Cuaca dingin berselang seli dengan hujan renyai-renyai tidak dihiraukan oleh sekumpulan 200 warga Kuching untuk menghadiri upacara khas nyalaan lilin di perkarangan Tebingan Sungai Kuching di sini sempena memperingati genap setahun pemergian Ketua Menteri Sarawak keenam, Allahyarham Tan Sri Adenan Satem.
Penganjur majlis Robert Liew berkata, kebanyakan yang datang adalah mereka yang benar-benar ingin menzahirkan betapa mereka amat terasa kehilangan dan amat merindukan pemimpin yang menjadi idola kebanyakan penduduk Sarawak itu.
Beliau berkata walaupun hujan, namun ia tidak mematahkan semangat orang ramai untuk datang seawal 7 malam pada Khamis, berkumpul, menyalakan lilin dan menghayati rakaman ucapan Adenan atau lebih dikenali dengan panggilan 'Tok Nan'.
"Malam ini, semua masyarakat tanpa mengira bangsa dan agama datang bersama-sama menyalakan lilin bagi memperingatinya. Upacara yang sama turut kami adakan di bandar Miri dan Johor Bahru," katanya kepada pemberita ketika ditemui di sini.
Allahyarham meninggal dunia di Pusat Jantung Hospital Umum Sarawak pada 11 Jan 2017 akibat komplikasi jantung dan tempatnya diambil alih Datuk Patinggi Dr Abang Johari Tun Openg.
Gaya kepimpinan Allahyarham yang bersahaja, berjaya menawan hati ramai penduduk Sarawak, dan kewibawaannya terbukti menerusi keupayaan beliau untuk mengembalikan sokongan kaum Cina berdasarkan kejayaan cemerlang kerajaan Barisan Nasional (BN) pada Pilihan Raya Negeri ke-11 (PRN11) pada 2016.
Pada PRN itu BN berjaya membolot 72 daripada 82 kerusi Dewan Undangan Negeri yang dipertandingkan.
Majlis berakhir sekitar 9.15 malam dengan sekumpulan penunggang basikal beramai-ramai berkonvoi di sepanjang Tebingan Sungai Kuching itu sebelum bersurai. -- Bernama
Bernama
Thu Jan 11 2018
Allahyarham meninggal dunia di Pusat Jantung Hospital Umum Sarawak pada 11 Jan 2017 akibat komplikasi jantung. - BERNAMA/Fail
TFC perlu kekal fokus, pastikan layak ke suku akhir
Badrul Afzan Razali berkata momentum kemenangan itu perlu diteruskan dalam perlawanan timbal balik di Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin.
#AWANIRingkas 24 November 2024 | 9 AM
Berikut merupakan rangkuman berita setakat 9 pagi, 24 November 2024
1️⃣ Mangsa menurun 481 di enam negeri pagi Ahad
2️⃣ MCMC teliti notis bencana terus ke telefon tanpa SMS
3️⃣ Kertas siasatan kes Faisal Halim dirujuk ke Peguam Negara
#awaniringkas
1️⃣ Mangsa menurun 481 di enam negeri pagi Ahad
2️⃣ MCMC teliti notis bencana terus ke telefon tanpa SMS
3️⃣ Kertas siasatan kes Faisal Halim dirujuk ke Peguam Negara
#awaniringkas
23 terbunuh, 45 cedera dalam serangan udara terbaharu Israel di timur Lubnan
Israel membunuh 23 orang dan mencederakan 45 yang lain pada Sabtu dalam siri serangan udara yang menyasarkan beberapa bandar.
Trump rancang pecat pasukan peguam penyiasat Jack Smith
Presiden terpilih Amerika Syarikat Donald Trump, dilaporkan merancang untuk memecat keseluruhan pasukan Peguam Khas Jack Smith.
Menurut media tempatan, ia susulan pasukan itu yang menyiasat penglibatannya dalam insiden rusuhan di Capitol pada 2021 serta kes dokumen sulit.
Menurut media tempatan, ia susulan pasukan itu yang menyiasat penglibatannya dalam insiden rusuhan di Capitol pada 2021 serta kes dokumen sulit.
Ong Kim Swee hampir pasti ke kelab tiga tercorot Indonesia, Persis Solo
Tiada pengesahan rasmi daripada kelab tersebut sebaliknya bakal mengumumkan kehadiran pengurus berpengalaman itu pada esok.
Cadangan tertakluk justifikasi kerajaan negeri - Azalina
Cadangan Johor untuk memperkenalkan waktu bekerja empat hari setengah seminggu adalah tertakluk kepada justifikasi kerajaan negeri.
Lawatan PM Anwar kukuh perkongsian global Malaysia di sebalik ketidaktentuan geopolitik
Chong berkata usaha Anwar untuk mengukuhkan kedudukan Malaysia wajar dihargai.
China lanjut pengecualian visa pelancong rakyat Malaysia 30 hari mulai 30 November
Rakyat Malaysia yang memasuki China bakal menikmati pengecualian visa pelancong sehingga 30 hari berbanding ketika ini 15 hari.
Empat individu cemas, rumah kedai terbakar di Kajang
Empat individu termasuk dua wanita dan dua lelaki terselamat dalam insiden kebakaran yang memusnahkan sebuah rumah kedai dua tingkat dan tiga unit kedai berkembar di Jalan Sungai Chua, Kampung Sungai Chua, awal pagi Ahad.
Udit Narayan galak penyanyi bakat baharu Malaysia kekal dedikasi dan kerja keras
Malaysia, pada pandangan Udit, menghargai dunia muzik serta penyanyi-penyanyi berbakat.
60 tahun merdeka, nadi juang Tok Nan masih terasa
Katanya, warisan kepimpinan harus diperkasakan agar negeri ini maju, aman dan makmur, serta dikenali masyarakat.
Biasiswa Kursi Tok Nan RM2.4 juta untuk kajian etnik minoriti Sarawak
Kementerian Pelancongan, Kesenian dan Kebudayaan Sarawak memperuntukkan biasiswa Kursi Tok Nan berjumlah RM2.4 juta untuk menjalankan kajian mengenai etnik-etnik minoriti di negeri itu.
Mengenang Tok Nan: "Tuhan nyuruh aku bantu rakyat!"
Tan Sri Adenan Satem pernah diingatkan kerja kuat boleh mendatangkan risiko kesihatan terhadapnya, namun beliau tidak peduli, beliau masih gigih memilih untuk berbakti kepada negeri Sarawak.
Tok Nan terus dirindui ...
Hari ini, genap empat tahun pemergian pemimpin kesayangan Sarawak, Allahyarham Tan Sri Adenan Satem atau lebih mesra dengan panggilan Tok Nan.
Perkhidmatan Feri Triso henti operasi empat tahun lagi - Abang Jo
Dengan kos RM848 juta, jambatan terpanjang di Malaysia dengan jarak 5.2 kilometer itu dijangka siap dalam tempoh empat tahun lagi.
Jangan ubah hanya kerana mahukan perubahan - Masing
Tan Sri Dr James Jemut Masing mahu rakyat negeri itu untuk terus beri mandat kepada Gabungan Parti Sarawak (GPS) untuk pastikan usaha memacu pembangunan dan ekonomi tidak terhenti.
Hari Sarawak, Hari Malaysia, Hari Kebangsaan
Betulkah Sarawak merdeka pada 22 Julai 1963? Tanggal 22 Julai diisytiharkan sebagai Hari Sarawak dan cuti umum mulai 2016 di sebalik sentimen nasionalisme negeri yang menggelegak ketika itu.
GPS mampu pastikan hak Sarawak kembali terjamin
Gabungan Parti Sarawak (GPS) akan terus memastikan agenda mendapatkan hak negeri itu, seperti mana termaktub di bawah Perjanjian Malaysia 1963
Rindu akan Tok Nan masih tebal biar dua tahun berpergian abadi
Amat jarang dalam sejarah Sarawak, pemergian seorang pemimpin diratapi dan diruntuni. Namun tidak bagi Pehin Sri Adenan Satem, atau Tok Nan, negarawan 72 tahun yang menghembuskan nafas terahirnya.
Kelantangan Tok Nan dirindui
11 Januari 2019 genap 2 tahun pejuang Bumi Kenyalang, Allahyarham Tan Sri Adenan Satem atau lebih mesra digelar Tok Nan bertemu Sang Pencipta.