Pelakon terkenal yang juga isteri Ahli Parlimen Kinabatangan Zizie Izette A Samad, 41, mengaku tidak bersalah atas tiga pertuduhan bersubahat dengan suaminya, Datuk Seri Bung Moktar Radin, 60, yang juga bekas Pengerusi Felcra Berhad, bagi memperoleh suapan berjumlah RM2.8 juta pada 2015.
Penafian dibuat di hadapan Hakim Mahkamah Sesyen, Azura Alwi pagi ini.
Bagi pertuduhan pertama Zizie didakwa bersubahat dengan Bung Moktar memperoleh suapan bernilai RM2.2 juta daripada seorang ejen pelaburan Public Mutual Berhad sebagai upah mendapatkan kelulusan daripada Menteri Kewangan Kedua untuk Felcra Berhad membuat pelaburan Unit Amanah di bawah Public Mutual Berhad berjumlah RM150 juta.
Dia didakwa melakukan kesalahan itu pada 12 Jun 2015 kira kira jam 12.30 tengahari dan 5 petang di Public Bank Berhad Cawangan Taman Melawati.
Manakala pertuduhan kedua, dia didakwa bersubahat melakukan kesalahan yang sama dengan individu yang sama memperoleh suapan bernilai RM262,500 yang disalurkan ke dalam akaun Public Islamic Treasures Growth Fund miliknya dengan tujuan yang sama di lokasi yang sama kira kira jam 12.16 tengahari pada 19 Jun 2015.
Pertuduhan ketiga pula, Zizie didakwa melakukan kesalahan yang sama atas tujuan yang sama membabitkan nilai suapan RM337,500 yang disalurkan ke dalam akaun Public Ikttikal Sequel Fund miliknya oleh seorang ejen pelaburan Public Mutual Berhad kira kira jam 12.18 tengahari pada tarikh dan lokasi yang sama.
Jika sabit kesalahan beliau boleh dijatuhi hukuman penjara tidak lebih 20 tahun atau denda lima kali ganda dari nilai suapan atau RM10,000 mana yang lebih tinggi bagi setiap pertuduhan mengikut perenggan 28(1)(c) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia SPRM 2009 dan boleh dihukum di bawah Seksyen 24(1) akta yang sama.
Pendakwaan dijalankan Timbalan Pendakwa Raya Datuk Umar Saifuddin Jaafar dan Mohd Mukhzany Fariz Mohd Mokhtar manakala tertuduh diwakili peguam C Vijayakumar.
Mahkamah bagaimanapun membenarkan Zizie diikat jamin RM100,000 dengan seorang penjamin.
Sebutan semula kes pada 10 Jun depan.
Fareez Azman
Fri May 03 2019

Zizie Izette A Samad (kanan), 41, mengaku tidak bersalah atas tiga pertuduhan bersubahat dengan suaminya terima rasuah 2.8 juta.

RUU Pembaharuan Semula Bandar dapat tingkatkan kualiti hidup pemilik - Exco P.Pinang
Kerajaan negeri melalui LPNPP telah mewujudkan Garis Panduan Pelaksanaan Pembaharuan Semula Bandar (Pembangunan Perumahan) pada 2022.

Paus Francis berehat selepas dimasukkan ke hospital - Vatican
Ketua Gereja Katolik berusia 88 tahun itu telah menerima rawatan di Hospital Gemelli di Rom selama seminggu.
10 Berita Pilihan - (22 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tumpuan Ahad – 23 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.

Faizal Saari umum bersara daripada hoki antarabangsa
Namun, Faizal menegaskan akan terus beraksi untuk Terengganu dalam saingan MHL serta Piala Tun Abdul Razak.

Penantian berakhir, Selangor FC julang Piala Cabaran
Selangor FC menepati ramalan apabila meraih kemenangan bergaya dengan agregat 7-0 ke atas PDRM FC untuk julung kali menjulang Piala Cabaran.
China kesan satu lagi varian baharu Koronavirus
Penyelidik di Institut Virologi di China, di sini telah mengesan satu lagi varian Koronavirus baharu dikenali sebagai HKU5-CoV-2 yang disyaki berpotensi untuk merebak melalui manusia.
Kepengerusian ASEAN-Malaysia mampu lonjak ekonomi negara
Kepengerusian ASEAN-Malaysia 2025 mampu melonjakkan keupayaan Malaysia sebagai destinasi pelaburan, pelancongan dan perdagangan.
Tambah baik peraturan makanan sedia ada
Mengambil contoh penjualan produk gummy, Pensyarah Jabatan Pengurusan Sumber dan Pengajian Pengguna, Universiti Putra Malaysia (UPM), Dr Nur Aqilah Amalina Jaafar berpandangan, makanan itu masih lagi dijual di pelbagai platform, walaupun ia bertentangan dengan peraturan sedia.
Kerajaan lipat ganda basmi kemiskinan tegar
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim sekali lagi menegaskan usaha membasmi kemiskinan tegar akan dilipatgandakan dan diteruskan dengan lebih agresif di seluruh negara.

Jurutera awam dituduh bersubahat penipuan pembayaran hampir RM20,000
Tertuduh didakwa bersubahat menipu seorang pembantu akaun JANM luluskan pembayaran hampir RM20,000, enam tahun lalu.

Imran Khan dinamakan secara rasmi bersubahat bunuh peguam
Kes itu melibatkan pembunuhan seorang peguam oleh seorang lelaki bersenjata tidak dikenali.

Tuduhan bersubahat dengan Rumah Bonda tidak berasas, fitnah - KPWKM
KPWKM memaklumkan, segala tindakan yang diambil oleh JKM sejak Julai 2021 ke atas pusat itu adalah berdasarkan peruntukan undang-undang.

Pegawai SPRM dituduh terima rasuah, sebagai dorongan tidak ambil tindakan
Shahrul Izuan Mohd. Zain, 41, dan Teoh Peng Sin, 55, bagaimanapun mengaku tidak bersalah atas pertuduhan-pertuduhan itu yang dibacakan di hadapan hakim.

3 pelajar dihantar ke Henry Gurney kerana laku amang seksual terhadap rakan
Ketiga-tiga pelajar sebuah institusi swasta berusia antara 16 hingga 17 tahun diarah menjalani hukuman berkenaan selama tiga tahun.

Zizie Izette tidak mengaku bersubahat terima suapan RM2.8 juta
Pelakon terkenal yang juga isteri Ahli Parlimen Kinabatangan Zizie Izette A Samad, 41, mengaku tidak bersalah atas tiga pertuduhan bersubahat dengan suaminya terima rasuah 2.8 juta.

Bicara kes rasuah Lim Guan Eng 23 hari
Mahkamah Tinggi Pulau Pinang hari ini menetapkan 23 hari bermula 26 Mac depan untuk perbicaraan kes rasuah melibatkan Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng dan ahli perniagaan Phang Li Koon.

Hamas bunuh 18 tali barut Israel
Hamas dilaporkan membunuh 18 orang penduduk Gaza yang disyaki bersubahat dengan Israel dalam serangan tentera rejim Yahudi.