Wanita kedua yang ditahan awal pagi ini berhubung kes pembunuhan abang pemimpin Korea Utara, Kim Jong-nam, adalah pemegang pasport Indonesia.
Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar berkata suspek kedua itu bernama Siti Aishah yang dilahirkan di Serang, Indonesia, pada 11 Feb, 1992.
"Polis juga mengesahkan bahawa identiti suspek itu dikenal pasti menerusi rakaman kamera litar tertutup di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur 2 (klia2) dan wanita itu keseorangan ketika ditahan.
"Siasatan akan berterusan dan tindakan terhadap suspek akan diambil mengikut undang-undang," kata Khalid dalam kenyataan di sini, hari ini.
BACA: TPM Zahid sahkan Kim Chol dan Kim Jong Nam ialah orang yang sama
BACA: Seorang lagi suspek wanita ditahan terkait kematian Kim Chol - KPN Khalid
Tangkapan kedua itu susulan penahanan seorang suspek wanita dikenali sebagai Doan Thi Huong, 29, yang memegang pasort Vietnam, di klia 2 pada pukul 8.20 pagi semalam.
Isnin lepas, Jong-nam, abang kepada pemimpin Korea Utara, Kim Jong-un, dilaporkan berada di klia2 pada pukul 8 pagi untuk menaiki penerbangan ke Macau apabila seorang wanita dikatakan menghampiri mangsa sebelum menyerkup kepalanya dengan kain yang mengandungi cecair beracun.
Jong-nam, yang menggunakan nama Kim Chol, dilaporkan meninggal dunia ketika dalam perjalanan ke Hospital Putrajaya.
Selepas penahanan dua suspek wanita itu, Timbalan Ketua Polis Negara, Tan Sri Noor Rashid Ibrahim berkata lebih banyak tangkapan dijangkakan.
Difahamkan, polis sedang memburu empat lelaki bagi membantu siasatan kes berprofil tinggi itu.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Feb 16 2017

KHALID: Wanita kedua yang ditahan awal pagi ini berhubung kes pembunuhan abang Kim Jong-nam, adalah pemegang pasport Indonesia. - Gambar fail

Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin
Dalam masa sama, kata Putin, membina semula kepercayaan dengan Amerika Syarikat adalah penting bagi mencapai kemajuan bermakna.

WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.

ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.

Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar
Shandong Taishan FC memutuskan untuk tidak menyertai perlawanan Peringkat Liga Zon Timur menentang Ulsan HD FC dari Korea Selatan semalam.

Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes
Usaha itu selaras dengan komitmen berterusan Jabatan Kesihatan Negeri dalam memusnahkan tempat pembiakan yang boleh merisikokan penduduk.

WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini
Kempen vaksinasi polio besar-besaran dirancang bermula di #Gaza Sabtu ini (22 Februari), dengan sasaran lebih 591,000 kanak-kanak berumur bawah 10 tahun.

Rusia buka kedutaan di tujuh negara Afrika menjelang 2026
Menjelang 2026, Rusia berhasrat untuk membuka kedutaan di Gambia, Liberia, Comoros, Niger, Sierra Leone, Togo dan Sudan Selatan.

Maldives akan usir ekspatriat gagal serah data biometrik
Operasi Kurangi, yang dilancar pada Mei 2024, bertujuan untuk menyediakan penyelesaian kekal kepada isu pendatang tanpa dokumen di Maldives.

Rusia, Syria akan adakan perbincangan peringkat tinggi minggu depan
Rusia dan Syria dijadual mengadakan perbincangan peringkat tinggi minggu depan, kata Menteri Luar Rusia, Sergey Lavrov.

Nilai pelaburan asing diluluskan Januari-September 2024 berjumlah RM254.7 bilion
Jumlah itu melibatkan 4,753 projek dan dijangka menjana sebanyak 159,347 peluang pekerjaan baharu.

Doan dipenjara tiga tahun empat bulan, cederakan Kim Chol
Bernasib baik kerana pendakwaan menawarkan pertuduhan alternatif yang hanya membawa hukuman penjara 10 tahun berbanding pertuduhan asal iaitu membunuh yang memperuntukkan hukuman mati mandatori.

Wanita Vietnam mengaku bersalah cederakan Jong-nam
Pendakwaan meminda pertuduhan bunuh terhadap wanita itu menurut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kepada pertuduhan alternatif mengikut Seksyen 324 Kanun Keseksaan iaitu dengan sengaja menyebabkan cedera.

Keputusan henti pertuduhan kuasa Peguam Negara - Liew
Keputusan untuk meneruskan atau memberhentikan sebarang pertuduhan terhadap seseorang terletak di atas budi bicara Peguam Negara, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Liew Vui Keong.

Kes bunuh Jong-Nam: Pendakwaan diperintah serah rakaman percakapan saksi
Keputusan berkenaan dibuat panel tiga hakim Mahkamah Rayuan diketuai Datuk Umi Kalthum Abdul Majid.

Pembunuhan Jong-nam mungkin bermotif politik
Mahkamah Tinggi di sini tidak menolak kemungkinan pembunuhan warga Korea Utara, Kim Chol atau Kim Jong-nam pada Februari 2017 mempunyai motif politik.

Tertuduh kes bunuh Jong-nam diminta bela diri
Mahkamah Tinggi mengarahkan warga Indonesia, Siti Aishah dan warga Vietnam, Doan Thi Huong untuk membela diri dalam kes pembunuhan Kim Jong-nam.

Kim Chol sukar bernafas sebab paras enzim cholinesterase rendah - doktor
Pegawai Perubatan Jabatan Patologi HKL Dr Nur Suraya Jamalludin berkata, kekurangan enzim cholinesterase akan menyebabkan paru-paru seseorang individu mengeluarkan bunyi berdehit.

Tertuduh warga Vietnam ditahan dalam kereta Uber - polis
Perkara itu dimaklumkan oleh anggota Balai Polis Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur 2 (klia2) yang kemudiannya membawa Doan ke balai polis itu.

Kes bunuh Jong Nam: Perbicaraan di Jabatan Kimia Isnin ini - Hakim
Ia susulan permohonan pihak peguam bela tertuduh pertama, Siti Aisyah untuk melihat bahan bukti sebelum ia diserahkan kepada mahkamah.

Enzim kurang punca otot dan jantung Jong Nam gagal berfungsi - Pakar
Kandungan enzim cholinesterase dalam badan Kim Chol berada tahap rendah berbanding manusia normal.