pelatih surgikal yang bertugas di United Kingdom, Dr. Amalina Che Bakri, menerusi satu entri di Instagram.
Pembedahan dijalankan oleh sepasukan doktor pakar diketuai Profesor David Dunaway dan Dr. Juling Ong.
BACA: Ainul Mardhiah selamat dibedah, tumor 200 gram berjaya dibuang
Astro Awani
Wed Jun 12 2019
Ainul Mardhiah kelihatan seolah-olah berbual dengan ibunya dalam satu hantaran video di Facebook Ahmad Safiuddin.
Berhati-hati sampaikan ucapan berkaitan Nabi Muhammad - Mohd Na'im
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) meminta semua pihak berhati-hati dalam menyampaikan ucapan berkaitan kemuliaan Nabi Muhammad SAW.
Penjawat awam Pulau Pinang terima BKK setengah bulan gaji
Bantuan berkenaan akan dibayar pada bulan depan yang melibatkan implikasi kewangan berjumlah RM6.88 juta.
Penjawat awam Pulau Pinang terima bonus setengah bulan gaji Disember ini
Kerajaan Pulau Pinang meluluskan bayaran bonus akhir tahun sebanyak setengah bulan gaji atau minimum RM1,000 kepada penjawat awam di negeri ini.
Rizab antarabangsa Bank Negara Malaysia naik kepada AS$118.0 bilion pada 15 Nov, 2024
Rizab antarabangsa Bank Negara Malaysia berjumlah AS$118.0 bilion pada 15 Nov, 2024, meningkat berbanding AS$117.6 bilion pada 30 Okt, 2024.
Penjawat awam Negeri Sembilan dapat bonus dua bulan gaji
Kerajaan Negeri Sembilan mengumumkan pemberian Bantuan Khas Kewangan (BKK) sebanyak dua bulan gaji kepada semua penjawat awam di negeri itu.
Kerajaan tanggung RM1.662 juta kos penerbangan lawatan rasmi PM - Fahmi
Kerajaan berjaya menjimatkan hampir RM1 juta untuk sewaan penerbangan khas bagi lawatan rasmi Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim ke lima buah negara, baru-baru ini.
Harga dalam julat antara AS$65 dan AS$75 setong pada 2025
Malaysian Rating Corporation Bhd (MARC Ratings) mengunjurkan harga minyak berada dalam julat antara 65 dan 75 dolar amerika setong pada 2025.
Siasatan kes perolehan aset di luar negara keluarga Tun Daim diteruskan - SPRM
SPRM ketika ini sedang melakukan penyelidikan kewangan (money trail) di luar negara dengan kerjasama agensi-agensi antarabangsa.
Untung bersih Affin Bank melonjak
Keuntungan bersih Affin Bank Berhad meningkat 45% kepada RM145.82 juta pada suku ketiga tahun kewangan 2024, didorong oleh peningkatan pendapatan daripada kadar faedah dan segmen perbankan Islam.
JIPS guna dron pantau warga PDRM main golf ketika bertugas
Pemantauan dan penyiasatan membabitkan warga Polis Diraja Malaysia (PDRM) dibuat menggunakan dron oleh Jabatan Integriti dan Pematuhan Standards (JIPS) Bukit Aman.
Bapa Ainul Mardhiah mohon rakyat Malaysia bantu bekas pensyarah UKM
Prof Dr Ab Rahim Ismail, 62, masih koma di Pamukkale Hospital University, Denizle, Turki sejak 15 Julai lepas.
Ainul tak sihat, keluarga tangguh hasrat pulang ke Malaysia
Mereka sepatutnya menaiki penerbangan jam 9.35 malam tadi (waktu United Kingdom), namun terpaksa menangguhkannya kerana tidak mendapat kebenaran doktor.
Video Ainul Mardhiah mesra 'berceloteh' dengan ibu sentuh hati ramai
Detik indah anak-beranak siap dengan latar muzik lagu daripada kumpulan UNIC, dengan tajuk lagu yang sama dengan nama bayi sembilan bulan itu.
Melaka bantu kos penerbangan keluarga Ainul Mardhiah ke UK
Ketua Menteri, Adly Zahari berkata Kerajaan Negeri secara dasarnya bersetuju untuk membantu memudahkan urusan keluarga itu mendapatkan rawatan di luar negara.