Zahid berkata debat yang akan disiarkan di Astro AWANI itu bukan bertujuan memecah belahkan UMNO tetapi atas landasan ilmu.
Namun, Zahid meletakkan syarat agar beliau dibenarkan untuk bersiaran dari Bagan Datuk bersama penyokongnya.
"Jika bukan atas memecahkan belahkan hingga menyebabkan ada tiga kem, maka saya bersetuju untuk berdebat.
"Tetapi syaratnya saya di Bagan Datuk kerana malam itu saya perlu berada bersama bahagian saya," katanya dalam temubual 100 Hari Malaysia Baharu.
Sebelum ini, dua lagi calon merebut jawatan presiden UMNO Tengku Razaleigh Hamzah dan Khairy Jamaluddin juga telah menyatakan persetujuan untuk berdebat.
Astro AWANI akan menyiarkan secara langsung debat tersebut pada 29 Jun ini pukul 9.30 malam.