Agensi agama di negara ini perlu memanfaatkan penggunaan aplikasi media sosial tertutup seperti WhatsApp dan Telegram sebagai medium baharu untuk menyebarkan isu-isu keagamaan kepada masyarakat, kata Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki.
Beliau berkata aplikasi demikian yang menjadi trend baharu adalah lebih 'berkuasa' dan memberikan impak lebih baik kerana mudah tular serta dekat dengan masyarakat berbanding aplikasi bersifat terbuka seperti Facebook, Instagram atau Twitter.
"Jadi saya sarankan agensi agama memanfaatkan segala aplikasi ini dan bukan sekadar guna medium forum atau diskusi sahaja untuk sebar luaskan pengetahuan terutama dalam membicarakan isu perkahwinan serta punca penceraian yang mampu dijadikan iktibar," katanya ketika merasmikan program diskusi 'Sah Nikah Sah Nasab' dan pelancaran Buku Kompilasi Kes-Kes Runding Cara Jabatan Agama Islam Wilayan Persekutuan (JAWI) di Kompleks Pusat Islam JAWI di sini, pada Khamis.
Program yang disertai kira-kira 1,100 peserta terdiri daripada pelajar sekolah dan kakitangan JAWI itu turut dihadiri Pengarah JAWI Abdul Aziz Jusoh dan Ketua Pendaftar Jabatan Kehakiman Syariah Selangor Noor Huda Roslan.
Mengulas lanjut pada sidang media, Asyraf Wajdi berkata dunia kini adalah dunia tular yang mempunyai 'kelompok tular' iaitu individu yang gemar menyebarluaskan sesuatu perkara melalui media sosial sama ada terbuka atau tertutup.
Justeru beliau berharap supaya sebarang aktiviti atau isu keagamaan bukan sahaja dibukukan atau disebarkan dalam bentuk fizikal namun turut disebarkan melalui aplikasi yang lebih dekat dengan masyarakat supaya lebih ramai mendapat manfaat.
Mengenai pelancaran buku runding cara terbitan JAWI itu, Asyraf Wajdi berkata ia merupakan satu inisiatif berguna yang mampu memberi pencerahan mengenai isu perkahwinan dan kekeluargaan kepada masyarakat.
Buku percuma 75 muka surat itu adalah kompilasi pengalaman runding cara keluarga yang dikendalikan oleh pegawai agama Bahagian Perkahwinan dan Pembangunan Keluarga JAWI yang mengandungi himpunan kisah benar isu-isu kekeluargaan dan cadangan jalan penyelesaian yang boleh dijadikan panduan pasangan suami isteri dan keluarga.
Selain itu, program 'Sah Nikah Sah Nasab' yang diadakan sejak 2013 bertujuan memberi pendedahan kepada para peserta mengenai isu-isu terkini keluargaan serta hukum hakam perkahwinan bagi memberi kesedaran kepada masyarakat untuk terus mengekalkan keharmonian dan keamanan keluarga masing-masing.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Aug 10 2017

Asyraf Wajdi berkata dunia kini adalah dunia tular yang mempunyai 'kelompok tular' iaitu individu yang gemar menyebarluaskan sesuatu perkara melalui media sosial sama ada terbuka atau tertutup.

Kadar zakat fitrah di Selangor RM7, RM15 dan RM22
Kadar zakat fitrah di Selangor bagi Ramadan tahun ini ditetapkan pada RM7, RM15 dan RM22 seorang, mengikut jenis serta gred beras yang dimakan.

Kebajikan rakyat perlu terus jadi keutamaan, diuruskan sebaiknya- PM Anwar
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menyeru agar kepedulian terhadap kebajikan rakyat, terus menjadi keutamaan dan diuruskan dengan baik.
Penagih tegar Bukit Malut kena cekup
AADK Kedah menyerbu lokasi pengedaran dan pengambilan dadah di Bukit Malut, dalam operasi Op Perdana.

MITI jangka jumlah perdagangan meningkat lima peratus pada 2025 - Tengku Zafrul
MITI menyasarkan jumlah perdagangan meningkat lima peratus pada 2025 daripada RM2.879 trilion dicatatkan pada tahun lepas.

Muhammad Hafiz rangkul gelaran antarabangsa pertama di Dubai
Muhammad Hafiz mendahului kedudukan selepas lapan permainan dengan melakukan 1,744 jatuhan pin di Pusat Boling Antarabangsa Dubai, Al Mamzar.

Polis buru kumpulan warga Indonesia menyamun bersenjata parang
Suspek bergerak dalam kumpulan dua ke tiga orang, telah melarikan wang tunai serta barang kemas dianggarkan bernilai RM5,000.

Selangor kekal larangan guna khidmat imam luar untuk solat tarawih
Larangan itu selari dengan arahan dikeluarkan Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) sejak 2015.

Bangkai paus ditemukan terdampar di Pantai Sungai Miang
Bangkai itu dijumpai oleh nelayan kira-kira 4 petang, yang pada awalnya menyangkakan benda terbabit merupakan bongkah kayu besar.

4 pegawai bekas PM ditahan: SPRM panggil beberapa individu, kenamaan bantu siasatan
SPRM akan memanggil beberapa individu termasuk kenamaan dalam masa terdekat untuk membantu siasatan membabitkan penahanan empat pegawai yang mempunyai kaitan dengan bekas Perdana Menteri.

Bekas pengawal keselamatan dilapor hilang ditemukan meninggal dunia
Bekas pengawal keselamatan yang dilaporkan hilang selepas dipercayai pergi ke Gua Beringin, Chuping semalam ditemukan meninggal dunia.

Mara sasar kurangkan pinjaman tidak berbayar kepada 30 peratus
Majlis Amanah Rakyat (Mara) menyasarkan untuk mengurangkan pinjaman tidak berbayar (NPL) yang ditanggung agensi itu di bawah paras 30 peratus tahun ini.

Tempoh lantikan Asyraf Wajdi sebagai Pengerusi MARA disambung dua tahun
Tempoh lantikan Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki sebagai Pengerusi Majlis Amanah Rakyat (MARA) disambung dua tahun lagi berkuat kuasa 1 Mac ini.

Kes saman Dzulkefly terhadap Asyraf Wajdi selesai secara baik
Kes saman difailkan Dr Dzulkefly terhadap Datuk Asyraf Wajdi Dusuki berhubung hantaran dalam aplikasi X yang didakwa memfitnah Menteri Kesihatan itu selesai secara baik.

Semakan tawaran kemasukan MRSM 2025 diumum Isnin - Pengerusi MARA
Semakan tawaran kemasukan ke Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) bagi 2025 akan diumumkan pada Isnin ini.

Hutang RM1 juta: Mara gesa Che Ta, anak hadir ke pejabat
Mara menggesa pelakon Rozita Che Wan dan anak sulungnya, Ammar Effendy agar hadir di pejabat majlis itu untuk membincangkan mengenai pembayaran hutang hampir RM1 juta.

Boleh peraga kemewahan di media sosial tapi hutang wajib bayar - Asyraf Wajdi
Pengerusi MARA, Datuk Asyraf Wajdi Dusuki menegaskan mana-mana pihak yang berhutang wajib membayar pinjaman tersebut.

Mara sasarkan jualan usahawan RM100 juta di MIHAS Dubai
Mara menyasarkan untuk meraih potensi jualan mencecah RM100 juta melalui penyertaan 17 usahawan Program Gate to Global (GTG) di Pameran Halal Antarabangsa Malaysia (MIHAS) Dubai.

'You touch you go!' - Asyraf Wajdi ingatkan jangan sorok kes buli di MRSM, IPMa
Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi telah mengarahkan agar tindakan tegas diambil ke atas pengetua terbabit, jika terdapat kes buli yang 'disorokkan'.

Ramli Mohd Nor jadi Orang Asli pertama angkat sumpah ahli MKT UMNO
Jelas beliau, Ramli menjadi Orang Asli pertama yang dilantik sebagai ahli MKT UMNO.

Jangan angkuh, bongkak dengan kemenangan di DUN Mahkota - MKT UMNO
MKT juga berpandangan kemenangan di DUN Mahkota memberikan isyarat jelas bahawa rakyat menerima baik model kerjasama Kerajaan Perpaduan.