Bekas Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi bebas untuk ke luar negara pada masa kini.
Ketua Pengarah Imigresen, Datuk Seri Mustafar Ali berkata, buat masa ini, nama Ahmad Zahid tidak termasuk dalam senarai nama yang dikenakan sekatan tersebut.
Katanya, pihaknya juga tidak mendapat sebarang permintaan daripada mana-mana pihak termasuk SPRM untuk menyenaraihitam nama Presiden UMNO itu dari ke luar negara.
"Saya telah semak dengan SPRM dan tiada apa-apa permintaan untuk disenarai hitam," katanya ringkas menerusi aplikasi Whatsapp kepada Sinar Harian, hari ini.
Mustafar berkata, Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) bagaimanapun akan mengambil tindakan tersebut sekiranya ada permintaan.
Semalam, Sinar Harian melaporkan tentang seorang pemimpin tertinggi UMNO, yang juga bekas menteri kanan dalam Kabinet Najib akan dipanggil dalam tempoh terdekat berkaitan kes penyelewengan wang milik sebuah yayasan.
Sumber yang boleh dipercayai memberitahu Sinar Harian, siasatan dijalankan SPRM sejak awal tahun ini mendapati seorang daripada pemimpin tinggi UMNO menyalahgunakan wang sebuah yayasan, di mana beliau menjadi pengerusi.
Beliau disyaki menggunakan lebih RM800,000 dana yayasan tersebut untuk membayar kad kredit miliknya dan isterinya.
SPRM dipercayai berjaya mengesan beberapa dokumen yang mencatat maklumat transaksi pembayaran untuk diri dan isteri pemimpin itu.
Penyalahgunaan wang yayasan tersebut bermula pada 2014 lagi.
Pada 2014 dan 2015 beliau didakwa menyalah guna kira-kira RM800,000 dan pada 2016 pula kira-kira RM55,000 untuk isterinya.
Sinar Harian
Sun Jul 01 2018
Buat masa ini, nama Ahmad Zahid tidak termasuk dalam senarai nama yang dikenakan sekatan tersebut.
Kes remaja hamil luar nikah, khalwat tunjuk trend penurunan - Timbalan MB Kelantan
Kes hamil luar nikah dalam kalangan remaja berusia 15 hingga 19 tahun di Kelantan telah menunjukkan trend penurunan dari 2021 hingga 2023, kata Timbalan Menteri Besar Datuk Mohamed Fadzli Hassan.
MOTAC perluas Aspirasi Generasi Pendidikan TVET, pastikan tenaga kerja tempatan dipenuhi
Kerajaan bercadang memperluaskan Program Aspirasi Generasi TVET Sektor Pelancongan bagi membuka peluang kepada lebih ramai graduan tempatan menceburi industri berkenaan.
Salah faham konsep taat antara punca isteri tidak lapor keganasan rumah tangga
Salah faham terhadap konsep taat dikenal pasti antara punca mengapa sebahagian wanita yang menjadi mangsa keganasan rumah tangga tidak melaporkan kejadian itu kepada pihak berkuasa.
Maritim Malaysia rancang perolehan radar baharu guna teknologi AI
Maritim Malaysia merancang untuk memperoleh radar baharu yang akan ditempatkan di kawasan strategik seperti di kawasan perairan Sarawak dan pantai timur.
KPK yakin sasaran RM28 bilion eksport industri kayu dapat dicapai menjelang 2025
KPK yakin sasaran nilai eksport kayu dan produk kayu sebanyak RM28 bilion menjelang 2025 akan dapat dicapai seperti yang digariskan dalam Dasar Agrikomoditi Negara 2030.
Pencemaran plastik di Sabah semakin membimbangkan - Joachim
Pencemaran plastik di Sabah semakin membimbangkan dan memberi kesan buruk kepada imej negeri ini sebagai destinasi pelancongan bertaraf dunia.
Perak berpotensi baik sebagai penyumbang ekonomi negara - Rafizi
Perak mempunyai potensi baik berbanding negeri lain sebagai penyumbang ekonomi negara, kata Menteri Ekonomi Rafizi Ramli.
MOTAC promosi makanan tempatan sepanjang Kepengerusian ASEAN
Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC) akan mempromosikan makanan tradisional Malaysia sepanjang Kepengerusian ASEAN 2025 bagi merancakkan industri pelancongan negara.
Tumpuan Selasa – 26 November 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
10 Berita Pilihan - (25 November 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Sistem Imigresen Bersepadu Nasional dijangka siap pada 2028 - KP Imigresen
Sistem Imigresen Bersepadu Nasional (NIISe) yang dilengkapi teknologi kecerdasan buatan (AI) dijangka siap sepenuhnya pada 2028.
Sindiket pemalsuan pasport didalangi warga Bangladesh tumpas
Jabatan Imigresen menumpaskan sindiket pemalsuan pasport didalangi warga Bangladesh yang menjadikan sebuah rumah sebagai markas di Kepong.
Kerajaan dijangka jana RM206 juta hasil Program Visa Premium
Program Visa Premium bertujuan menarik minat hartawan global melabur serta menetap di negara ini bagi tempoh 20 tahun.
Tiada kompromi buat pihak yang melindungi PATI
Hukuman berat menanti pihak termasuk golongan majikan yang mengambil PATI bekerja tanpa dokumen yang sah.
Imigresen serbu dua restoran, tahan 29 warga asing
Jabatan Imigresen menahan 29 warga asing selepas menyerbu dua buah restoran di Kampung Abu Bakar Baginda, Kajang dan Presint 11 Putrajaya.
207 pendatang tanpa izin positif COVID-19 - KP Imigresen
Seramai 207 daripada 13,929 pendatang tanpa izin yang ditahan di tiga Depot Tahanan Imigresen di Semenanjung Malaysia didapati positif jangkitan virus COVID-19.
474 PATI berjaya ditahan dalam operasi Imigresen pada tahun baharu
Warga Indonesia mencatatkan tangkapan tertinggi iaitu seramai 220 orang.
44,941 pelawat asing dikenakan NTL kerana tidak penuhi syarat kemasukan
Seramai 44,941 pelawat asing telah dikenakan arahan Notis Penolakan Masuk (NTL) dari 1 Jan hingga 31 Okt tahun ini, kerana tidak memenuhi syarat kemasukan.
Kerajaan belanja hampir RM3.5 juta kos makanan pendatang tanpa izin - Ketua Pengarah Imigresen
Kerajaan membelanjakan hampir RM3.5 juta sebulan bagi menampung kos makanan pendatang tanpa izin yang ditahan di 14 depot Jabatan Imigresen di seluruh negara.
Imigresen tumpaskan sindiket penyeludupan migran guna laluan perairan Selangor
Jabatan Imigresen menumpaskan sindiket penyeludupan migran rentas sempadan yang aktif menggunakan laluan sekitar perairan Selangor dalam operasi khas.