Pengarah Yayasan Sabah, Datuk Jamalul Kiram Mohd Zakaria berkata, pihaknya mewakili Lembaga Pemegang Amanah yayasan itu, memfailkan tuntutan berkenaan di Mahkamah Tinggi Kota Kinabalu menerusi sistem e-Filing, pada Selasa lalu.
"Butiran lanjut (mengenai tuntutan) ada terkandung dalam tuntutan yang sudah difailkan.
"Kami telah menamakan beberapa penerima dan transaksi melibatkan wang di dalam akaun luar pesisir yang akan kami tuntut melalui proses perundangan," katanya.
Beliau berkata demikian dalam sidang media di Pusat Pentadbiran Negeri Sabah (PPNS) Kota Kinabalu, pada Jumaat.
Yayasan Sabah merupakan pemegang konsesi pembalakan terbesar di negeri ini, ditubuhkan pada 1966 bagi menjaga kebajikan sosioekonomi rakyat Sabah serta membantu pembangunan pendidikan negeri.