Pernyataan tersebut jelas terbukti dalam video yang menjadi viral semalam.
Rakaman yang memaparkan seorang wanita dilihat membuka pakaiannya di tengah-tengah kawasan membeli-belah yang sibuk mendapat reaksi luar biasa dari pengamal laman media.
Insiden dipercayai berlaku di Petaling Street, video yang dimuat naik di YouTube itu mendapat tontonan lebih daripada 30,000.
Memetik laporan The Rakyat Post, pada mulanya wanita dalam video itu dikatakan pelancong tetapi selepas siasatan, pihak media mendapati wanita itu sebenarnya merupakan warga tempatan.
Video berdurasi seminit itu menyaksikan wanita berkenaan sedang marah lalu bertindak membuka baju sebelum menanggalkan baju dalamnya.
Identitinya sebagai warga tempatan terbukti apabila dia bertutur menggunakan Bahasa Melayu dalam video itu.
Menurut seorang wanita yang juga merupakan anak pemilik restoran di kawasan terbabit, wanita yang tidak berpakaian itu memesan dua botol bir tetapi tidak hanya membayar untuk satu botol sahaja.
Anak perempuan pemilik restoran itu, yang hanya mahu dikenali sebagai Lee berkata, mereka kemudiannya menuntut wanita itu supaya membayar baki bil tetapi dia enggan.
Mereka juga mendedahkan rakaman kamera litar tertutup (CCTV) yang menunjukkan wanita tidak berpakaian itu tidak membayar untuk kedua botol birnya.
Berang lantaran dituduh Lee, wanita itu berkali-kali menafikan dia tidak membayar penuh.
Menurut Lee, mereka kemudian mengejar perempuan itu dan tidak lama kemudian, wanita itu mula bertindak menanggalkan pakaiannya.
Lee juga berkata ini bukan kali pertama dia melihat wanita berkenaan di kawasan itu, sambil menambah bahawa beberapa pemilik kedai makan lain di kawasan itu juga mendakwa dia juga pernah menipu mereka.
Kredit video : Carson Lee