Seorang wanita hamil antara empat mangsa yang maut dalam kemalangan membabitkan dua buah kenderaan pada Sabtu.
Kemalangan berlaku di Kilometer 31 Jalan Kuala Terengganu-Setiu berhampiran Kampung Pakoh Jaya, Kuala Nerus.
BACA: Empat maut nahas dua kenderaan di Kuala Nerus
Kejadian kira-kira jam 9.20 pagi itu mengorbankan pasangan suami isteri Hafiz Mohd Ibrahim, 29, bersama isterinya yang dipercayai hamil, Siti Nur Shahila, 26, yang dalam perjalanan dari Kelantan menuju ke Kuala Nerus.
Manakala dua lagi yang maut, pemandu kereta Peugeot, Anuar Said, 59, dan isterinya Che Khasliza Che Hussin, 53.
Insiden berkenaan turut menyebabkan anak pasangan itu Nurul Nadirah Anuar, 13, mengalami kecederaan.
Kejadian dipercayai berlaku apabila kereta Peugeot yang dipandu Anuar bertembung dengan kereta Wira Aeroback dari arah bertentangan.
Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Negeri, Superintendan Abd Razak Hassan berkata pertembungan itu menyebabkan keempat-empat mangsa meninggal dunia di tempat kejadian.
Katanya, mangsa yang maut dibawa ke Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ) untuk bedah siasat, manakala mangsa cedera diberi rawatan di hospital sama.
Kes disiasat mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.
Astro Awani
Sat May 25 2019

Kemalangan ini mengorbankan dua pasangan suami isteri. -Foto Astro AWANI

Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak
Google dan pihak berkuasa kewangan Itali capai persetujuan serta menyelesaikan audit cukai bagi tempoh 2015 hingga 2020 tanpa prosiding undang-undang.

Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin
Dalam masa sama, kata Putin, membina semula kepercayaan dengan Amerika Syarikat adalah penting bagi mencapai kemajuan bermakna.

WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.

ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.

Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar
Shandong Taishan FC memutuskan untuk tidak menyertai perlawanan Peringkat Liga Zon Timur menentang Ulsan HD FC dari Korea Selatan semalam.

Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes
Usaha itu selaras dengan komitmen berterusan Jabatan Kesihatan Negeri dalam memusnahkan tempat pembiakan yang boleh merisikokan penduduk.

WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini
Kempen vaksinasi polio besar-besaran dirancang bermula di #Gaza Sabtu ini (22 Februari), dengan sasaran lebih 591,000 kanak-kanak berumur bawah 10 tahun.

Rusia buka kedutaan di tujuh negara Afrika menjelang 2026
Menjelang 2026, Rusia berhasrat untuk membuka kedutaan di Gambia, Liberia, Comoros, Niger, Sierra Leone, Togo dan Sudan Selatan.

Maldives akan usir ekspatriat gagal serah data biometrik
Operasi Kurangi, yang dilancar pada Mei 2024, bertujuan untuk menyediakan penyelesaian kekal kepada isu pendatang tanpa dokumen di Maldives.

Rusia, Syria akan adakan perbincangan peringkat tinggi minggu depan
Rusia dan Syria dijadual mengadakan perbincangan peringkat tinggi minggu depan, kata Menteri Luar Rusia, Sergey Lavrov.

Ayam paprik lauk sahur terakhir arwah mak, ayah
Muhammad Adib berkata walaupun agak mengejar masa, ibunya masih sempat memasak hidangan sahur untuk mereka sekeluarga.

Wanita hamil antara 4 mangsa maut nahas di Kuala Nerus
Kejadian kira-kira jam 9.20 pagi itu mengorbankan pasangan suami isteri Hafiz Mohd Ibrahim, 29, bersama isterinya, Siti Nur Shahila, 26, yang dalam perjalanan dari Kelantan menuju ke Kuala Nerus.