Dua adik beradik perempuan yang melecur dalam kebakaran di sebuah rumah di Bandar Tasek Mutiara, Simpang Ampat, Pulau Pinang pada petang Khamis meninggal dunia hari ini.
Ketua Polis Daerah Seberang Perai Selatan, Superintendan Lee Chong Chern, memaklumkan dua wanita masing - masing berusia 39 dan 33 tahun itu dilaporkan meninggal dunia pagi tadi selepas mendapatkan rawatan di Hospital Seberang Jaya.
Dalam kejadian jam 4 petang semalam, kedua-dua wanita itu dilaporkan melecur 100 peratus selepas berlaku kebakaran di rumah mereka.
Chong Chern berkata, punca kebakaran berlaku apabila salah seorang mangsa bertindak membakar diri sendiri dipercayai akibat tertekan dengan penyakit misteri dan masalah berat badan yang dihadapinya.
Mangsa yang berusia 39 tahun sebelum itu dikatakan telah bertengkar dengan adiknya sebelum bertindak mengambil petrol yang terletak di belakang pintu bilik terbabit lalu menyimbahnya di seluruh anggota badannya sebelum dia menghidupkan pemetik api.
Pada masa yang sama, api turut menyambar tubuh adik perempuannya yang cuba membantu memadamkan api yang marak pada tubuh kakaknya.
Kejadian turut menyebabkan pembantu rumah wanita warga Myanmar berusia 50 tahun serta dua kanak-kanak lelaki berusia dua dan 12 tahun melecur ketika sama-sama membantu memadamkan api.
Kesemua mangsa kemudiannya dibawa ke Hospital Sungai Bakap (HSB) untuk rawatan.
"Adik wanita itu meninggal dunia pada jam 5.34 pagi manakala wanita terbabit pula meninggal pada jam 11.43 pagi.
“Siasatan yang dijalankan di rumah berkenaan mendapati terdapat lima penghuni ketika kejadian berlaku yang mana suami wanita terbabit keluar bekerja manakala suami adiknya pula sedang menjalani hukuman penjara.
“Tiga mangsa yang melecur kini dilaporkan stabil dan salah seorang sudah dibenarkan pulang ke rumah,” katanya.
Bagaimanapun insiden itu hanya memusnahkan 15 peratus bahagian bilik utama rumah berkenaan.
Chong Chern berkata, wanita itu dikatakan mempunyai penyakit 'kaki gajah' sehingga berat badannya mencecah 180 kg dan disebabkan itu dia selalu berada dalam keadaan kemurungan.
“Wanita berkenaan pernah mendapatkan rawatan ekoran penyakitnya di Chennai, India pada tiga tahun lalu namun tidak mendapatkan sebarang rawatan di hospital negara ini.
“Perkara itu menyebabkan dia sentiasa kemurungan dan selalu bercakap kasar dengan ahli keluarganya kerana tidak boleh menerima hakikat hingga dia bertindak di luar jangka,” katanya.
Kes yang sebelum itu disiasat di bawah Seksyen 307/309 Kanun Keseksaan kerana cubaan bunuh diri kini disiasat dibawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh.
Dewi Nur Harasha Alias
Fri Jul 10 2020
Punca kebakaran berlaku apabila salah seorang mangsa bertindak membakar diri sendiri dipercayai akibat tertekan dengan penyakit misteri dan masalah berat badan yang dihadapinya. - Foto PDRM
Perancis keluarkan waran tangkap terhadap Bashar
Dua majistret penyiasat Perancis telah mengeluarkan waran tangkap terhadap bekas Pemimpin Syria, Bashar al-Assad, atas dakwaan bersubahat dalam jenayah perang, menjadikannya kali kedua tindakan sedemikian diambil oleh pihak berkuasa kehakiman negara itu.
Kelahiran bayi di Korea Selatan pada November tertinggi dalam 14 tahun
Menurut Statistik Korea, seramai 20,095 bayi dilahirkan pada November 2024, menandakan peningkatan 14.6 peratus berbanding 17,530 kelahiran dalam tempoh yang sama tahun sebelumnya.
Trump janji tamatkan konflik, tapi Rusia-Ukraine masih berperang
Rusia dan Ukraine terus melancarkan serangan udara ke atas satu sama lain, walaupun Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump yang baru mengangkat sumpah jawatan, mendakwa kononnya mampu menamatkan perang dalam masa 24 jam.
SHP Batang Kali bukti usaha Kerajaan Selangor kurangkan jejak karbon - Amirudin
Amirudin berkata, pembinaan loji hidrokuasa kecil ini membuktikan kemampuan negeri memimpin usaha menghasilkan penyelesaian tenaga yang lebih bersih dan hijau.
Clinker Line 2 Cahya Mata dijangka siap Mac 2027, bantu tingkat pengeluaran simen Sarawak
Setelah siap, Cahya Mata Cement akan mencapai kapasiti pengeluaran simen tahunan sebanyak 2.4 juta metrik tan.
YouTube uji ciri audio berkualiti lebih tinggi
Jump Ahead membolehkan penonton melangkau terus ke bahagian video yang dirasakan menarik.
AWANI Ringkas: Pertumbuhan ekonomi, potensi rantau ASEAN
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Kes tipu pindah milik tanah: Kerajaan Selangor tanggung kerugian tinggi - Amirudin
Amirudin Shari menegaskan pertindihan ini menyebabkan kerajaan negeri terpaksa membayar ganti rugi kepada pihak terbabit.
Ibu bapa Zayn Rayyan mohon dibebaskan serta-merta
Pasangan berusia 30 tahun itu memohon agar dibebaskan serta-merta daripada satu pertuduhan mengabai kanak kanak-kanak autisme itu.
176 warga asing ditahan di Bukit Bintang
Pengarahnya Wan Mohammed Saupee Wan Yusoff berkata operasi yang bermula 7.15 malam itu dilaksanakan dengan kerjasama Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) berdasarkan aduan orang awam serta risikan.
Saksi nafi pendakwaan kes pegawai polis didakwa bunuh pelajar disegera sebab viral
Saksi menafikan pendakwaan kes itu disegerakan kerana kejadian itu tular di media sosial sehingga mendapat perhatian awam.
Pemandu lori didakwa bunuh lelaki, mayat ditemukan dalam but kereta
Hasbullah didakwa membunuh Shakirin di tepi jalan KM48, Jalan Jemaluang Kahang, antara 6.10 pagi 26 Dis 2024 dan 1.50 tengah hari 28 Dis 2024.
Dera anak 7 tahun hingga mati hanya kerana minta wang saku
Hasil bedah siasat mendapati mangsa meninggal dunia akibat pendarahan pada bahagian ginjal kanan akibat dipukul dengan benda tumpul.
Polis terima laporan kejadian kucing dibunuh dengan kejam
Polis telah menerima laporan mengenai penemuan tiga ekor kucing yang mati dengan keadaan kepalanya berlumuran darah.
Bunuh isteri, anak selepas diminta pergi kerja
Motif pembunuhan dipercayai berpunca daripada 'perang mulut' antara mangsa dan suspek.
Bunuh, rogol doktor: Sukarelawan polis dituduh di mahkamah India
Tuduhan dibuat minggu lalu, manakala Roy berkata, dia "tidak bersalah sama sekali" dan telah dikambing hitamkan.
Lima warga Myanmar ditahan bantu siasatan kes bunuh wanita senegara
Kesemua suspek ditahan secara berasingan di antara 1 tengah hari dan 6.30 petang di kawasan Bandar Teknologi dan Semenyih.
Baru 17 jam bebas, bekas banduan tikam lelaki gara-gara berang dimaki
Berang dimaki, Ade Dwy bertindak menikam dada mangsa dengan pemutar skru yang dipegangnya.
Polis tahan empat lelaki disyaki membunuh
Semua suspek ditahan secara berasingan selepas polis terima laporan pada 4.21 pagi Isnin daripada seorang wanita yang merupakan kakak ipar mangsa.
Kontraktor, anak saudara didakwa bunuh Sabari
Bagaimanapun, tiada pengakuan direkodkan ke atas Mazuan Hanafi, 38, dan Muhd Asyraf Idris, 26, selepas pertuduhan dibacakan.