Pemain drum terkenal, Yazit Ahmad dikejarkan ke Hospital Kuala Lumpur (HKL) selepas mengadu sesak nafas awal pagi Selasa.
Menurut anaknya, Sheeqa, bapanya sukar bernafas sebaik pulang ke rumah selepas menunaikan solat Subuh di masjid.
Kata Sheeqa, doktor yang merawat mengesahkan terdapat jangkitan kuman pada bahagian paru-paru ayahnya dan meletakkannya di zon merah.
Bagaimanapun, Sheeqa berkata, keadaan ayahnya ketika ini stabil namun doktor terpaksa menidurkannya bagi membolehkannya berehat.
"Doktor sudah buat pemeriksaan dan mendapati ada jangkitan pada paru-paru ayah. Namun begitu, keadaan ayah tidak membimbangkan sangat dan stabil.
"Ayah tidak koma namun doktor terpaksa merehatkannya buat masa ini," katanya ketika dihubungi Astro AWANI.
Sebelum ini pemain drum kumpulan rock terkemuka Search itu disahkan mengidapi penyakit buah pinggang yang kronik sejak beberapa tahun lalu.
Sejak berita itu tersebar pelbagai pihak tampil menghulurkan bantuan kepada pemain drum tersohor itu.
Penderitaan yang dihadapi bekas pemain drum kumpulan rock ternama tanah air, Search itu juga mendapat perhatian Presidn PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim
Pada 12 Mei lalu, Ahli Parlimen Port Dickson itu mengunjungi Yazit di kediamannya dan menyampaikan sumbangan peribadi bagi meringankan beban yang ditanggung pemuzik itu.
Raja Hisyam Raja Zaid
Tue Sep 03 2019

Pemain drum terkenal, Yazit Ahmad dikejarkan ke Hospital Kuala Lumpur (HKL) selepas mengadu sesak nafas awal pagi Selasa. - Gambar fail
Tambah baik peraturan makanan sedia ada
Mengambil contoh penjualan produk gummy, Pensyarah Jabatan Pengurusan Sumber dan Pengajian Pengguna, Universiti Putra Malaysia (UPM), Dr Nur Aqilah Amalina Jaafar berpandangan, makanan itu masih lagi dijual di pelbagai platform, walaupun ia bertentangan dengan peraturan sedia.
PM akui prestasi Kabinet tidak sempurna
Datuk Seri Anwar Ibrahim mengakui prestasinya ahli Kabinet tidak begitu sempurna dan masih mempunyai ruang untuk penambahbaikan.
Rasuah: Dua anggota penguat kuasa Pulau Pinang direman lima hari
Dua anggota penguat kuasa negeri ini direman lima hari kerana disyaki meminta dan menerima rasuah kira-kira RM3,000 bagi menutup kes siasatan melibatkan kesalahan dadah.
Polis Pulau Pinang sahkan ADUN Ayer Kuning meninggal dunia petang tadi
ADUN Ayer Kuning Ishsam Shahruddin, 59, meninggal dunia setelah tidak sedarkan diri selepas perlawanan bola sepak persahabatan di Stadium Bandaraya di George Town, Pulau Pinang pada Sabtu.

Isu peruntukan pembangkang: Tidak pernah ada syarat perlu sokong saya - PM Anwar
Anwar berkata tidak pernah ada sebarang syarat yang menetapkan Ahli Parlimen pembangkang perlu menyokong beliau bagi mendapatkan peruntukan.

Rasuah: Dua anggota penguat kuasa Pulau Pinang direman lima hari
Dua anggota penguat kuasa negeri Pulau Pinang direman lima hari kerana disyaki meminta dan menerima rasuah kira-kira RM3,000 bagi menutup kes siasatan melibatkan kesalahan dadah.

Malaysia buka jalur baharu dengan negara berkembang, perluas skop dagangan negara - PM
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata perubahan dalam landskap geopolitik dunia pada masa ini memerlukan penyesuaian dalam strategi perhubungan antarabangsa.

Kerajaan Persekutuan, Sarawak akan perinci skop kerjasama Petronas-Petros - PM Anwar
Kerajaan Persekutuan akan mengadakan perbincangan dengan kerajaan Sarawak bagi memperincikan skop kerjasama antara Petroleum Sarawak Bhd (Petros) dan Petroliam Nasional Bhd (Petronas).
AWANI Ringkas: Gegaran di Butterworth berpunca latihan TUDM
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

Usaha basmi miskin tegar akan dilipat ganda, lebih agresif - PM Anwar
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan bahawa usaha membasmi kemiskinan tegar akan dilipatgandakan dan diteruskan dengan lebih agresif di seluruh negara.

Yazit Search mengadu sesak nafas, dikejar ke HKL
Pemain drum terkenal, Yazit Ahmad dikejarkan ke Hospital Kuala Lumpur (HKL) selepas mengadu sesak nafas awal pagi Selasa.