Wabak selesema burung (H5N1) di Kelantan merebak ke dua jajahan baharu.

Ia sekali gus menjadikan 23 kampung dari empat daerah di Kota Bharu, Pasir Mas, Bachok dan Pasir Puteh terlibat.


Dengan penularan virus tersebut, arahan Majlis Keselamatan Negara (MKN) 20 dikeluarkan di Kelantan bagi membolehkan semua agensi bekerjasama.


Setakat ini, 23,768 ekor unggas dan 881 biji telur telah dilupuskan membabitkan 129 premis.

Kes semakin serius namun setakat ini belum ada laporan melibatkan jangkitan ke atas manusia.