Sekeping roti empat segi setebal kira-kira satu inci (2.54 sentimeter) dibakar perlahan-lahan selama satu minit dan setelah itu, Wong Nye Hua, 63, meletakkan sebiji telur separuh masak dan empat sudu kaya buatan sendiri di setiap penjuru roti tersebut sebelum dihantar kepada pelanggan yang mengunjungi Kopitiam Kita.
Roti tersebut, yang diberi nama 'Roti Titab' menjadi buruan terutama kepada pelancong domestik sehingga ada yang sanggup menaiki kapal terbang dari Kuala Lumpur ke Kota Bharu untuk mencuba keunikan rasa roti itu.
Berkongsi pengalaman bagaimana mencipta roti itu, Wong yang merupakan pemilik kopitiam itu berkata ia bermula pada 2010 ketika sedang bercuti ke Guangzhou, China selepas melihat bagaimana peniaga di sana mengambil sarapan pagi sebelum memulakan hari mereka.
"Di Guangzhou, saya lihat terdapat pelbagai roti dijual dan antara yang popular adalah roti yang dimakan bersama telur dan sos tomato.
Daripada situ, tercetus idea kepada saya untuk mencipta Roti Titab dan mula diperkenalkan kepada pelanggan hampir 10 tahun lepas," katanya ketika ditemui di Kopitiam Kita di Taman Desa Jaya, Jalan Pengkalan Chepa di sini, pada Isnin.
Beliau berkata di peringkat awal, beliau memberi secara percuma Roti Titab kepada pelanggan yang singgah untuk menikmati sarapan pagi bagi mendapatkan reaksi mereka.
"Hampir sebulan saya memberi Roti Titab secara percuma kepada pelanggan dan ada yang mengatakan makanan itu sangat sedap sebelum ia tersebar dari mulut ke mulut dan kemudian tular di laman media sosial.
Sejak itu, Roti Titab menjadi 'hidangan pengenalan' di kopitiam yang saya usahakan sejak 14 tahun yang lepas," katanya yang kini mempunyai 30 pekerja berbangsa Melayu bagi menguruskan kopitiam yang dibuka setiap hari bermula pukul 6.30 pagi sehingga 2.30 petang itu.
Ditanya bagaimana mendapat idea memberi nama Roti Titab itu, Wong berkata beliau melihat roti berkenaan tebal seperti sebuah kitab dan menukar namanya menjadi Titab.
"Roti ini pula dibekalkan oleh sebuah kedai roti yang membuat khusus roti berkenaan untuk kopitiam saya," katanya.
Oleh kerana Roti Titab yang semakin popular dan ramai peniaga yang meniru pembuatannya, Wong memutuskan untuk mematenkan nama Roti Titab melalui Perbadanan Harta Intelek Malaysia pada 2016 dan kini dalam proses untuk mematenkan cara pembuatan roti berkenaan pula.
Wong berkata beliau mampu menjual antara 400 hingga 500 keping Roti Titab setiap hari dan ia kini mempunyai 20 jenis Roti Titab yang berbeza.
"Secara asasnya, Roti Titab mempunyai dua perisa (kaya) iaitu klasik dan pandan, dan bagi setiap perisa mempunyai lapan jenis perisa yang berbeza seperti Roti Titab Scrambled, Roti Titab Miskin dan Roti Titab Telur Mata.
Harga pula serendah RM5 bagi Roti Titab biasa dan untuk Roti Titab Special (Istimewa) pula adalah RM6," katanya.
Sementara itu, seorang pelanggan, Shahrir Rahim, 34, dari Kampung Padang Sakar, Salor di sini, berkata ia merupakan kunjungan kali kedua beliau ke Kopitiam Kita untuk merasai keunikan Roti Titab.
Shahrir, yang menetap di Kulim, Kedah berkata beliau berkunjung kali pertama ke kedai itu kira-kira empat bulan yang lepas ketika pulang ke kampung setelah diajak rakan-rakannya untuk bersarapan di situ.
"Saya juga pernah melihat mengenai Roti Titab ini di media sosial selepas ia ditularkan dan kebetulan ketika pulang bercuti ke kampung, ada rakan ajak ke kedai ini.
Hari ini saya bawa pula isteri dan adik ipar perempuan untuk merasai keunikan Roti Titab sebelum pulang ke Kedah malam ini," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Dec 24 2019
Wong melayan sebahagian pelanggan yang menikmati Roti Titab di kopitiam miliknya yang terletak di Taman Desa Jaya, Jalan Pengkalan Chepa, Kota Bharu, 23 Dis, 2019. --fotoBERNAMA
10 Berita Pilihan - (15 November 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Pelanggaran sempadan maritim: Sabah serah kepada Persekutuan untuk tindakan
Kerajaan Sabah menyerahkan kepada Kerajaan Persekutuan dan Wisma Putra dalam usaha mendepani serta mengambil tindakan lanjut mengenai isu dua akta maritim baharu Filipina.
Pentagon: Laporan UFO meningkat, lebih 700 kes didokumenkan
Lebih 700 laporan mengenai UFO dibuat pada tahun lepas, menurut laporan yang diterbitkan pada Khamis oleh Pentagon dan laporan Pengarah Perisikan Negara.
Amaran taufan: Rakyat Malaysia di Filipina dinasihatkan berwaspada
Malaysia sedang memantau rapi kesan Taufan Usagi atau dikenali Ofel yang telah melemah dengan ketara pada Jumaat selepas menyebabkan kerosakan di bandar utara Filipina.
Kes demam denggi meningkat pada ME 45, dua kematian dilaporkan
Kes demam denggi dilaporkan meningkat kepada 1,583 kes pada Minggu Epidemiologi (ME) 45 bagi tempoh 3 hingga 9 Nov lepas berbanding 1,346 kes pada minggu sebelumnya.
AWANI 7:45 [15/11/2024] – Pendidikan dan latihan kepada masyarakat | Individu lindungi lombong bauksit | Maruah sang saka biru tercalar
Laporan berita padat dan ringkas AWANI745 bersama Syaff Shukri
1. Demokrasi pendidikan, kunci utama cabaran AI global
2. SPRM serbu lombong bauksit, tiga individu ditahan, termasuk pegawai kerajaan
3. Ketua Polis Negara bimbang, polis jadi penjenayah
4. Masih ramai tak serik, setiap tahun mangsa jenayah dalam talian meningkat
1. Demokrasi pendidikan, kunci utama cabaran AI global
2. SPRM serbu lombong bauksit, tiga individu ditahan, termasuk pegawai kerajaan
3. Ketua Polis Negara bimbang, polis jadi penjenayah
4. Masih ramai tak serik, setiap tahun mangsa jenayah dalam talian meningkat
Tiga lemas dihanyutkan kepala air ketika aktiviti 'water rafting'
Tiga individu meninggal dunia dipercayai lemas akibat dihanyutkan kepala air ketika mengikuti rakit arus deras di Sungai Kampar di sini, pada Jumaat.
Belanjawan Sabah 2025: Bantuan RM300 sebulan untuk golongan miskin dan miskin tegar
Kerajaan Sabah memberi bantuan RM300 sebulan untuk tempoh setahun kepada golongan miskin dan miskin tegar di negeri ini menerusi Belanjawan Sabah 2025.
Nama Allahyarham Tun Daim dalam ingatan jemaah masjid di Gold Coast
Nama Allahyarham Tun Daim Zainuddin, tokoh negarawan Malaysia, terus hidup dalam ingatan, biarpun berada lebih 6,000 kilometer dari tanah air.
AWANI Ringkas: Malaysia tidak pernah iktiraf negara haram Israel
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
7 cedera selepas penerbangan Scoot ke Guangzhou dilanda gelora
Empat penumpang dan tiga kru cedera selepas sebuah penerbangan Scoot dari Singapura ke Guangzhou, China dilanda gelora udara pada pagi Jumaat.
Bapa Umi Azlim harap dapat jumpa anaknya sebelum menghembuskan nafas terakhir
Umi Azlim bakal dibebaskan pada 2030 selepas hukumannya diringankan dan diganti dengan penjara seumur hidup.
Sukan Asia: Ayuh Malaysia, bangkit ke arah Paris 2024!
China merupakan juara keseluruhan Sukan Asia sejak 1982 dan sebagai tuan rumah bagi edisi kali ini, sudah pasti mereka mahu menggapai kegemilangan yang luar biasa apabila acara berpingat bermula secar
5 maut, 13 cedera kereta rempuh pejalan kaki di China
Kejadian berlaku ketika waktu puncak pada jam 5.25 petang di sebuah persimpangan sibuk di Guangzhou pada petang Rabu.
Final Jelajah Dunia BWF: Malaysia tidak tolak batal penyertaan
Ia bergantung kepada mesyuarat badan induk negara itu dengan pihak berwajib, bagi mengumpul semua maklumat diperlukan.
China kini miliki dua taman botani negara
Taman itu bukan sahaja menjadi taman botani tropika Asia Selatan terbesar di dunia, malah merupakan satu daripada institusi perlindungan dan penyelidikan tumbuhan paling bersejarah di China.
5 lapangan golf Malaysia tersenarai dalam kelompok 100 terbaik Asia
Antara kriteria penarafan itu ialah kesukaran melakukan pukulan, halangan untuk melakukan pukulan, kepelbagaian reka bentuk lapangan dan suasana di lapangan.
China laksana sekatan COVID-19 di Foshan
Selepas Guangzhou, China pada Selasa turut mengenakan sekatan COVID-19 di bandar lain ketika negara ini melaporkan penularan baharu COVID-19, lapor Agensi Anadolu memetik media kerajaan.
Thailand bakal terima pelancong luar bermula 8 Oktober
Sekurang-kurangnya tiga kumpulan pelancong asing akan tiba pada bulan Oktober iaitu dua dari China dan satu dari Scandinavia.
Jun Hoong hanya dibekalkan makanan segera selama sebulan di bandar hantu
Jun Hoong sempat berlatih di Guangzhou selama sebulan ketika pandemik COVID-19 melanda China dan seluruh dunia.