Perhimpunan Bersih 4 yang diharamkam oleh pihak berkuasa kini sedang berlangsung di sekitar Dataran Merdeka sejak semalam.

Sepanjang 36 jam perhimpunan itu berlangsung ia turut memaparkan pelbagai gelagat orang awam.

Dilabel sebagai perhimpunan haram yang sekaligus membawa konotasi negatif tentang pesertanya, namun ia turut memperlihatkan sifat prihatin dan kemanusiaan yang masih tinggi di kalangan masyarakat.

Ia secara tidak langsung membawa mesej bahawa semangat kekitaan dan bersatu masih wujud dan utuh di negara ini, biarpun berbeza idealogi dan pendapat.

Salah satu video yang tersebar di media sosial adalah video yang memaparkan seorang lelaki berbangsa Cina melaungkan "Tolong senyap!! Waktu sembahyang..." kepada peserta apabila masuk waktu untuk peserta beragama Islam untuk sembahyang.


















Hashtag #Bersih4 berada di tempat kedua dalam senarai trending di laman sosial Twitter sejak pagi tadi.

Tidak keterlaluan juga untuk dikatakan jika ada di antara gelagat mereka memberi gambaran sisi kreatif yang dimiliki majoriti rakyat Malaysia.