Isteri Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor berkata usaha memupuk wanita muda menjadi pemimpin yang cekap dan berwibawa adalah penting untuk masa depan negara dan rantau ASEAN.
Jelasnya, mereka mampu mencapai kejayaan dengan sokongan dan kerjasama daripada semua pihak.
"Marilah kita memberi peluang kepada golongan wanita muda dengan persekitaran yang menggalakkan selain memupuk keupayaan kepimpinan mereka serta memastikan potensi mereka sebagai pemimpin dimanfaatkan sepenuhnya," kata beliau semasa berucap merasmikan Persidangan Kepimpinan Wanita Muda ASEAN 2015 pada Ahad.
Beliau juga menggalakkan wanita muda agar melibatkan diri mereka dalam bidang sains, kejuruteraan dan teknologi.
"Wanita muda perlu mengasah bakat mereka dan meningkatkan pengetahuan dalam bidang berkenaan agar mereka kekal relevan dalam era globalisasi dan digital," ujar beliau.
Tegas Rosmah, memiliki ijazah semata-mata bukan jaminan untuk mereka mendapat pekerjaan.
"Mempunyai segulung ijazah tidak menjanjikan mereka akan mendapat pekerjaan. Hari ini majikan bukan sahaja melihat ijazah, tetapi mereka juga mahukan wanita ada potensi masa hadapan.
"Majikan memerlukan pekerja yang mampu memimpin kumpulan dan menjadi perintis dalam bidang berkenaan," ujar beliau.
Sebagai pemimpin, wanita muda perlu komited dalam menceburi kemahiran baru untuk memastikan mereka kekal dalam pasaran kerja.
Pada masa sama, mereka disaran mewujudkan jaringan kerjasama bagi mewujudkan hubungan strategik antara satu sama lain.
"Bekerja seorang diri adalah sukar dan tidak mampu mencapai hasil yang positif. Jaringan menyediakan akses kepada sumber baharu, maklumat dan perhubungan," ujar Rosmah.
Rahimah Abdullah
Sun Nov 08 2015
ROSMAH: Wanita muda perlu mengasah bakat mereka dan meningkatkan pengetahuan dalam bidang berkenaan agar mereka kekal relevan dalam era globalisasi dan digital. - Gambar fail
AWANI Ringkas: Pemandu treler didakwa esok
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
AWANI 7:45 [17/11/2024] – Laungan perdagangan bebas dan adil | Rasuah perolehan projek mineral | Filipina tingkat tuntutan terhadap Sabah | Pendirian tolak Israel
Laporan berita padat dan ringkas #AWANI745 bersama Nickyson Nyambar
Tumpuan #AWANI745 malam ini:
- Dari APEC ke G20, Malaysia bimbang trend sekatan perdagangan negara kuasa besar
- SPRM rakam keterangan lima Adun Sabah, Hajiji pula minta Sabah bersatu
- Walau apapun jadi, peta Malaysia tidak akan berubah, Filipina lulus akta baharu
- Tindakan tegas kalau fitnah PM sokong Israel, kata Saifuddin
Saksikan #AWANI745 di saluran 501 Astro AWANI, Astro AWANI apps dan astroawani.com/live-tv
Tumpuan #AWANI745 malam ini:
- Dari APEC ke G20, Malaysia bimbang trend sekatan perdagangan negara kuasa besar
- SPRM rakam keterangan lima Adun Sabah, Hajiji pula minta Sabah bersatu
- Walau apapun jadi, peta Malaysia tidak akan berubah, Filipina lulus akta baharu
- Tindakan tegas kalau fitnah PM sokong Israel, kata Saifuddin
Saksikan #AWANI745 di saluran 501 Astro AWANI, Astro AWANI apps dan astroawani.com/live-tv
Malaysia komited bantu isu halal, martabat Islam di Brazil - PM
Malaysia juga kata Anwar, akan menggerakkan usaha membantu aktiviti masjid tunggal di Rio de Janeiro iaitu Masjid Luz.
PTPTN akan keluar kenyataan rasmi berhubung cadangan henti pembiayaan - Zambry
Zambry berkata, PTPTN akan berbuat demikian setelah meneliti beberapa aspek dan faktor secara menyeluruh sebelum membuat sebarang keputusan.
Angka kematian di Semenanjung Gaza meningkat kepada 43,846, cedera 103,740
Pasukan pendudukan Israel melakukan enam pembunuhan beramai-ramai terhadap keluarga di Semenanjung Gaza dalam tempoh 24 jam yang lepas.
Ketua Suruhanjaya Pilihan Raya Georgia disimbah cat hitam
Giorgi Kalandarishvili diserang oleh seorang pegawai parti pembangkang, David Kirtadze pada mesyuarat badan pilihan raya Georgia di Tbilisi.
Kerajaan ingin jadikan aset tanah di Kelantan pemangkin ekonomi industri makanan, pertanian
Di Kelantan, aset tanah masih banyak yang belum diterokai dan Kerajaan Persekutuan sedang memikirkan cara aset-aset itu boleh dimanfaatkan.
Lee Lam Thye seru PDRM rombak latihan, utamakan nilai, etika dan integriti
Tan Sri Lee Lam Thye menyatakan sokongan terhadap kenyataan Ketua Polis Negara berhubung cabaran semasa yang dihadapi pasukan polis.
Jam saku diberikan kepada kapten bot selamatkan penumpang Titanic, dijual pada harga GBP1.56 juta
Ia adalah jumlah tertinggi yang pernah dibayar untuk memorabilia Titanic, menurut rumah lelongan Henry Aldridge and Son.
Xi adakan pertemuan dengan Biden di Lima
Xi menyatakan kepada Biden bahawa dalam empat tahun kebelakangan ini, hubungan China-AS mengalami pasang surut.
Kerjasama ASEAN, APEC kekal agenda utama pastikan pembangunan mampan, integrasi ekonomi
Komitmen tersebut akan terus memperkukuh kedudukan negara dalam membentuk masa depan ekonomi Asia-Pasifik yang lebih inklusif, mampan dan berdaya saing.
Malaysia di landasan tepat jadi hab perniagaan bagi pihak berkepentingan Perancis di ASEAN
Kedudukan Malaysia, dengan ekonomi yang kukuh dan pelbagai, menawarkan akses yang tiada tandingan kepada blok ASEAN yang pesat berkembang.
Anwar gesa anggota APEC iktiraf potensi sekutu bukan tradisional
Anwar berkata "perkongsian dengan ASEAN, Kesatuan Afrika dan rangkaian digital rentas sempadan boleh takrifkan semula daya tahan global kita."
Pelanggaran sempadan maritim: Sabah serah kepada Persekutuan untuk tindakan
Kerajaan Sabah menyerahkan kepada Kerajaan Persekutuan dan Wisma Putra dalam usaha mendepani serta mengambil tindakan lanjut mengenai isu dua akta maritim baharu Filipina.
Ringgit ditutup tinggi berbanding dolar US
Ringgit meningkat semula pada Jumaat selepas mencatatkan kerugian baru-baru ini untuk ditutup lebih tinggi berbanding mata wang Amerika Syarikat (AS) minggu ini.
Ringgit dibuka tinggi berbanding dolar AS
Pada 8 pagi, mata wang tempatan diniagakan pada 4.4810/4885 berbanding dolar AS daripada 4.4840/4870 pada Khamis.
APEC 2024: ASEAN perlu manfaat sumber, capai kemapanan ekonomi - PM Anwar
Sasaran boleh dicapai melalui kerjasama konkrit dengan perniagaan yang boleh dihubungkan melalui Kaukus ASEAN di dalam ABAC.
Malaysia dan Peru kukuhkan kerjasama ekonomi terutama dalam sektor halal
Menerusi Memorandum Persefahaman (MOU) terbaru, Malaysia akan menyokong usaha Peru untuk membangunkan rangka kerja pensijilan halal.
Tema APEC 2024 selaras dengan tema 'Keterangkuman dan Kelestarian' ASEAN 2025
Tema AELW 2024, "Empower, Include, Grow", selaras dengan tema ASEAN 2025 iaitu "Keterangkuman dan Kelestarian" yang akan dipengerusikan oleh Malaysia tahun depan.
Malaysia akan kekal berkecuali, komited menjadi negara destinasi pelaburan selamat – Tengku Zafrul
Dalam suasana perang teknologi yang kian memuncak antara ekonomi-ekonomi besar dunia, Malaysia perlu kekal berkecuali dan tidak cenderung kepada mana-mana pihak.