Anggota Parlimen Segambut, Hannah Yeoh menyambut baik keputusan untuk membawa isu projek pembangunan di Taman Rimba Kiara, Taman Tun Dr Ismail (TTDI) kepada Kabinet.
Yeoh berkata ini membolehkan cadangan balas yang dikemukakan oleh beliau bersama penduduk TTDI dan penghuni rumah panjang didengar oleh Kabinet seperti dijanjikan oleh Menteri Wilayah Persekutuan Khalid Abdul Samad.
"Cadangan balas kami ialah jika anda ingin membina, anda hanya perlu membina berdasarkan keluasan tapak rumah panjang sekarang.
"Ini bermakna anda tidak boleh menceroboh ke Taman Rimba Kiara dan Khalid berkata beliau akan membawa perkara ini ke kabinet untuk membuat keputusan, " katanya pada sidang media di sini hari ini.
Yeoh yang juga Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat berkata beliau bersetuju perkara itu dibawa kepada Kabinet kerana kedudukan Khalid kini bercanggah kerana beliau juga merupakan pengerusi Yayasan Wilayah Persekutuan (YWP), yang kini memiliki sebahagian Taman Rimba Kiara.
Yeoh juga mahu isu pampasan dan kontrak yang terlibat dalam projek pembangunan itu dikaji semula oleh Peguam Negara Tommy Thomas kerana kontrak itu melibatkan kerajaan.
Yeoh berkata beliau akan menganjurkan sesi townhall di Pusat Komuniti TTDI Sabtu ini pada jam 9 pagi untuk memberi makluman kepada semua penduduk mengenai perkembangan terkini.
"Sesiapa sahaja boleh datang. Ini melibatkan soal tadbir urus yang baik, menyelamatkan kawasan hijau dan menyediakan perumahan bagi penduduk rumah panjang TTDI," katanya.
Selepas bantahan keras dari penduduk dan kumpulan berkepentingan, pemaju projek bersetuju untuk mengurangkan skala projek dan bilangan blok apartmen, dengan projek itu meliputi hanya 3.2 hektar berbanding 4.9 hektar mengikut rancangan asal.
Dalam pada itu, blok apartmen 350 unit untuk penduduk rumah panjang Bukit Kiara akan kekal sebagai sebahagian daripada projek itu. Bagaimanapun, projek tersebut masih dikritik dan mendapat bantahan daripada persatuan penduduk dan kumpulan berkepentingan.
-- BERNAMA
Bernama
Wed May 15 2019
Yeoh setuju isu pembangunan Taman Rimba Kiara dibawa ke Kabinet kerana kedudukan Khalid kini bercanggah memandangkan beliau juga pengerusi YWP, yang memiliki sebahagian taman itu. - Gambar hiasan
Keir Starmer hargai pertemuan dengan Anwar, pelaburan Malaysia
Sementara itu, Starmer berkata pertemuan tersebut satu peluang yang baik selepas enam bulan beliau menggalas jawatan sebagai Perdana Menteri UK.
Anwar jumpa Keir Starmer, isu Palestin antara dibincang
Jelas Anwar lagi, hal-hal yang dibincangkan tersebut seterusnya akan dibawa ke peringkat menteri masing-masing bagi tujuan pelaksanaan yang lebih teratur dan tersusun.
Tumpuan Khamis – 16 Januari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Rabu, 15 Januari 2025.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Empat ditahan jual nombor pendaftaran kenderaan tidak wujud
Empat individu termasuk seorang wanita ditahan kerana disyaki terlibat dalam sindiket penipuan menjual nombor pendaftaran kenderaan tidak wujud yang aktif di beberapa negeri.
10 Berita Pilihan - (15 Januari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Petros dan Sarawak komited untuk bekerjsama dengan Kerajaan Persekutuan, PETRONAS
Premier Sarawak Tan Sri Abang Johari Tun Openg menghargai pengiktirafan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim terhadap Petroleum Sarawak Bhd (Petros) sebagai agregator gas tunggal di Sarawak.
15 panggilan daripada telefon pengadu kepada telefon Ebit Lew - Saksi
Seorang saksi perbicaraan kes gangguan seksual melibatkan Ebit Lew, memberitahu bahawa telefon milik pengadu telah membuat 15 panggilan telefon kepada nombor telefon milik pendakwah tersebut.
Dua keldai akaun ditahan, mangsa kerugian lebih RM78,000
Polis hari ini menahan seorang lelaki dan seorang wanita dipercayai menjadi keldai akaun kepada sindiket penipuan berasingan sehingga menyebabkan dua mangsa kerugian lebih RM78,000.
Tentera Israel ceroboh selatan Lubnan
Tentera Israel memasuki kawasan Wadi al-Hujeir sambil melepaskan tembakan menggunakan mesingan berkaliber besar.
48 individu ditahan ceroboh kebun Musang King atas tanah kerajaan
Seramai 48 pekebun dan pekerja kebun durian Musang King di daerah Raub yang dikesan menceroboh tanah kerajaan dan melanggar arahan mahkamah ditahan sepanjang 'Ops Sekat' rmula 30 April lalu.
Ceroboh zon perikanan, APMM Pulau Pinang tahan empat nelayan
Bot peronda Maritim Malaysia yang menjalankan rondaan terus ke lokasi di kedudukan 0.9 batu nautika tenggara Batu Maung selepas menerima aduan.
Australia tahan 15 nelayan Indonesia terbabit aktiviti perikanan haram
Kesemua anak kapal itu telah dibawa ke Darwin, Wilayah Utara (NT) Australia dan ditahan sementara siasatan dilakukan.
Padah acu pisau, ceroboh rumah warga emas
Seorang lelaki dipenjara 10 bulan selepas mengaku salah mengacu pisau dan menceroboh masuk rumah seorang warga emas.
Seorang kanak-kanak dikesan 'ceroboh' pagar White House
Kakitangan Perkhidmatan Rahsia "menemukan pelawat muda itu memasuki pagar di kawasan Rumah Putih."
Ceroboh beri imej negatif keselamatan negara
Beberapa perkara penting termasuk isu memperketatkan prosedur operasi standard (SOP) COVID-19 di pintu masuk negara akan dijelaskan.
ATB 2 siap siaga kekang elemen luar, ambil kesempatan ketika PRU15
ATB 2 menjalankan operasi sedia ada bagi memastikan sempadan perairan negara tidak diceroboh.
Tangkapan suspek tular bukan libat kes culik pelajar
Video yang ditularkan adalah ketika polis melakukan tangkapan terhadap seorang lelaki kerana menceroboh di kawasan sebuah rumah.
Lelaki bersenjata cuba ceroboh pejabat FBI di Cincinnati ditembak mati
Seorang lelaki bersenjata yang cuba menceroboh pejabat Biro Siasatan Persekutuan (FBI) Cincinnati ditembak mati oleh anggota penguatkuasa pada pagi Khamis.