Selepas dua minggu meninggalkan Kabinet, bekas Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan Zuraida Kamaruddin hari ini sekali lagi diberi kepercayaan untuk menerajui Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan.
Lantikan Zuraida itu adalah susulan pelantikan Tan Sri Muhyiddin Yassin sebagai perdana menteri kelapan pada 29 Feb yang lalu.
Zuraida, 61, yang juga Ahli Parlimen Ampang selama tiga penggal sejak 2008 menunjukkan komitmen yang tidak berbelah bahagi ketika menyandang jawatan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan selama 21 bulan.
Antaranya memperjuangkan pemberian insentif elaun kritikal anggota bomba dan melaksanakan Dasar Perumahan Negara 2.0.
Bekas naib presiden PKR yang kini bergerak sebagai ahli Parlimen bebas itu mula menyertai PKR sebagai bendahari pada 1999 sebelum meninggalkan parti tersebut pada 24 Feb lalu.
Pada PRU14, Zuraida mempertahankan kerusi Parlimen Ampang setelah mengalahkan calon Barisan Nasional (BN), Leong Kim Soon dan dua calon lain dengan majoriti besar sebanyak 41,956 undi.
Zuraida memperoleh 54,307 undi berbanding Leong yang mendapat 12,351 undi, calon PAS Nurul Islam Mohamed Yusoff (9,598) dan calon PRM (294).
Zuraida yang cukup dikenali dengan sifat berani dan lantang bersuara antara terawal dilantik sebagai anggota Kabinet di bawah pimpinan perdana menteri ketujuh,Tun Dr Mahathir Mohamad dengan memegang jawatan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan pada Mei 2018.
Berikut merupakan biografi Zuraida:
Nama: Zuraida Kamaruddin
Tarikh lahir: 14/03/1958 (61 tahun)
Jawatan kerajaan
2018 - 2020: Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan
Parlimen:
2008-Kini: Ahli Parlimen Ampang
Politik:
2017: Ketua Wanita Pakatan Harapan
1999: Menyertai PKR sebagai Bendahari
2007-2010: Naib Presiden PKR
2007-2018: Ketua Wanita PKR
2018-2020: Naib Presiden PKR
2020: Keluar PKR
Karier:
1989-1991: Naib Presiden untuk Bahagian Pasaran Bumiputera, American International Assurance (AIA)
1993-1997: Pengurus Jualan Avon (M) Bhd
1997-1998: Pengarah Urusan Flaireborne (M) Sdn Bhd
1999-2001: Perunding bebas/pakar Motivasi (Petronas, Oriflame, Nutrimetics, Shinetsu dan Texas)
-- BERNAMA
Bernama
Mon Mar 09 2020
Lantikan Zuraida Kamaruddin itu adalah susulan pelantikan Tan Sri Muhyiddin Yassin sebagai perdana menteri kelapan pada 29 Feb yang lalu.
Bursa Malaysia dibuka rendah
Pada 9.10 pagi, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) merosot 4.28 mata kepada 1,572.92 daripada 1,577.20 semalam.
Saham AS di tahap tertinggi, didorong ucapan Trump dalam forum Davos
Trump menyeru penurunan segera kadar faedah dan mendesak Arab Saudi mengurangkan harga minyak mentah.
Imigresen Terengganu tahan 14 pendatang tanpa izin
Tangkapan itu melibatkan 12 rakyat Bangladesh, dan masing-masing seorang warga Myanmar dan Pakistan yang berusia antara 24 hingga 54 tahun.
Jersi baru Indonesia guna jenama tempatan curi tumpuan
Jersi pasukan di ranking ke-127 dunia itu bakal digunakan menjelang baki saingan pusingan ketiga Kelayakan Piala Dunia 2026.
AWANI Ringkas: Pertemuan MMA, Menteri Kesihatan
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
WEF 2025: Turunkan harga minyak, potong kadar faedah atau berdepan tarif - Trump
Trump turut memberi amaran untuk mengenakan tarif jika pemain industri bertindak menghasilkan produk di luar Amerika Syarikat.
#AWANIRingkas 24 Januari 2025 | 9 AM
Berikut merupakan rangkuman berita setakat 9 pagi, 24 Januari 2025
1️⃣ bincang isu WBB
2️⃣ 80 daripada 560 kanak-kanak belum dituntut
3️⃣ Mahu jumpa Putin, selesai perang di Ukraine
#awaniringkas
1️⃣ bincang isu WBB
2️⃣ 80 daripada 560 kanak-kanak belum dituntut
3️⃣ Mahu jumpa Putin, selesai perang di Ukraine
#awaniringkas
UEL: Gol dramatik Bruno Fernandes pacu kemenangan Manchester United
Tuan rumah menguasai perlawanan dalam separuh masa pertama namun tidak berjaya menoktahkan beberapa peluang terhidang dengan jaringan.
PBB lapor peningkatan ketara dalam operasi di Gaza di tengah-tengah gencatan senjata
Bantuan, kargo dan petugas kemanusiaan kini dapat memasuki kawasan yang sebelum ini sukar diakses.
AWANI Pagi: Debat ukir nama uiam sebaris universiti ternama dunia
Ikuti diskusi pagi Jumaat bersama Prof Datuk Dr. Mohamad Fauzan Noordin, Timbalan Rektor (Pembangunan Pelajar dan Libatsama Komuniti), UIAM dan Anas Ahmad Zaharim, pendebat UIAM berkongsi kejayaan luar biasa di Kejohanan Debat Universiti Dunia 2025 di Panama, Amerika Tengah, sekali gus mengharumkan nama negara di peringkat global.
Tiga taman rekreasi MADANI dibangunkan di DUN Ayer Keroh
Tiga Taman MADANI telah dibangunkan di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Ayer Keroh tahun lepas dalam usaha meningatkan perpaduan antara penduduk.
KPKT salur RM1.21 juta kepada PBT jayakan tujuh kempen persekitaran sepanjang 2024
Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) telah menyalurkan RM1.21 juta kepada pihak berkuasa tempatan (PBT) untuk menjayakan Kempen Persekitaran KPKT sepanjang 2024.
Belanjawan 2025: KPKT kemuka 33 cadangan berimpak tinggi
Antara lain, KPKT menyasarkan untuk membangunkan 100 Taman Rekreasi MADANI yang dilengkapi alat sukan dan trek joging di kawasan perumahan.
KPKT peruntuk RM14 juta bina semula Pasar Pasir Pinji Ipoh
KPKT menyalurkan peruntukan RM14 juta bagi pembinaan semula Pasar Pasir Pinji di Ipoh, yang bakal menempatkan 214 peniaga.
KPKT alu-alukan audit terhadap jabatan dan agensi, pastikan integriti dipatuhi
KPKT mengalu-alukan Jabatan Audit Negara untuk menjalankan audit terhadap mana-mana jabatan dan agensi di bawah kementerian itu.
Penyasaran subsidi diesel: Harga rumah mampu milik kekal
Harga rumah mampu milik kekal RM300,000 ke bawah meskipun penyasaran subsidi diesel dilaksanakan.
KPKT peruntuk RM500,000 naik taraf Gerbang Malam di Ipoh - Kor Ming
Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) memperuntukkan RM500,000 bagi kerja-kerja menaik taraf pasar Gerbang Malam yang terletak di Jalan Dato Tahwil Azar.
KPKT sasar 50 PBT laksana inisiatif baharu, perkemas prosedur OSC
KPKT menyasarkan 50 PBT untuk melaksanakan inisiatif Industrial Green Lane, Prerequisite dan Self-Regulation tahun ini.
JBPM kini miliki kekuatan hampir 30,000 pegawai, anggota - Reezal Merican
Jumlah itu terdiri daripada 13,000 pegawai dan anggota tetap, lebih 2,000 pegawai bomba bantuan serta lebih 13,000 pegawai bomba sukarela.
KPKT bangunkan Indeks Harga Rumah Mampu Milik
Indeks tersebut wajar diadakan memandangkan standard atau definisi rumah mampu milik bagi lain-lain lokaliti malahan negeri adalah berbeza.