Seorang wanita warga Indonesia bertarung nyawa hampir setengah jam apabila dipukul dan disumbat ke dalam guni sebelum dicampak ke Sungai Klang dari jambatan di Lebuhraya Kemuning-Shah Alam di sini semalam.
Mangsa, seorang pekerja kilang berumur 37 tahun, bagaimanapun terselamat apabila ditemui dalam keadaan terapung di dalam sungai berkenaan oleh orang awam kira-kira 11 pagi semalam.
Ketua Polis Daerah Shah Alam ACP Shafien Mamat berkata sejurus menerima maklumat, anggota polis serta Jabatan Bomba dan Penyelamat Selangor dikejarkan ke tempat kejadian dan menemui mangsa dalam keadaan separuh sedar dengan kaki diikat menggunakan pita pelekat.
"Ketika ditemui mangsa yang berjaya melepaskan diri daripada guni turut mengalami kecederaan di betis dan kepala, dibawa ke Hospital Shah Alam untuk menerima rawatan," katanya dalam sidang media di sini hari ini.
Shafien berkata siasatan awal mendapati mangsa dijemput oleh dua lelaki yang dikenalinya di kediamannya di Taman Sri Muda di sini, kira-kira 10.30 pagi semalam, kononnya untuk dibawa berubat dengan menaiki van.
Katanya ketika berada dalam van, kaki serta mulut mangsa diikat selain mangsa turut dipukul dengan batang besi sebelum dia disumbat ke dalam guni serta dicampak ke dalam sungai dari ketinggian 15 ke 20 meter.
"Suspek dipercayai berharap mangsa mati namun, umurnya masih panjang dan berjaya diselamatkan.
"Susulan itu kira-kira 10 malam tadi sepasukan polis berjaya kesan seorang suspek berumur 21 tahun di sebuah rumah di Padang Jawa, Klang sebelum menahan seorang lagi suspek berumur 22 tahun juga di Padang Jawa kira-kira 2.30 pagi tadi," katanya.
Beliau berkata motif kejadian dipercayai berpunca daripada suspek tidak berpuas hati dengan kelakuan mangsa yang menjalin hubungan dengan anggota keluarga seorang daripada suspek terbabit.
Shafien berkata kedua-dua suspek yang tidak mempunyai rekod kesalahan lampau kini direman sehingga 13 Feb ini untuk siasatan mengikut Seksyen 307 Kanun Keseksaan iaitu cubaan membunuh. -- Bernama
Bernama
Tue Feb 07 2017
Mangsa terselamat apabila ditemui dalam keadaan terapung di dalam sungai berkenaan oleh orang awam kira-kira 11 pagi semalam. - Foto Bernama
KPM fokus tangani isu vape dalam kalangan pelajar sekolah
Kementerian Pendidikan mengambil pendekatan turun padang ke sekolah-sekolah dalam usaha menangani pengambilan rokok elektronik atau vape dalam kalangan pelajar.
Siasatan terhadap FashionValet, tempoh dua minggu
Siasatan membabitkan pasangan pengasas platform E-Dagang Fashionvalet Sdn Bhd yang terkait kes kerugian pelaburan Khazanah PNB dijangka selesai dalam tempoh dua minggu.
Amaran ribut petir dan hujan lebat di 12 negeri
Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran ribut petir dan hujan lebat di 12 negeri termasuk Sabah dan Sarawak sehingga 6 petang ini.
Latihan percubaan PLKN 3.0 bermula Jan 2025 - Adly
Latihan bertempat di Rejimen 515 Askar Wataniah, Kuala Lumpur itu terbuka kepada semua rakyat Malaysia berusia lingkungan 18 hingga 20 tahun.
Allahyarham Tan Sri Ibrahim Saad main peranan isu keamanan di selatan Filipina
Menurut Bekas Timbalan Menteri Pertahanan, Datuk Seri Johari Baharom, Allahyarham Tan Sri Ibrahim Saad ketika menggalas jawatan sebagai Duta Malaysia Ke Filipina, banyak memainkan peranan terutamanya berkait keamanan di selatan Filipina.
ERA hargai pendengar, bersiaran langsung guna trak berkaca
ERA, stesen radio nombor 1 paling legit di Malaysia, sekali lagi mencipta kelainan dengan meraikan kejayaan mereka menerusi acara unik bersiaran secara langsung menggunakan trak berkaca.
Ayah sangat pentingkan pendidikan - Anak sulung Allahyarham Tan Sri Ibrahim Saad
Perjalanan terakhir Allahyarham ke negeri abadi berlangsung dalam keadaan cuaca baik dengan dihadiri lebih 200 orang termasuk ahli keluarga, sahabat handai dan pemimpin politik.
[TERKINI] Komposer veteran Datuk S Atan meninggal dunia
Komposer tersohor, Datuk S. Atan atau nama sebenarnya Hashim Said, meninggal dunia pada usia 75 tahun. Allahyarham menghembuskan nafas terakhir di kediamannya di Kajang pada jam 3.23 petang Sabtu.
Malaysia tidak iktiraf penjenayah rentas sempadan miliki dua kerakyatan - Saifuddin
Malaysia tidak mengiktiraf individu yang mempunyai dua kewarganegaraan, susulan laporan polis Thailand bahawa banyak penjenayah rentas sempadan memiliki dua kad pengenalan.
Fokus Minggu Depan: Antara Trump, multilateral dan kuasa tengah Malaysia
Amir Fareed Rahim mengulas berkenaan pasca Pilihan Raya AS, kembalinya Donald Trump ke White House dan bagaimana Malaysia boleh menjadi kuasa tengah dalam kerencaman geopolitik global.
Pengurus kopitiam bantu tumpaskan 'Geng Muniandy Kopitiam'
Tindakan pantas dan berani seorang pengurus restoran kopitiam di Seksyen 15 membawa kepada penahanan tiga anggota kumpulan pecah masuk restoran dikenali sebagai "Geng Muniandy Kopitiam".a
Anggota polis cedera ditikam di Shah Alam
Koperal Mohamad Azli Hashim singgah di stesen minyak selepas menghantar seorang pegawai untuk menjalani pemeriksaan kesihatan di Hospital Shah Alam.
Wanita bertarung nyawa diikat dalam guni dan dicampak dalam Sungai Klang
Seorang wanita bertarung nyawa hampir setengah jam apabila dipukul dan disumbat ke dalam guni sebelum dicampak ke Sungai Klang.
Geng pecah tabung masjid diberkas
Enam lelaki ditahan kerana disyaki terbabit dalam tujuh kes pecah tabung masjid di daerah Shah Alam.
Jangan timbulkan kekecohan pada perlawanan piala Sultan Selangor 2016 - Polis
Polis memberi amaran keras kepada penonton perlawanan bola sepak Piala Sultan Selangor 2016 di Stadium Shah Alam malam ini supaya tidak menimbulkan kekecohan atau membakar suar.