Selepas gambar dan video sekumpulan gadis memanjat papan tanda 'IPOH' viral di media sosial, muncul pula video viral seorang pemuda memanjat sebuah kren di tapak pembinaan projek Pusat Konvensyen Ipoh.
Projek tersebut pula terletak betul-betul bersebelahan bangunan Majlis Bandaraya Ipoh (MBI).
Kontraktor projek, Sycal Berhad telah membuat laporan polis di Balai Polis Pekan Baru Ipoh hari ini.
Pengurus Tapak, Mohamad Jaafar Sadri berkata, pihaknya mengetahui mengenai perkara itu malam tadi dan telah mengadakan mesyuarat tergempar dengan pihak syarikat keselamatan dan pengendali kren.
"Ekoran daripada itu, kami telah membuat laporan polis kira-kira jam 10 pagi ini dan turut memaklumkan kepada pihak MBI," katanya kepada Astro AWANI di sini hari ini.
Mohamad Jaafar berkata, perbuatan berbahaya lelaki itu mungkin dilakukan dua atau tiga minggu lalu, ketika hari Ahad dan tiada operasi di tapak binaan.
Ujarnya, pihaknya masih menyiasat bagaimana pemuda tersebut boleh masuk ke kawasan projek kerana terdapat kawalan keselamatan 24 jam di tapak binaan.
Beliau mengesyaki kren yang dinaiki lelaki itu terletak di bahagian pembinaan 16 tingkat ke atas yang tingginya kira-kira 100 meter dari aras bumi.
Aksi seorang pemuda yang memanjat sebuah kren di Ipoh - Sumber video YouTube Viral Malaysia
Sementara itu, di dalam salah satu status di laman sosial, lelaki itu dikenali sebagai Mohd Adib yang dipercayai orang yang sama membawa sekumpulan gadis memanjat papan tanda 'IPOH'.
Kumpulan gadis berkenaan telah menyerah diri di Ibu Pejabat Polis Daerah Ipoh dan dibawa ke Balai Polis Kampung Tawas, Ipoh untuk diambil kenyataan.
Astro Awani
Mon Jan 02 2017

Selepas video sekumpulan gadis memanjat papan tanda 'IPOH' viral, muncul pula video viral seorang pemuda memanjat sebuah kren di Ipoh. - Gambar YouTube - Viral Malaysia

RUU Pembaharuan Semula Bandar dapat tingkatkan kualiti hidup pemilik - Exco P.Pinang
Kerajaan negeri melalui LPNPP telah mewujudkan Garis Panduan Pelaksanaan Pembaharuan Semula Bandar (Pembangunan Perumahan) pada 2022.

Paus Francis berehat selepas dimasukkan ke hospital - Vatican
Ketua Gereja Katolik berusia 88 tahun itu telah menerima rawatan di Hospital Gemelli di Rom selama seminggu.
10 Berita Pilihan - (22 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tumpuan Ahad – 23 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.

Faizal Saari umum bersara daripada hoki antarabangsa
Namun, Faizal menegaskan akan terus beraksi untuk Terengganu dalam saingan MHL serta Piala Tun Abdul Razak.

Penantian berakhir, Selangor FC julang Piala Cabaran
Selangor FC menepati ramalan apabila meraih kemenangan bergaya dengan agregat 7-0 ke atas PDRM FC untuk julung kali menjulang Piala Cabaran.
China kesan satu lagi varian baharu Koronavirus
Penyelidik di Institut Virologi di China, di sini telah mengesan satu lagi varian Koronavirus baharu dikenali sebagai HKU5-CoV-2 yang disyaki berpotensi untuk merebak melalui manusia.
Kepengerusian ASEAN-Malaysia mampu lonjak ekonomi negara
Kepengerusian ASEAN-Malaysia 2025 mampu melonjakkan keupayaan Malaysia sebagai destinasi pelaburan, pelancongan dan perdagangan.
Tambah baik peraturan makanan sedia ada
Mengambil contoh penjualan produk gummy, Pensyarah Jabatan Pengurusan Sumber dan Pengajian Pengguna, Universiti Putra Malaysia (UPM), Dr Nur Aqilah Amalina Jaafar berpandangan, makanan itu masih lagi dijual di pelbagai platform, walaupun ia bertentangan dengan peraturan sedia.
Kerajaan lipat ganda basmi kemiskinan tegar
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim sekali lagi menegaskan usaha membasmi kemiskinan tegar akan dilipatgandakan dan diteruskan dengan lebih agresif di seluruh negara.

Video viral pemuda panjat kren
Selepas gambar dan video sekumpulan gadis memanjat papan tanda 'IPOH' viral, muncul pula video viral seorang pemuda memanjat sebuah kren di tapak pembinaan projek Pusat Konvensyen Ipoh.