Polis menyangkal dakwaan tidak membenarkan seorang wanita masuk ke dalam balai polis seperti yang tular di media sosial.
Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Seri Mazlan Lazim berkata balai polis sentiasa dibuka kepada orang awam terutama jika berlaku sesuatu kecemasan.
Beliau mengulas mengenai video berdurasi enam minit 28 saat mengenai seorang wanita yang mendakwa polis tidak membenarkannya masuk ke balai polis Alam Damai Cheras selepas diekori sebuah kereta lain.
Malahan, Mazlan berkata pihak polis telah menahan tiga remaja lelaki lepasan Sijil Pelajaran Malaysia kerana disyaki membuat ugutan terhadap wanita berkenaan pada 8.30 malam tadi.
Mengulas lanjut, beliau berkata ketika kejadian pada 11 malam Isnin, wanita berusia 41 tahun itu mengambil anak lelakinya di sebuah pusat tuisyen di Alam Damai serta difahamkan memandu dalam keadaan merbahaya sehingga menggangu pengguna jalan raya lain.
"Ekoran itu, sebuah kereta jenis BMW yang dinaiki tiga lelaki di belakang kereta wanita itu tidak berpuas hati lalu menjerit dan mengekori kereta wanita terbabit," katanya dalam sidang akhbar di Balai Polis Alam Damai, malam tadi.
Katanya, wanita berkenaan yang terasa terancam dan ketakutan kemudian memandu sehingga ke pintu depan balai polis tersebut.
Mazlan berkata anggota polis yang bertugas di balai berkenaan bergegas menemui wanita itu dan bertanyakan apa yang berlaku, manakala kereta yang mengekori mangsa terus beredar.
"Waktu anggota polis sedang bertanyakan apa yang berlaku, wanita berkenaan cuba memberitahu keadaannya tetapi tidak jelas kerana mangsa hanya menurunkan separuh cermin keretanya," katanya. -- Bernama
Bernama
Tue Mar 13 2018
Mazlan berkata anggota polis yang bertugas di balai berkenaan bergegas menemui wanita itu dan bertanyakan apa yang berlaku, manakala kereta yang mengekori mangsa terus beredar. - Gambar fail
Wanita 19 tahun korban keenam keracunan arak metanol
Pelancong wanita warga Australia yang dirawat akibat keracunan metanol di Vientiane, Laos, telah disahkan meninggal dunia pada Jumaat.
Ini menjadikan jumlah mangsa yang terkorban akibat minuman keras beracun itu meningkat kepada enam individu, lapor kerajaan Thailand dalam kenyataan.
Ini menjadikan jumlah mangsa yang terkorban akibat minuman keras beracun itu meningkat kepada enam individu, lapor kerajaan Thailand dalam kenyataan.
Pertabalan Raja Charles telan kos hampir RM424 juta
Pertabalan Raja Charles menelan belanja sebanyak 72 juta pound (hampir RM424 juta).
Aktivis tuang baja di Pejabat Kementerian Dalam Negeri Itali
Di Rom...pejuang iklim diketuai extinction rebellion pada Jumaat ada cara tersendiri untuk memperjuangkan kesihatan planet bumi khusus dengan perubahan iklim global yang semakin merosot.
Kualiti udara di New Delhi menjunam ke paras berbahaya
Kualiti udara di New Delhi India terus menjunam ke tahap berbahaya setakat Jumaat mengakibatkan rutin harian penduduknya terjejas selain risiko kesihatan yang terus meningkat. Berdasarkan angka indeks kualiti udara (AQI) oleh agensi pemantau kesihatan udara berpangkalan di Switzerland IQAir, kualiti udara di bandar itu terus merosot pada angka 545.
AS8.5 bilion komitmen diperoleh daripada syarikat UK
Indonesia meraih komitmen pelaburan sebanyak 8.5 bilion dolar Amerika daripada 19 syarikat terkemuka United Kingdom (UK) semasa lawatan Presiden Prabowo Subianto ke negara itu.
Polis UK laksana 'letupan terkawal' pada bungkusan misteri
Polis United Kingdom (UK) pada Jumaat bergegas ke Kedutaan Amerika Syarikat untuk melaksanakan prosedur letupan terkawal susulan penemuan bungkusan mencurigakan di perkarangan pejabat itu. Polis Metropolitan London menerusi laman media sosial X pada Jumaat mengesahkan bunyi letupan kuat yang didengari di kawasan itu adalah merupakan hasil dari proses letupan terkawal yang dilaksanakan anggota-anggotanya.
Bangunan di Lubnan runtuh akibat ledakan tepat misil Israel
Tentera rejim Zionis Israel pada Jumaat meletopkan sebuah bangunan yang terletak di Chiyah, di selatan Beirut dalam siri keganasan terbaharunya di Lubnan. Dalam visual menggerikan yang dikongsikan oleh Reuters menyaksikan orang ramai menjerit ketakutan serta terkejut dengan ledakan misil yang berlaku amat pantas.
Makaf sasar sembilan pingat emas Sukan SEA 2027
Skuad karate negara sedang mengatur strategi sebagai persediaan Malaysia menjadi tuan rumah temasya Sukan SEA 2027 dengan sasaran sembilan pingat emas.
Presiden Persekutuan Karate Malaysia (Makaf), Datuk Nur Azmi Ahmad berkata, pencapaian pada 2001 di Kuala Lumpur perlu dijadikan sandaran berbanding kutipan enam pingat emas ketika temasya 2017.
Presiden Persekutuan Karate Malaysia (Makaf), Datuk Nur Azmi Ahmad berkata, pencapaian pada 2001 di Kuala Lumpur perlu dijadikan sandaran berbanding kutipan enam pingat emas ketika temasya 2017.
KTMB sediakan 2 ETS tambahan KL Sentral-Padang Besar
Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) akan menyediakan dua perkhidmatan tren elektrik (ETS) tambahan bagi laluan pergi balik KL Sentral-Padang Besar, sempena sambutan Hari Natal dan cuti sekolah penggal ketiga tahun ini.
Subsidi: Wajar diteruskan, ambil langkah banteras penyelewengan
Dr Barjoyai berkata, subsidi harus diteruskan namun perlu memberi penekanan terhadap usaha membanteras penyelewengan.
Insiden kren SUKE: Mayat terakhir berjaya dikeluarkan
Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Kuala Lumpur berkata, mayat pekerja pembinaan warga China yang tersepit di antara struktur besi itu dikeluarkan pada 3.58 pagi.
Jalan perlu ditutup jika alih struktur berat - Fadillah
Itu adalah antara prosedur operasi standard (SOP) ketat yang perlu diikuti oleh kontraktor, bagi memastikan keselamatan pekerja dan orang awam.
Video tular wanita dilarang masuk ke balai polis disangkal
Ketua Polis KL, Datuk Seri Mazlan Lazim berkata balai polis sentiasa dibuka kepada orang awam terutama jika berlaku sesuatu kecemasan.