Seorang saksi hari ini memberitahu Mahkamah Tinggi, balu kepada Ketua Pegawai Eksekutif Cradle Fund Sdn Bhd (Cradle Fund), Nazrin Hassan, mempamerkan riak wajah bersahaja, ketika anggota bomba tiba di sebuah rumah di Mutiara Homes, Petaling Jaya, bagi memadamkan kebakaran pada 14 Jun tahun lepas.
Saksi ke-9 kes itu, Mohamad Afzan Majid, 50 berkata, ketika tiba di rumah tersebut beliau melihat Samirah Muzaffar, di pintu utama rumah tersebut yang menunggu ketibaan pasukan bomba tanpa sebarang reaksi sama ada menangis, meratap atau meraung ketika suaminya berada dalam sebuah bilik yang terbakar di rumah tersebut.
Beliau yang merupakan pegawai bomba di Balai Bomba dan Penyelamat Damansara itu berkata demikian, ketika memberi keterangan berhubung kes kematian Nazrin di hadapan Hakim Datuk Ab Karim Ab Rahman, di sini.
"Ketika saya dan pasukan bomba tiba di rumah mangsa untuk memadamkan kebakaran yang berlaku di bilik utama rumah itu, saya melihat tertuduh (Samirah) di hadapan pintu utama rumah dengan wajah bersahaja.
" OKT (Samirah) juga tidak lari keluar dari rumah itu ketika berlaku kebakaran di tingkat atas bilik utama rumah berkenaan," katanya.
BACA: Mayat CEO Cradle Fund ditemui di penjuru katil dan berdarah - Saksi
BACA: Polis siasat dakwaan tertuduh dicabul dalam tahanan - KPN
Beliau berkata demikian ketika di soal Timbalan Pendakwa Raya, Asyhraf Ashy'ari Kamaruzaman,berhubung reaksi Samirah ketika pasukan bomba tiba di rumah berkenaan untuk memadamkan kebakaran.
Mohamad Afzan berkata ia juga merupakan kali pertama beliau melihat seorang individu yang tidak menunjukkan sebarang reaksi sedih apabila berlakunya kebakaran yang membabitkan kematian.
"Saya telah menjadi anggota bomba selama 22 tahun dan saya telah bertugas memadamkan kebakaran lebih 500 kali termasuk kebakaran yang membabitkan kematian.
"... dan sepanjang penugasan saya juga, saya tidak pernah melihat orang tidak menangis, tidak meraung dan tidak meratap apabila berlaku kematian dalam kes kebakaran, " katanya.
Mengulas lanjut, beliau berkata Samirah juga merayu kepadanya untuk melihat mayat suaminya yang berada di atas katil di dalam bilik yang terbakar, selepas api dipadamkan.
Mohamad Afzan berkata beliau kemudian mengiringi tertuduh melihat mayat Nazrin selepas mendapat kebenaran dari penyelia operasi.
"Saya melihat tertuduh melutut dekatkan diri dengan mayat seorang lelaki dan dia pandang ke arah kepala mangsa dalam tempoh lima minit.
"Bagaimanapun, saya tidak tahu reaksi wajah tertuduh kerana saya berada di belakang (tertuduh) cuma nampak kepala tertuduh bergerak ke kiri kanan," katanya.
Katanya, selain Samirah, beliau turut melihat ada individu lain di dalam rumah tersebut iaitu dua wanita berusia lingkungan 40-an dan seorang kanak-kanak berusia tiga tahun apabila turun ke tingkat bawah rumah.
Beliau berkata dua wanita yang tidak dikenalinya itu berada di meja makan di ruangan dapur.
"Selepas saya dan pasukan selesai memadamkan kebakaran dan turun ke bawah, saya juga melihat tertuduh ke dapur dan membuat susu yang saya percaya untuk kanak-kanak berkenaan," katanya.
Pada 3 Ogos tahun lepas, kematian Nazrin, 47, diklasifikasi sebagai kes bunuh di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan selepas siasatan bomba menemukan kesan petrol di lokasi kebakaran.
Berikutan itu, Samirah, 44, yang merupakan bekas eksekutif kanan di Perbadanan Harta Intelek Malaysia (MyIPO) dan dua remaja lelaki masing-masing berumur 17 serta 14 tahun, didakwa bersama-sama seorang warga Indonesia, Eka Wahyu Lestari yang masih bebas, membunuh lelaki berkenaan.
Mereka dituduh melakukan kesalahan itu di sebuah rumah di Mutiara Homes, antara 11.30 malam 13 Jun 2018 dan 4 pagi 14 Jun 2018.
Pihak pendakwaan kes itu diketuai Pengarah Pendakwaan Negeri Selangor Datuk Salim.
Samirah pula diwakili peguam Tan Sri Dr Muhammad Shafee Abdullah, manakala kedua-dua remaja itu diwakili peguam Hisyam Teh Poh Teik.
--BERNAMA
Bernama
Wed Oct 02 2019

Samirah (gambar) dan dua remaja lelaki didakwa bersama-sama seorang warga Indonesia, Eka Wahyu Lestari yang masih bebas, membunuh Nazrin. - Gambar fail/BERNAMA.

Kerajaan Jepun luluskan RUU tembakan kecemasan untuk haiwan berbahaya
Pindaan rang undang-undang ini bertujuan untuk membolehkan respons yang lebih cepat dan berkesan berbanding langkah sedia ada.

Jabatan Kesihatan Melaka tingkat pemantauan, saringan langkah awal kekang kusta
"Setakat ini tiada kes dikesan dalam kalangan penduduk Orang Asli di negeri ini melibatkan 14 perkampungan dengan lebih 2,000 penduduk."

Hubungan dua hala Bangladesh-Malaysia diperkukuh pada Hari Bahasa Ibunda Antarabangsa
Ahsan menyifatkan Malaysia sebagai model keharmonian dalam kepelbagaian komuniti linguistik.

Teknologi robotik pacu sektor pelancongan kesihatan di Melaka
Upaya memacu sektor pelancongan kesihatan yang menjadi satu daripada subsektor penting dalam industri pelancongan negeri.

Penantian veteran ATM hampir dua tahun dapat rumah baharu berakhir
Shamsudin Hamzah terpaksa menunggu lebih lama untuk mendapatkan rumah baharu kerana keadaan tanah di kawasan itu dari jenis gambut.

Sarawak hasrat bida tuan rumah World Robot Olympiad
Hasrat itu selaras dengan matlamat menjadikan Sarawak sebagai hab kecemerlangan pendidikan robotik serta STEM.

Ribut salji sebabkan gangguan meluas di Istanbul
Ribut itu membawa penurunan suhu yang ketara serta salji lebat, dengan keadaan paling buruk dilaporkan pada Jumaat.

164,000 kelapa tua dibawa masuk penuhi permintaan menjelang Ramadan, Aidilfitri
Angka itu merangkumi 82,000 kelapa yang tiba dari Sabah bulan ini, manakala 82,000 lagi dibawa masuk dari Kepulauan Palembang pada Mac depan.

46 warga Indonesia mangsa pemerdagangan dibawa pulang, termasuk bekas ahli DPRD
46 mangsa pemerdagangan manusia itu datang dari sembilan provinsi dengan majoriti berasal dari Sumatera Utara dan Jawa Barat.

Arab Saudi anjur sidang kemuncak pembinaan semula Gaza
Arab Saudi dijadual menganjurkan sidang kemuncak peringkat tinggi pada Jumaat bagi membincangkan usaha pembinaan semula Semenanjung Gaza, lapor Agensi Berita Jerman (dpa).

Wajah balu Nazrin bersahaja ketika kebakaran - Saksi
Balu kepada Ketua Pegawai Eksekutif Cradle Fund, Nazrin Hassan, mempamerkan riak wajah bersahaja, ketika anggota bomba tiba di sebuah rumah di Mutiara Homes, Petaling Jaya.