Seluruh kepimpinan, ahli serta pendukung parti UMNO diseru agar tidak terlibat atau atau mengambil kesempatan serta melakukan perkara yang hanya memburukkan keadaan susulan tersebarnya video skandal seks yang mirip seorang pemimpin kerajaan.
Timbalan Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamad Hasan menegaskan, parti itu tidak akan terlibat dengan perkara yang mengaibkan mana-mana pihak dan tidak akan menjadi parti atau gerakan sosial yang menerima perkara sedemikian.
"Marilah kita doakan agar sebarang kekhilafan yang dilakukan oleh mana-mana pihak akan berakhir dengan cara yang terbaik untuk semua," katanya dalam satu kenyataan yang dimuat naik di Facebook pada Rabu.
BACA: "Sayalah lelaki dalam video itu..."
Menurut Mohamad, UMNO akan fokus masa dan tenaganya untuk terus menyantuni masyarakat dan membawa kepimpinan kepada orang Melayu.
"Kegagalan kita untuk berbakti dan menjalankan amanah rakyat adalah jauh lebih mengaibkan dari sebarang skandal yang sarat dengan ketidakpastian," katanya lagi.
BACA: 'Saya tidak tahu menahu tentang video 'intim' tukar mirip Menteri - Tun M
BACA: Sidang akhbar Azmin umum bercuti disahkan palsu - Pegawai Kementerian
Sejak Selasa, satu video lucah yang didakwa mirip seorang menteri Kabinet tular di media sosial.
Sementara pada awal pagi Rabu pula, seorang lelaki bernama Haziq Abdullah Abdul Aziz mengakui beliau merupakan individu dalam video tersebut.
Susulan itu, Menteri Hal Ehwal Ekonomi, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali dalam kenyataannya menafikan tuduhan yang mengaitkan beliau dalam video lucah itu.
Mohamed Azmin dalam menyifatkan tuduhan yang dibuat terhadapnya merupakan komplot jahat untuk mencemarkan reputasi dan keperibadian beliau.
BACA: Video lucah: Azmin nafi terlibat, dakwa ada usaha jatuhkan beliau
Astro Awani
Wed Jun 12 2019

Mohamad Hasan berkata, UMNO akan memfokuskan masa dan tenaganya untuk terus menyantuni masyarakat dan membawa kepimpinan kepada orang Melayu. - Gambar fail
Sistem digital agtech diperkenal di Sarawak - Wilson Ugak
Lima sistem pertanian digital berteraskan kecerdasan buatan (AI) bernilai RM150,000 akan diperkenalkan untuk manfaat sektor akuakultur di Sarawak tahun ini.
Sarawak cadang tambah dua PUSPEN
Kementerian Pembangunan Wanita Kanak-Kanak dan Kesejahteraan Komuniti Sarawak bercadang untuk menambah dua pusat pemulihan narkotik (PUSPEN) di Sarawak.

Kes cabul di masjid: Polis siasat dakwaan suspek miliki kad OKU
Ketua Polis Selangor Datuk Hussein Omar Khan berkata suspek baru sahaja ditahan dan pihaknya masih menyiasat kesahihan dakwaan terbabit.
ASEAN 2025 | 21 Feb
Perkembangan ASEAN 2025 setiap jam 6 petang, membawa berita terkini dari negara-negara ASEAN termasuk ekonomi, kemajuan teknologi, dan budaya di rantau ini.
Informasi lengkap mengenai kerjasama serantau, inisiatif pembangunan, serta pencapaian negara-negara ASEAN dalam membentuk masa depan yang lebih mampan dan dinamik.
Informasi lengkap mengenai kerjasama serantau, inisiatif pembangunan, serta pencapaian negara-negara ASEAN dalam membentuk masa depan yang lebih mampan dan dinamik.

Polis tumpas sindiket proses vape berisi dadah
Kegiatan memproses vape dicampur dengan dadah jenis methamphetamine sejak enam bulan lalu terbongkar dengan penangkapan seorang wanita di Selangor.

Kanak-kanak mangsa cabul di masjid menangis, menjerit trauma
Menerusi satu video tular di platform Instagram, mangsa masih berada dalam keadaan menggigil semasa menceritakan detik hitam dirinya dicabul lelaki tersebut ketika bersolat Subuh.

'Fahmi pergi selepas ibu ucap kalimah syahadah di telinga'
Nuraini Mohamad Isa, 37 sempat mengucapkan dua kalimah syahadah ke telinga anaknya itu sebelum arwah menghembuskan nafas terakhir.
Malaysia manfaat peranan ASEAN perkasa pembangunan luar bandar - Ahmad Zahid
Malaysia akan memanfaatkan peranan ASEAN dalam memperkasa pembangunan luar bandar melalui perancangan serantau yang lebih kukuh dan bersepadu.
Malaysia komited pimpin ASEAN tangani jenayah rentas sempadan - Ahmad Zahid
Malaysia komited untuk memimpin ASEAN dalam menangani pelbagai bentuk jenayah rentas sempadan termasuk penipuan dalam talian, penyeludupan manusia dan pengubahan wang haram, kata Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.
Polis Filipina tahan 450 individu terlibat judi online
Polis filipina menahan lebih 450 orang dalam serbuan terhadap operator permainan dalam talian atau judi online yang didakwa dikendalikan oleh warga China di Manila pada Khamis.

Video intim: "Semoga tiada lagi mangsa kedurjanaan politik" - Azmin Ali
Datuk Seri Mohamed Azmin Ali berdoa semoga tidak ada lagi mana-mana individu akan menjadi mangsa kedurjanaan politik seperti yang dilaluinya sebelum ini.

Video Intim: Farhash hormati keputusan Peguam Negara
Farhash Wafa Salvador Rizal Mubarak menggesa semua pihak supaya mengelak daripada membuat spekulasi terhadap mana-mana pihak.

Video intim: "Alhamdulillah, ini noktah segala fitnah dan tohmahan" - Azmin
Azmin Ali menzahirkan rasa syukur dengan keputusan Jabatan Peguam Negara berhubung kes video intim yang dikaitkan dengan dirinya sebelum ini.

Video intim: Tiada individu akan didakwa - Peguam Negara
Peguam Negara, Tommy Thomas mendapati tiada pertuduhan yang boleh dibuat berhubung dengan video intim yang pernah dikaitkan dengan seorang menteri Kabinet.

Video intim: Lembaga Disiplin PKR bakal hubungi Farhash, Amirudin Shari
Menteri Besar Selangor Amirudin Shari dan Pengerusi PKR Perak, Farhash Wafa Salvador Rizal Mubarak akan diminta untuk memberi penjelasan berhubung kenyataan mereka mengenai isu video intim.

Ketua Polis Negara patut tangkap Azmin, kata setiausaha politik Anwar
Katanya, dia turut hairan dengan tindakan polis yang membuka kertas siasatan terhadapnya di bawah Seksyen 377 B, berkaitan melakukan hubungan seks luar tabii.

Video intim: Tempoh reman Haziq disambung tiga hari
Tempoh tahanan reman bekas Ketua AMK Santubong, Haziq Abdullah Abdul Aziz dan dua individu yang tamat hari ini, disambung tiga hari lagi sehingga Selasa.

Dalang di sebalik video seks perlu dikenakan tindakan - Amirudin
"No man is above the law in this country (tiada sesiapa boleh terlepas daripada tindakan undang-undang di negara ini)," demikian tegas Pengerusi Pakatan Harapan Selangor, Amirudin Shari berhubung keny

Isu video intim: Najib keluarkan pantun empat kerat
Isu video intim mendapat perhatian bekas perdana menteri Datuk Seri Najib Razak yang tampil dengan pantun empat kerat di laman Facebook rasminya.

Video intim: Wujud gerakan politik jatuhkan Azmin - Tun M
Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad berkata wujud gerakan politik untuk menjatuhkan Menteri Hal Ehwal Ekonomi, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali yang dikaitkan dengan isu video intim.